𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 - 𝐒𝐀𝐌𝐀 dengannya adalah kedua-dua orang tuanya, Dato’ Haikal dan Datin Rainia, pasangan yang kelihatan berwibawa namun penuh kelembutan. Lelaki itu menarik nafas panjang sebelum mengucapkan salam dengan yakin.
“Assalamualaikum,” ucap Ridwan sambil melangkah ke arah pintu rumah.
Pintu rumah terbuka luas, memperlihatkan Puan Nadira yang menyambut mereka dengan senyuman lebar. Suaranya lembut, tingkahnya penuh sopan, seakan-akan tiada cela dalam keperibadiannya.
“Waalaikumussalam,” balas Puan Nadira, suaranya merdu dan menyenangkan.
Dia mempelawa mereka masuk dengan anggun. “Jemput masuk, sila-sila.”
Dato’ Haikal dan Datin Rainia melangkah masuk dengan sopan, diikuti oleh Ridwan. Ruang tamu rumah itu luas dan dihias cantik. Bau harum segar bunga mawar memenuhi ruangan itu, memberikan rasa selesa kepada tetamu yang hadir.
“Silakan duduk,” kata Puan Nadira sambil mempersilakan mereka ke sofa empuk di ruang tamu.
Tidak lama kemudian, langkah ringan terdengar menghampiri. Anissa muncul, berjalan dengan penuh sopan sambil membawa dulang berisi air minuman dan beberapa hidangan ringan untuk tetamu. Dia mengenakan baju kurung moden berwarna purple, tampak anggun dan manis, seolah-olah mencerminkan peribadi yang sempurna.
“Rajinnya bakal menantu saya ni,” ujar Datin Rainia dengan penuh kagum, menatap Anissa yang sedang sibuk menghidang minuman.
“Tak sia-sia kamu datang masuk meminang Anissa ni, Ridwan.”
Puan Nadira tersenyum bangga, tidak melepaskan peluang untuk memuji anak kesayangannya.
“Eh, mestilah. Anak saya ni dia la paling rajin dalam rumah ni tau. Dari depan rumah sampai belakang rumah dia kemas. Saya suruh berhenti pun dia tak nak berhenti selagi rumah ni tak bersih olehnya. Masak pun dia tak bagi saya buat. Saya biarkan je la. Anak terlampau rajin la katakan.”
“Untung kamu, Dira, sebab dapat anak perempuan rajin macam Anissa, kan abang?” kata Datin Rainia, menoleh ke arah suaminya, Dato’ Haikal.
Dato’ Haikal mengangguk setuju. “Betul tu. Sesuai sangat nak dijodohkan dengan anak kita, Ridwan. Ridwan pun boleh tahan rajinnya. Untung kamu, Ridwan, dapat bakal isteri macam ni. Pandai kamu pilih.”
Ridwan tersenyum malu, namun matanya tidak dapat lepas daripada menatap Anissa. Dalam diam, dia mengagumi kelembutan dan keanggunan gadis itu. Ketika Anissa sibuk menuangkan air untuk mereka, senyumannya menambahkan lagi daya tarikan pada dirinya.
“Kahwin dulu, Rid. Baru boleh pandang lama-lama,” tegur Datin Rainia sambil tersenyum nakal, membuatkan semua yang ada di situ ketawa kecil.
Anissa yang mendengar usikan itu tersenyum malu. Wajahnya sedikit memerah. Setelah selesai menuang air, dia bangun dengan sopan sambil berkata.
"Saya ke dapur dulu ya"
Dia melangkah pergi dengan anggun, meninggalkan suasana ceria di ruang tamu itu. Namun, di dapur, jauh daripada pandangan orang ramai, Anissa melepaskan helaan nafas panjang. Senyuman yang terukir di wajahnya perlahan-lahan pudar.
Sebaik saja dia melihat seseorang berdiri di tepi pintu belakang rumah. Wajahnya berubah serius.
“Kau buat apa kat situ?” tanyanya, nada suaranya dingin.
Di tepi pintu itu, Athira berdiri senyap. Tangan kecilnya memegang bakul berisi sayur-sayuran segar yang baru dipetik dari kebun di belakang rumah. Wajahnya sedikit cemas, seolah-olah tahu bahawa kehadirannya di situ tidak diingini. Dia hanya menggelengkan kepala, memilih untuk tidak menjawab.
Anissa menjeling tajam. “Kau jangan pergi depan, faham? Kau pergi letak sayur yang kau dah ambil tu, lepas tu kau cuci,” arah Anissa, nadanya tegas namun masih terkawal.
Athira mengangguk perlahan, langkahnya hampir-hampir tak berbunyi ketika dia bergerak ke arah singki. Namun, sebelum dia sempat melaksanakan arahan itu, suara lelaki lembut tiba-tiba menyapa.
“Hei, ada apa-apa saya boleh bantu?”
Anissa terkejut mendengar suara itu. Dia pantas menoleh dan melihat Ridwan berdiri di ambang pintu dapur, senyumannya penuh keramahan. Seketika, ekspresi tegas di wajah Anissa berubah. Dia cepat-cepat menukar nada dan tingkah lakunya. Wajahnya kembali dihiasi senyuman sopan, seperti seorang gadis sempurna yang tidak pernah marah.
“t-tak perlu susah susah pun, lagi pun semua dah ada kat depan, sebab saya tadi hantar dulang aje kat dapur" kata Anissa dengan nada manis, langkahnya mendekati Ridwan.
Namun, perhatian Ridwan tertumpu pada seseorang di sudut dapur. Matanya mendarat pada Athira yang berdiri membelakanginya di tepi singki. Sekilas, dia dapat melihat bahu gadis itu sedikit kaku, seolah-olah cuba menyembunyikan dirinya.
“Awak tak cakap pun yang awak ada adik,” kata Ridwan, nada suaranya lembut tetapi penuh rasa ingin tahu.
Sudah 3 bulan sejak pertemuan pertama kali itu, anissa tidak pernah menceritakan hal keluarganya. Itu pun dia pernah mendengar Puan Nadira.
Anissa terkedu sejenak. Dia memang sekali pun tidak pernah menyebut yang dia mempunyai adik kepada Ridwan. ada yang bertanya pun dia mengatakan bahawa dia tidak ada mempunyai adik. Seketika, dia cepat-cepat menyusun jawapan.
“O-oh, ya, tapi dulu saya jarang memang bagi tahu fasal keluarga saya. Sebab, ye la, privasi kan? Segan pula rasanya. By the way lagipun, itu tak penting.”
Dia melangkah mendekati Ridwan dan menepuk lembut lengannya, seolah-olah cuba mengalihkan perhatian.
“Jom kita ke depan. Yang lain mesti dah tunggu.”
Ridwan memandang Anissa, kemudian mengangguk. Namun, sebelum dia melangkah pergi, matanya sekali lagi tertarik kepada Athira yang masih berdiri di sana, diam dan sunyi. Dia memberi gadis itu satu senyuman kecil apabila Athira berpaling ke belakang untuk mengambil satu bekas, penuh keramahan, sebelum ridwan berpaling untuk mengikut Anissa kembali ke ruang tamu.
Athira, yang sedari tadi menunduk, mengangkat sedikit wajahnya. Sekilas dia melihat senyuman lelaki itu, dan untuk pertama kalinya, ada rasa aneh berbaur dalam hatinya. antara terkejut dan terharu. Ini kali pertama dia dapat melihat seseorang memberi senyuman kepadanya. Namun, dia cepat-cepat menghalau rasa itu dan kembali menunduk.
Setelah memastikan tiada sesiapa lagi di dapur, Athira bergerak ke singki. Tangannya mula mencuci sayur-sayuran dengan cermat, seolah-olah tugas itu adalah satu-satunya cara untuk dia melarikan diri daripada dunia luar yang tidak pernah memberi ruang untuknya bersuara.
Air paip mengalir deras, mencuci tanah yang melekat pada sayur-sayuran. Suara tetamu yang sedang berbual di ruang tamu kedengaran sayup-sayup. Athira menghela nafas panjang, membayangkan betapa berbezanya kehidupan di ruang tamu itu dibandingkan dengan kehidupannya di dapur ini.
Dia tahu kedudukannya di dalam keluarga ini. Dia hanyalah gadis bisu yang tidak pernah dianggap penting. Kehadirannya tidak lebih daripada bayang-bayang yang hanya muncul bila perlu. Dan hari ini, ketika Ridwan melihatnya untuk pertama kali, dia merasakan sesuatu yang baru, sesuatu yang sukar diterjemahkan.
Tapi dia cepat-cepat menolak perasaan itu. Dalam fikirannya, dia hanya seorang yang tidak bernilai di mata orang lain.
( vote more for next chapter )