Kampung

1.7K 20 0
                                    

Kereta Rina semakin menghampiri rumah mertuanya. Menyedari hanya tank top yang dikenakan, Rina mencari-cari selendang yang dibawa bersama di bagasinya. Dililitkan membaluti badannya yang terdedah. Kereta diberhentikan di hadapan rumah mertuanya. Jendelanya yang terbuka, rumah kampung lama yang rapi dijaga seperti tidak dimamah usia.

"Assalamualaikum Mak, Abah," kata Rina memberi salam sambil melangkah ke tangga batu untuk naik ke rumah sambil memegang bagasi bajunya.

"Waalaikumussalam. Rina ke tu? Masuklah, Nak. Mak tengah masak kat belakang ni haa," Mak Leha menyambut salam Rina.

Perasaan senang menyelubungi hati Rina apabila menjejakkan kakinya di kampung halaman suaminya disambut ramah oleh Mak Leha, ibu mertuanya. Kerana dirinya dahulu yang membesar di kampung membuatkan hatinya selesa apabila bertandang ke rumah mertuanya.

"Mak masak apa ni? Sedapnya. Jadi lapar Rina," kata Rina sambil mencium tangan Mak Leha yang mengacau gulai tempoyak pucuk ubi kegemaran Rina.

"Gulai tempoyak kegemaran engkau ni. Kurusnya anak Mak. Alif tak cukup bagi makan ke ni?" jawab Mak Leha sambil mencuit pinggang ramping Rina.

"Hehehe. Mak ni, ke situ pulak. Abah mana, Mak?" tanya Rina akan bapa mertuanya.

"Abah kau tu biasalah rajin ke kebun. Tengokkan pokok durian dia tu. Biasa la, tengah musim," jawab Mak Leha.

Rina duduk di meja makan yang agak lusuh dilapik alas meja berbunga sambil berborak bersama Mak Leha. Rancak perbualan mereka berdua tentang hal kampung. Bermacam-macam yang Mak Leha kongsikan ke Rina. Mungkin kerana Mak Leha menginginkan anak perempuan tetapi rezekinya tidak kesampaian. Namun begitu, Rina adalah pengubat hati Mak Leha sejak dirinya berkahwin dengan anaknya Alif. Kedengaran orang memberi salam dan tapak kaki menuju ke dapur.

"Nenek, nak 2 Ringgit. Nak beli aiskrim," kedengaran suara budak lelaki meminta duit daripada Mak Leha.

"Siapa tu, Mak?" tanya Rina kepada Mak Leha.

"Anak abang engkau, si Azman. Duduk dengan Mak dah seminggu cuti sekolah. Lagipun, dekat bandar tu tak ada apa-apa, jadi si Razak tu hantar si Azman duduk dengan Mak. Biar belajar jadi budak kampung katanya. Kalau tak, habis main game je dekat bandar tu. Ni Azman, salam Cik Rina ni," beritahu Mak Leha.

Azman berumur 15 tahun, masih bersekolah menengah. Azman menghulurkan tangannya untuk bersalam dan mencium tangan Rina. Tersipu-sipu malu Azman sambil melirik ke lurah dada Rina. Rina memberikan 5 Ringgit kepada Azman untuk membeli jajan.

"Nah, amik ni. Cik Rina belanja," kata Rina sambil menghulurkan duit kepada Azman yang tersenyum.

Azman mengambil duit daripada Rina dan berlalu pergi.

"Engkau pergi la berehat dulu. Nanti kita makan tengahari sama-sama. Mak dah kemaskan bilik tengah tu. Pergi lah mandi-mandi ke apa ke," kata Mak Leha kepada Rina.

Rina bangun mengangguk dan berlalu ke bilik. Badannya direbahkan ke katil sambil menghantar mesej WhatsApp kepada suaminya memberitahu yang dirinya telah selamat sampai ke kampung. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.

Rina terlena masih berbaju selepas menghantar mesej ke suaminya. Mungkin kerana badannya penat tidak biasa memandu jauh membuatkan dirinya terlelap. Kemudian, Rina terjaga dari tidurnya.

"Eh, pukul 3 dah," ujar Rina melihat jam tangannya.

Rina bangun mengambil tuala untuk membersihkan dirinya. Mak Leha menjenguk di bukaan pintu biliknya.

RinaWhere stories live. Discover now