Puan Salma masuk kedalam bilik mendekati kami bertiga "Thia jom keluar diorang dah datang tu.." senyuman manis diberi kan,sambil memimpin tangan aku untuk keluar namun aku hentikan."Mama kenapa Thia kena keluar pulak? Duduk dalam bilik tak boleh ke..?"Tanya aku pada puan Salma.
"Kamu ni apa pula duduk dalam bilik pergi la keluar,salam dengan bakal mak mertua kamu.. dia pasti nak kenal dengan kamu.. bakal tunang kamu pun ada sekali.."Bebel puan Salma.
Makin gelisah aku dibuatnya mendengar apa yang puan Salma sampaikan,"bakal tunang?"aku menarik tangan kedua sahabat aku.
"Auni tasya kau jelah yang keluar aku tak nak.."bisik aku sambil menarik tangan Auni dan tasya untuk pergi.
"Eh.. bukan aku yang nak bertunang Thia.. kau jelah Auni pergi keluar.."Tasya menolak Auni supaya keluar.Auni keraskan badannya"bukan aku lah nak bertunang auntie tengok ni.."Adu Auni sambil memegang tiang katil.Puan Salma hanya Mengeleng kepala melihat gelagat kami.
Tiba tiba suasana menjadi sunyi seraya kelibat lelaki tua muncul"Thia, dari tadi lagi buat apa?orang menunggu dekat bawah tu.."Soal tuan irsyad dengan dingin.Paras wajahnya tidak ada riak gembira.Puan Salma hanya melihat wajah suaminya itu tidak mahu ikut campur.
Setelah sesi sarung cincin selesai,masanya untuk ambil gambar.Megat baru saja dapat panggilan dari anak buahnya.Megat menghampiri dato' naim."Dad.Megat,ada urusan kejap,megat pergi dulu ye.."Tangan dato' naim diambil lalu disalam, Megat terus berlalu pergi.
Datin zakiah yang baru perasan megat sudah tidak ada ditempat menghampiri dato naim"Anak kita pergi mana bang?"Soal datin zakiah.
"Dia kata ada urusan.. tak tahu lah kerja apa yang penting sangat, megat..megat.."Balas dato naim sambil menggeleng kepala, tahu sangat perangai anaknya yang satu itu."Kenapa awak tak halang dia bang.."Soal datin zakiah dengan nada tegas.
"Macam mana saya nak halang dia zakiah.. belum sempat saya nak bercakap dia dah pergi.."Jelas dato' naim pada isterinya yang tercinta.
Banyak mata memandang.Ramai yang mengucapkan tahniah kepada aku,tidak hairan ramai yang sudah tahu kalau aku sudah bertunang.Seorang doktor lelaki datang menghampiri lalu menyapa."Hi..long time no see."Doktor Nazri duduk berhadapan dengan aku,senyuman manis dikoyakkan.
Aduh.. mamat ni nak apa pulak.
Aku membalas senyuman itu dengan terpaksa"Hi doctor nazri ada apa?"Soal aku padanya sambil menulis catatan pesakit."Tak bagitahu i pun kalau u dah tunang?"Soal doktor nazri pada aku.
"Awak siapa saya nak bagitahu?"Tanya aku balik padanya."Thia u tahu kan kalau i suka kan u.. i tunggu u selama ni... tiba tiba i dengar u dah bertunang?"Balas Nazri kecewa, matanya tidak lepas dari muka aku seinci pun, aku berhenti menulis lalu melihat wajah nya dengan tidak suka,pen diletakkan dalam poket white cout.
"Doktor saya dah banyak kali bagitahu doktor kalau saya tak cintakan doktor,cinta tak boleh dipaksa.."Balas aku dengan geram."I akan buat u cintakan i Thia i akan masuk meminang u untuk jadikan u wife i."Nekad Nazri walaupun dia tahu aku dah jadi tunang orang.
Gila mamat ni.
Aku mengeluh dan memutar anak mata malas ."Doktor saya dah banyak kali bagitahu doktor yang kita hanya boleh jadi kawan..kalau doktor tak boleh terima,kita berhenti jadi kawan.."Balas aku terus berlalu pergi.Rimas.
"Thia..! Thia..!"Jerit Nazri,aku hirau kan.
Tiba tiba pagi buta lagi aku dapat panggilan nombor tidak dikenali, kening aku berkerut lalu menjawab panggilan."Hi sweetheart"Disebalik panggilan lelaki itu seringai.
"Siapa sweetheart kau?main sedap kau je panggil aku sweetheart"Balas Thia dengan tegas.Mamat mana pulak bermulut manis di pagi hari ni.
"Hi cik tunang baru bangun tidur ke tu.."Soal lelaki itu,mata aku terbuka luas.Cik tunang?"Awak kenal saya ke?"Tanya aku kepada lelaki itu.Tubuh diangkat bersandar dikepala katil."Aku tunang kau Thia raudhah.."Balas lelaki itu,aku tahu lelaki itu tersenyum di balik panggilan ini.
Terus aku berlari menuruni anak tangga menuju kebawah"mama.. mama.."Panggil aku menuju kearah dapur."Kenapa ni Thia bising bising ni.. papa dengar nanti.."Marah puan Salma pada aku,"mama Thia nak tahu siapa tunang Thia.."Soal aku mendesak.
Puan salma menjeling kearah aku telefon nya diarah kan kearah aku menunjukkan gambar seorang lelaki didalam telefon itu.Terbuntang mata aku.Laki ni ke tunang aku?"Mama!.. kenapa mama tak bagitahu Thia awal awal?.."Soal aku dengan riak wajah tidak suka.Kalau dia lah tunang aku.., memang aku nak mama batalkan semua ni.
"Kenapa pula ni Thia?"Soal puan Salma tidak mengerti."Mama kalau dia lah tunang Thia, Thia tak nak semua ni berlangsung.Thia nak mama batalkan.."Balas aku dengan tegas.
"Apa yang kamu mengarut ni Thia?!"Soal puan Salma dengan tegas.Hairan dengan anaknya yang satu ni suka buat orang curios.
"Kalau mama nak tahu, lelaki ni play boy! Thia kenal lah siapa lelaki tu.."Balas aku masih dengan nada tenang.
Korang vote lah baru rajin author..,tq yg mana masih stay tunggu cerita ni.Kalau nak bab seterusnya komen,kalau Tak author tak nak bagi..
Takde lah gurau je...🤍

YOU ARE READING
Cinta untuk Thia (slow update)
RomanceSeorang wanita bernama Thia raudhah yang mendambakan cinta seorang bapa namun cinta itu tidak pernah muncul sejak Thia kecil lagi.Disebabkan musibah anak gadis yang mereka sayang meninggal dunia. "Kenapa papa benci sangat dekat Thia.? Ini semua takd...