★ 5

10 2 0
                                    

AFJZMN POV :

"Aduh kau ni, kantoi dah aku," ujar Afif kepada Izzue yang sedang buat tidak tahu.

Mereka berjalan bersama menuju ke pintu pagar memandang sudah habis waktu belajar.

"Alah kau ni pun, dia bukan nya kesah pun. Kau tak nampak ke reaksi dia tadi? Tak kesah langsung," balas Izzue sambil mengeluarkan lolipop daripada poket seluarnya.

"Tu bukan tak kesah, tu pelik lah bebal," ujar Ieman sebelum dia mengambil lolipop Izzue dan melarikan diri.

"Weh, lolipop aku Ieman," jerit Izzue sebelum dia mengejar Ieman yang sudah jauh ke hadapan.

Afif, Raif, dan Darwish menggeleng kepala melihat gelagat mereka.

"Bala-bala yang pelik dan menyusahkan," ujar Darwish selamba.

Raif mengangguk manakala Afif sedang memerhatikan sekitarnya.

Raif yang perasan dirinya itu memandangnya pelik. "Kau cari setan ke?"

Afif terkejut dan memandang ke arah Raif. "Setan apa benda kau ni? Maghrib pun tak masuk lagi," balas Afif sambil matanya melilau seperti mencari seseorang.

"Cari Siti ke?" tanya Darwish sambil menunding kan jarinya ke arah Sarah yang sedang keseorangan di luar pagar, memandang Husna dan Asma' telah pun pulang.

Afif dan Raif memandang ke arah Sarah apabila ditunjuk oleh Darwish.

Afif memandang ke arahnya tanpa berkata apa-apa. Matanya fokus memandang Sarah.

Raif dan Darwish menggeleng kepala.

"Anak pak ustaz oi. Tak baik tengok anak dara macam tu," teguran yang berbaur perli itu membuatkan Afif segera memandang ke tempat lain.

"Ehm ehm. Dah lah jom balik," ujar nya menukar topik.

Darwish dan Raif tersengih. Afif memandang mereka dengan pelik, "Kenapa?"

"Kau suka dia eh?" tanya Darwish sambil menunding jarinya ke arah Sarah yang sedang duduk di bangku luar.

Afif menoleh memandang nya sebelum dia menggeleng kepala, "Merepek," balas Afif sebelum dia kembali berjalan menuju ke pagar, meninggalkan Raif dan Darwish yang sedang sakan ketawa.

Afif menggeleng kepalanya apabila dia melihat si kembar masih lagi berebut lolipop. Dia bersandar pada tiang yang berdekatan dengan Sarah.

Dia mendongak memandang ke langit yang hampir gelap.

"Err.. Afif, ayah awak dah sampai," suara Sarah yang memanggil membuatkan dia terus memandang ke wajah Sarah.

Dia mengangguk kepalanya, "Thanks," ujarnya perlahan sebelum dia meninggalkan Sarah.

Dia berjalan ke motor ayahnya, Tuan Shamsul. Naik sahaja atas motor, dia menjeling sekilas ke arah Sarah yang masih lagi menunggu di bangku luar.

"Damn it. Dah kenapa aku tengok dia?" bisik hati Afif sebelum dia memandang ke depan, akan tetapi fikiran nya hanya memikirkan benda lain.

Berhenti di lampu merah, ada kereta proton berhenti di sebelah motor ayah nya dan secara tidak sengaja, dia ternampak Sarah di dalam kereta tersebut sedang mengalirkan air matanya sambil memandang ke luar tingkap.

Dia mengerutkan dahinya, "Dah pulak nangis. Tadi aku rasa elok je kat depan sekolah tadi," bisik hatinya.

Dia fokus memerhatikan Sarah dari luar tingkap memandang kan Sarah tidak perasan akan dirinya.

Dia perasan yang Sarah menggigit bibir bawahnya dengan kuat sambil mengelap air matanya.

"Kenapa dia menangis?" tanya Afif pada dirinya sendiri.

Apabila lampu jalan bertukar hijau, barulah Afif tersedar daripada terus memerhatikan Sarah yang sudah jauh ke tempat lain.

Otaknya ligat bermain rakaman di mana Sarah menangis sebentar tadi.

Sampai sahaja di rumah, dia memberi salam sebelum dia terus masuk ke dalam bilik nya.

Dia menutup pintu dan rebah ke atas katil.

"Afif, nanti jangan lupa makan. Lauk bawah tudung saji," ujar Tuan Shamsul dari luar biliknya sebelum berjalan ke ruang tamu untuk tengok isterinya yang sedang demam.

Afif mengeluh seketika sebelum dia bangun dan capai telefonnya.

Dia berfikir seketika, "Aku takde nombor dia pula."

Ting! Otak nya sudah mula berfungsi kembali.

"Dalam group kan ada," bisik nya perlahan sambil membuka Whatsapp dan mencari nombor seseorang di group sekolah.

------

Jam menunjukkan 1 pagi, Afif masih lagi terjaga.

Pusing kanan, pusing kiri, dia tetap juga tidak boleh lelap.

Dia menutup matanya dan secara tetiba dia terbayang akan diri Sarah seolah-olah sedang bersamanya.

Dia membuka matanya kembali dan menarik nafas dalam-dalam.

"Astagfirullahaladzim.. Apa benda tadi tu?" bisik dirinya sambil mencuba menenangkan dirinya yang sedang berdebar.

"Haih.. Kenapa aku asyik fikir pasal dia ni?" tanya Afif sambil baring menghadap dinding sebelah kanan nya.

"Why I have to think about you, Angel?" bisik nya perlahan sambil mengukir sesuatu di dinding.

Sedang dia mengukir, otaknya mendapat idea.

Dia bangun dari baring nya dan bangun menuju ke meja belajar. Dia duduk di kerusi nya sebelum dia mengambil kertas melukis dan beberapa alat melukis.

Dia mula melukis wajah seseorang.

Dia fokus melukis sehinggakan tidak perasan akan waktu sudah pun hampir pukul 2 lebih.

Akhir sekali, dia meletakkan lukisan yang sudah siap itu di salah satu bingkai gambar kacanya.

Dia tersenyum dengan hasil yang dia lakukan.

"Such a beautiful drawing," bisik hatinya sambil jarinya bergerak mengikut sisi bingkai kaca tersebut sebelum di letakkan di atas meja belajarnya.

Dia tersedar daripada lamunan nya apabila dia terdengar pintu terbuka.

Dia menoleh ke arah pintu biliknya. Dia mengerutkan kening nya.

"Aik. Tadi macam bunyi pintu," bisik nya perlahan sebelum dia mula meremang.

Dia terus berlari naik ke atas katil dan menyorokkan dirinya di dalam selimut.

Di dalam hatinya tidak putus berdoa dan berzikir semoga tidak diganggu oleh makhluk makhluk halus yang ada.

Dalam ketakutannya itu, dia sendiri tidak tahu, bila dia terlelap.

Our Unexpected Chapter S1: Between Him and HerWhere stories live. Discover now