Setelah dua hari berada di alam mimpi, barulah Hariz kembali ke dunia realitinya. Perkara pertama yang dilakukannya adalah dengan menghadap komputer. Fokusnya terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Kalau dsh letak lagu dari band Motionless in White mahunya tak bingit.
"Ya, ibu...".
"Kau dekat mana?! Balik rumah ibu sekarang! Kau tahu tak kenduri adik kau lagi beberapa hari. Balik sekarang!". Panggilan ditamatkan.
Hariz mengeluh. Sejak dia menamatkan Degree dalam bidang IT, dia membuat keputusan menjadi seorang gamer sepenuh masa.
Hariz menutup suis komputernya lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah bersiap, Hariz ke teratak milik keluarganya dengan menaiki superbike Ducati Paginale V4 R miliknya yang dibelinya secara cash.
Deruman enjin superbike milik Hariz berderum di halaman Teratak Qaseh. Perkarangan di Teratak Qaseh dipenuhi dengan kereta-kereta milik ahli keluarganya sebelah ibunya, Datin Qaseh.
Hariz melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ha. Kalau aku tak call memang kau takkan balik. Penting sangat ke game dari family sendiri?".
Hariz tersenyum kelat. Dia tetap menyalami tangan Datin Qaseh. "Sorry,ibu. Hariz baru balik dari Austria".
"Pergi naik atas. Ibu ada siapkan baju untuk majlis adik nanti. Pergi naik sekarang"arah Datin Qaseh.
Hariz mengangguk. Dia bertembung dengan adik perempuannya,Herra, semasa menaiki tangga. "Abang Hariz. Bila balik dari Austria?".
"Dua hari lepas. Sampai je rumah terus tidur. Ni pun baru bangun"balas Hariz.
"Dua hari straight abang tidur? Seriously?".
Hariz mengangguk.
"Tahniah sebab menang tournament tu. Herra nak keluar sekejap. Nak pergi fitting baju. Bye,abang". Herra segera menuruni tangga.
Hariz menyambung semula langkahnya dan masuk ke dalam bilik tetamu. "Eh along. Ingat kau dekat bawah tolong siapkan barang hantaran Herra".
Ayesha menoleh. "Riz. Mesti ibu call kau suruh datang sini,kan?".
Hariz mengangguk.
Ayesha tersengih. "Bila kau balik dari Austria ni?".
"Tiga hari dah. Dua hari lepas aku bantai tidur. Mana Naura dengan Laura?".
"Twin aku tu mengikut papa dia pergi kedai. Ada la dia orang nak pau bapaknya. Ni baju yang kau kena pakai masa majlis Herra"balas Ayesha.
Hariz menggaru kepalanya yang tidak gatal. "What the fuck. Pink? Gila ke apa? Baik aku telanjang je nanti".
Ayesha ketawa. "Herra yang nak kita semua pakai warna ni. Ni warna salmon pink. Alahhh.. Bukannya pink macam warna Barbie tu"
Hariz memandang kakaknya. "Salmon pink ke pink belacan ke. Pink is pink".
Ayesha ketawa makin kuat. "Pakai je la. Kecik hati budak tu nanti. Bukan selalu nak tengok Hariz Adrien pakai baju warna pink".
"Fuck you,Ayesha. Kau ni annoying nak mati". Hariz menyarung baju melayu pada badannya. Seluar jeans yang dipakainya pula digantikan dengan seluar berwarna salmon pink itu.
"Fuh! Handsome betul adik aku ni. Untung siapa jadi wife kau nanti"puji Ayesha.
"Mesti Daniella suka tengok aku nanti. Mesti dia cakap macam ni. Handsome nya you ni.. Jom kita kahwin sekarang".
Raut wajah Ayesha terus berubah tanpa disedari oleh Hariz. "Itu la tu. Terus ibu dapat menantu lagi seorang".
.....
YOU ARE READING
HARIZ ADRIEN
RomanceDia tetap menjadi seorang gamer walaupun mendapat tentangan daripada ibunya dan mendapat kejian daripada keluarga ibunya. Dia mempunyai impian untuk mengahwini kekasih hatinya, namun sebaliknya yang berlaku.