Hariz masih lagi berdiri tegak di hadapan cermin walaupun phone miliknya sudah berbunyi berkali-kali. Hari ini merupakan hari perkahwinan di antara Nazrief dan Daniella. Hariz membuat keputusan untuk memakai serba hitam dari baju Polo hingga ke kasut.
Dia menunggang superbike miliknya ke Grand Star Hotel di mana majlis perkahwinan bekas kekasihnya berlangsung.
"Hariz. Ingat kau tak datang. Aku call kau tak angkat. Ibu call pun kau tak angkat. Busy sangat ke?"tegur Ayesha.
"Entah. Aku rasa macam malas nak datang. Takut aku meletup je nanti. Sebab ibu call je aku datang. Kalau tak pergi mampus"balas Hariz.
Ayesha mengusap belakang tubuh adiknya itu. "Bawa bersabar,Riz. Jangan malukan nama keluarga kita. Lagi-lagi ibu. Redha jelah. Dah bukan jodoh kau dengan Daniella tu".
Hariz bangun dan melangkah ke meja bufet lalu mengambil makanan.
"Hariz. Laa aku ingat kau kahwin dengan Daniella. Itu la. Nak sangat jadi gamer. Hadap la".
Hariz tidak mengendahkan suara langau itu. Bukan dia tak kenal dengan suara tu. Dia mencedok lauk ke dalam pinggan dan kembali semula ke meja makan.
"Datang pun. Ingat tak nak tunjuk muka sebab malu. Kalau tak call tu,nampak muka pun tidak".
Harris mengeluh. "Hariz tahu la Hariz ni tak dengar cakap ibu. Hariz ni tak macam sepupu Hariz yang lain. Tapi, Hariz pun ada perasaan,ibu. Ibu call Riz suruh datang tapi ibu buat macam ni pula. Baik Hariz tak payah datang".
"Ibu. Dahlah tu. Orang ramai ni. Hariz datang ni kira cukup baik la. Ibu pula cari pasal dengan Hariz. Dah la eh,ibu"celah Ayesha.
"Ibu nak dia tengok keliling. Kawan-kawan dia ada yang dah kahwin, ada anak, ada kerja bagus. Tu Daniella tu. Ibu berharap sangat dia jadi menantu ibu. Tapi, adik kamu ni. Nak juga ikut kepala sendiri. Tak faham ibu".
"Ibu. Dah la. Kenapa dengan ibu ni? Riz. Kau pergi tempat lain makan. Aku takut kau meletus je kejap lagi. Ibu pula dapat malu".
Hariz berubah tempat tidak jauh dari ibunya.
"Eh,Hariz Adrien".
Hariz mengangkat kepalanya. "Kimi. 'Sup,bro?".
"Aku macam ni la. Kau apa khabar? Lama sial tak jumpa kau. Aku dengar kau jadi professional gamer. Betul ke?"balas Hakimi, kawan baik Hariz semasa di sekolah.
"Betul la tu. Wah! Makin buncit kau sekarang. Bukan dulu kau atlet sekolah ke?".
Hakimi ketawa. "Dah jadi bapak budak, bro. Mesti la buncit. Bahagia la katakan".
"Mana wife dengan anak kau?"soal Hariz.
"Itu ha bergambar dengan.. Ex kau. Wife aku dengan Ella tu pernah kerja dekat Air Asia. Wife aku mengandung, terus dia resign"jawab Hakimi.
"Satu soalan untuk kau. Macam mana Rief boleh rembat Daniella?"tanya Hariz.
Hakimi mengeluh. "Rief tu dah minat lama dekat Daniella. Awal tahun ni,Rief confess dekat Daniella. So, Daniella pun terima Rief. Sebulan lepas tu, dia orang pun bertunang. Nak pula Nazrief dengan Daniella tu selalu kerja dalam satu flight yang sama"jelas Hakimi.
"Patutlah Daniella tu reject aku bila aku ajak dia kahwin. Dah bertunang rupanya. Nazrief pun satu dah tahu Daniella tu girlfriend aku. Lagi nak try Daniella". Hariz mengetap giginya.
"Kau move on je la,Riz. Banyak lagi la perempuan dekat luar sana. Dulu,aku pun macam kau juga. Terkejut bila dapat tahu Rief confess dekat Daniella. Buat aku lagi terkejut bila Rief sendiri ajak aku ke majlis tunang dia orang"ujar Hakimi.
YOU ARE READING
HARIZ ADRIEN
RomanceDia tetap menjadi seorang gamer walaupun mendapat tentangan daripada ibunya dan mendapat kejian daripada keluarga ibunya. Dia mempunyai impian untuk mengahwini kekasih hatinya, namun sebaliknya yang berlaku.