Setelah selesai tournament di Paris, Hariz secara rasminya bersara dari sebarang kejohanan e- sports. Tournament di Paris itu, pasukan e- sports Hariz hanya mendapat tempat ketiga.
Hariz berdiri di hadapan Ayesha sambil mendengar briefing dari kakaknya itu. "Riz. Ni surat-surat yang kau kena hantar tu. Sorry la. Ni je kerja yang ada untuk kau. Lepas kau hantar semua tu, belikan aku frappuccino extra foam".
"Duit?".
Ayesha tersengih. "Pakai duit kau la. Kau kan kaya. Bukan selalu nak belanja aku".
"Hm yelah. Aku pergi hantar dulu benda alah ni". Maka,bermulanya kehidupan baru Hariz.
.....
Hariz memerhati satu per satu bangunan sambil menunggang motosikal. Secara tiba-tiba,sebuah kereta keluar dari petak parkir dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh Hariz.
"Ah! Bodoh betul la. First day kerja dah accident. Bangang tak reti tengok dulu ke?!".
Seorang perempuan keluar daripada kereta. "Habis kereta aku. Kau bawa motor macam mana?! Kemek! Dah la kereta baru beli. Haduh!!".
Mata Hariz terkebil-kebil. "Kau yang main keluar dari parking. Tak tengok belakang. Aku pula yang kena".
"Sekarang ni aku nak ganti rugi. Paling kurang lima ribu aku nak. Kalau kau tak bayar,jumpa dekat court"ugut perempuan itu.
"Lah. Kau yang main keluar. Sekarang aku ni cedera. Jadi,kau kena bayar aku atas kecederaan aku"balas Hariz.
"Aku takkan bayar. Luka sikit je kot. Aku nak ganti rugi atau aku buat laporan polis"ugut perempuan itu lagi.
"Mengarut. Kita pergi bengkel. Aku akan bayar berapa tauke bengkel tu cakap. Deal?". Hariz tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Perempuan itu mengangguk. "Deal".
Hariz dan perempuan itu ke bengkel berdekatan.
"Berapa tauke?"tanya Hariz.
"Dua ribu meh"jawab tauke bengkel itu.
"Kemek sikit pun dua ribu ke? Agak-agak la tauke"rungut Hariz.
"Ini kereta banyak mahal woo. Cukup bagus wa bagi lu dua ribu"balas tauke bengkel itu.
"Ceh. Kalau aku tahu kau tak mampu bayar,aku pergi balai je tadi"sindir perempuan itu.
"Boleh la. Dua ribu pun dua ribu la. Janji saya tak masuk lokap dah la,tauke"keluh Hariz. Hariz membuat pembayaran secara e- tunai pada tauke bengkel itu. Hariz melangkah ke arah perempuan itu.
"Aku nak duit buat cuci luka. Sekarang atau aku buat report polis"ugut Hariz.
Perempuan itu tersengih mengejek. "Bukannya berdarah teruk pun. Calar sikit je. I will not pay you any money". Perempuan itu masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi.
Hariz kembali ke pejabat dan berjumpa dengan Ayesha.
"Riz. Mana air aku?"tanya Ayesha.
"Aku tengah panas ni. Kau jangan tambah lagi,along".
"Apa hal? Tangan dengan siku kau tu dah kenapa? Jatuh motor ke?".
YOU ARE READING
HARIZ ADRIEN
RomanceDia tetap menjadi seorang gamer walaupun mendapat tentangan daripada ibunya dan mendapat kejian daripada keluarga ibunya. Dia mempunyai impian untuk mengahwini kekasih hatinya, namun sebaliknya yang berlaku.