Hariz diminta pulang ke Teratak Qaseh. Ada perkara yang hendak dibincangkan oleh Datin Qaseh. Hariz hanya menuruti permintaan Datin Qaseh.
"Ibu nak bincang apa dengan Riz?"tanya Hariz.
"Masa depan kamu. Ibu nak kamu kerja dengan along dekat company ibu tu. Ibu tak nak kamu jadi gamer lagi. Tiga tahun lagi, dah nak masuk tiga puluh. Ibu nak kamu kerja dengan along supaya kamu ada masa depan. Adik beradik ibu semua kerja bagus-bagus. Ibu tak nak la adik-adik ibu pandang rendah dekat ibu. Anak-anak dia orang semua kerja elok. Kamu je jadikan game tu sebagai kerjaya kamu. Apa gunanya ibu hantar kamu belajar jauh-jauh kalau kamu tak ada kerja yang bagus. Kerja dekat company ibu ye bawah along".
Hariz mengeluh. "Ibu. Hariz cakap ni ibu jangan kecil hati pula ya".
"Apa dia? Cakap la".
"Hariz tak ambil course Business masa belajar dekat US. Hariz ambil course IT. Hariz minta maaf sebab dah kecewakan ibu"terang Hariz.
Datin Qaseh terus berdiri. "Apa?! Kamu tak ambik course Business macam ibu suruh dan kamu ambil course IT?".
Hariz mengangguk.
Pang!
Kepala Hariz terteleng akibat ditampar oleh Datin Qaseh.
"Apa yang kamu fikir ni,Hariz Adrien? Mana ibu nak letak muka ibu ni?! Hah?! Jawab,Hariz! Jawab!".
"Hariz tak boleh bawa course Business. Semester kedua Hariz tukar ke course IT. Hariz minta maaf,ibu". Hariz tertunduk sambil memegang pipinya yang masih berpijar itu.
"Kenapa kau tak boleh jadi macam along? Macam sepupu kau yang lain? Kenapa kena ikut hawa nafsu sendiri? Kau ni memang suka malukan aku! Sejak sekolah lagi kau suka buat masalah! Apa kena dengan otak kau ni?!". Datin Qaseh menunjal kepala anak lelakinya.
"Hariz tak berniat pun nak kecewakan ibu. Hariz betul-betul minta maaf. Hariz tahu Hariz dah kecewakan ibu. I'm really sorry".
"Ibu dah tak nak dengar apa-apa dari mulut kamu. Kamu dah kecewakan ibu. Kamu pergilah balik. You disappointed me,young man". Datin Qaseh naik ke tingkat atas.
.....
"Boleh saya berjumpa dengan Puan Ayesha?".
"Encik ada buat appointment dengan Puan Ayesha?"tanya penyambut tetamu itu.
Hariz menggeleng.
"Maaf,encik. Kalau encik nak berjumpa dengan Puan Ayesha,encik kena buat appointment dulu. Lagipun,Puan Ayesha ada sedang sibuk dan tak mahu diganggu".
"Nak jumpa kakak sendiri pun kena buat appointment? Bagitahu dia Hariz Adrien nak berjumpa. Tolong saya. Please".
Penyambut tetamu itu mengangguk sebelum menghubungi Ayesha. "Encik. Encik boleh masuk office Puan Ayesha. Terus dan belok kiri. Encik akan nampak bilik Puan Ayesha".
Hariz berjalan ke office Ayesha lalu melangkah masuk ke dalam office Ayesha setelah mengetuk pintu.
"Hariz. Ada apa kau datang ni? Tak pernah kau jejak kaki ke sini?".
Hariz mengeluh panjang. "Aku dah buat ibu kecewa dengan aku,along".
Ayesha menyandarkan badannya pada kerusi kerjanya. "Asal?".
"Aku dari rumah ibu. Ibu suruh aku kerja dengan kau. Tapi, masalahnya.. Aku ambil course IT masa belajar dekat US dulu. Bukan business macam ibu nak tu"jelas Hariz.
YOU ARE READING
HARIZ ADRIEN
RomanceDia tetap menjadi seorang gamer walaupun mendapat tentangan daripada ibunya dan mendapat kejian daripada keluarga ibunya. Dia mempunyai impian untuk mengahwini kekasih hatinya, namun sebaliknya yang berlaku.