"Cepat lah beban. Lambat sangat dah kenapa?" marah Tuan Idris apabila Sarah terlambat untuk masuk ke dalam kereta.
Sarah hanya menundukkan kepalanya dan bermain jari jemarinya, "Sorry paklong," ujarnya perlahan.
"Menyusahkan aku lah kau ni," ujar Tuan Idris sebelum dia membawa kereta menuju ke SRAR iaitu sekolah agama rakyat rendah.
Sepanjang perjalanan itu, Sarah hanya mampu menahan air matanya dengan hanya menggigit bibir bawahnya sehingga berdarah. Dia hanya mendiamkan diri apabila dirinya dimaki dan dihina oleh Tuan Idris.
"Sepatutnya kau mampus dengan bapak kau. Kau tak layak tinggal dengan aku ke sesiapa. Kau tak layak bahagia pun," ujar Tuan Idris membuatkan hati Sarah berasa sakit yang teramat perit tetapi dia hanya menghiraukan.
Sampai sahaja di hadapan sekolah itu, mereka pun turun dan berjalan ke bilik guru.
Sekolah itu hanya ada satu bangunan sahaja seperti surau. Di sekolah itu hanya beberapa kelas sahaja.
Ramai pelajar yang sedang bermain, lepak dan sebagainya memandang belum waktu kelas bermula.
Selepas sahaja berjumpa dengan Ustaz yang merupakan guru besar disekolah itu, tuan Idris terpaksa berlakon seperti ayah saudara yang baik. Dia menghantar Sarah sehingga di hadapan kelas sebelum dia pergi.
"Kau siap balik nanti kalau aku dapat report pasal kau," bisik Tuan Idris perlahan sebelum dia beredar pergi.
Sarah hanya mengeluh dan masuk ke dalam kelas tersebut.
Semua mata tertumpu padanya tetapi dia hanya menghiraukan dan menanya tempat duduk yang kosong.
Pelajar perempuan menunjukkan meja kosong tersebut kepadanya sebelum mereka semua kembali membuat kerja mereka.
Sarah sudah terbiasa dengan suasana tersebut. Dipulaukan, dihiraukan itu semua dia sudah terbiasa jadi dia hanya diam dan melakukan halnya sendiri.
★★★★★★
"Weh ada budak baru lah," ujar Iman sambil menunjukkan jarinya ke arah Sarah yang sedang fokus membaca buku.
Iman, Izzue, Raif dan Darwish memandang ke arah Sarah.
"Haah lah. Apa nama dia?" tanya Darwish.
"Entah. Ce kau try tanya," balas Izzue sambil menyiku lengan Darwish.
Darwish menggeleng, "Tak nak aku," balas nya sambil kembali membuat kerjanya yang tertinggal.
"Weh Afif mana?" tanya Raif apabila dia perasan yang Afif tidak datang lagi ke sekolah.
"On the way kot," balas Darwish sambil tangannya sibuk menulis jawapan.
Raif hanya mengangguk.
Sesampai sahaja di kelas, Afif terus masuk ke dalam tanpa perasan akan kehadiran pelajar baru tersebut.
"Weh Afif dah sampai," Ujar Izzue sambil menepuk bahu Afif.
"Lambat sikit. Tadi aku tertidur," Ujar Afif sambil duduk di mejanya yang sedikit jauh dari tempat pelajar perempuan tersebut.
"Patutlah," balas kawan-kawan lelakinya serentak.
Secara tetiba, Afif terpandang sosok tubuh pelajar perempuan baru tersebut.
"Weh Raif," Raif yang mendengar namanya di panggil terus memandang ke arah Afif.
"Ha asal?" tanyanya.
"Ada budak baru ke?" tanya Afif sambil memandang Sarah yang sedang masih fokus pada bukunya.
Raif memandang ke arah pelajar perempuan itu sebelum menjawab "Haah. Baru masuk lagi tu," balas Raif sebelum dia kembali membuat kerja nya.
Afif mengangguk.
★★★★★
Sarah yang perasan akan dirinya ditenung hanya membiarkan sahaja. Dia tidak mahu melayan perasaannya. Lagipun jantungnya masih lagi berdegup laju dan anxiety nya semakin kuat untuk mengawal dirinya. Tetapi dia hanya mengendahkan sahaja.
"Oh god.. please not now.. aku baru masuk kot," bisik hatinya.
Secara tetiba, matanya bertemu dengan pelajar lelaki yang lambat sampai tadi.
Jantungnya berdegup laju dan dia terus mengalihkan pandangannya.
Otaknya automatik teringatkan kejadian di sekolah pagi tadi.
"Astagfirullah," dia mengucap perlahan untuk meredakan anxiety nya.
"Apa aku ni," ujar ya perlahan sebelum dia fokus pada buku yang dibaca nya sebentar tadi.
YOU ARE READING
Our Unexpected Chapter S1: Between Him and Her
RomanceJZMnSRh S1 : Between Him and Her Antara dua orang yang bermusuhan tetapi menyimpan perasaan yang masing-masing tidak tahu apakah perasaan itu. "The last person I want to hate is you. But my feelings says no." - Based on true story. -