Tepat jam 2:¹⁷ petang, kami tiba di tapak kem study kali ni. Kali ni? Er....Yang pertama ini.
Turun dari bas je memang semua budak lelaki dah macam rusa masuk kandang buaya. Eh? Maksud aku semua duduk tak diam, bergerak ke sana sini. Kepala macam zirafah. Mulut macam monyet.*Sigh.
Tapi aku takleh nak cakap apa sebab tapak kem study kali ni memang bukan main besar ye. Banyak pula duit sekolah nak sewa, selalunya tak pemurah macam ni. Ada orang sponsor ni.....kan? mustahil la sekolah nak sewa besar macam ni untuk duduk seminggu. Sehari boleh la. Eh..jahat betul mulut aku.
Maybe...maybe sekolah aku cuba jadi pemurah kali ni sebab batch aku batch pertama form 5 yang kurang buat kes terutamanya kes buli. Ye ke? kalau ada pun, tercover sebenarnya.Batch aku ni kalau buat jahat otak dia orang jadi pandai sikit. Lagi pun semua macam haiwan terlepas dari zoo je perangai.Whatever la.
Maka aku cepatkan la...lama-lama duduk berdiri depan bas ni buat apa kan.Bila keadaan dah terkawal, kami dibawa oleh seorang staff selepas disambut oleh pengurus tapak kem study ni. So....oh! sebelum tu, mohon fokus ye. Ambik kertas dan lukis untuk kau orang faham apa aku nak bebel ni. Tak faham, bukan masalah aku. 0w0 hehe.
So, dekat area Tengah tapak kem study ni, ada sebuah dewan besar dan area berkumpul terbuka dekat depannya. Tempat perhimpunan agaknya.
Bahagian area kanan pula adalah tempat dorm dan hostel bagi student perempuan dan guru bertugas perempuan. Macam biasa, mestilah area student lelaki terpisah, mustahil nak letak area sama. Jadi dorm dan hostel kami pula di sebelah bahagian kiri dari dewan. Dekat hujung depan area dorm student lelaki ada surau.
Manakala,tempat makan pula berada tepat belakang dewan besar yang aku first mention tadi. Yang bestnya sebelah dewan makan tu, ada sungai. Maybe lepas ni boleh makan sambil berenang. Hehe orang gila je buat..Eh? maybe beruk-beruk akan buat? mana tau. Then, tepat sebelah area dorm lelaki, ada padang kecik untuk kami beriadah Dan bermain seperti budak kecik.
Lepas dah kami berjaya pusing satu area sambil diterang dan ditunjuk oleh abang staff, akhirnya kami dibenarkan untuk mula letak beg dekat dorm dan hostel. Jadi seperti aku pernah mention, penginapan student ada dua iaitu dorm dan hostel. Hostel mampu tampung 6 orang je dan dorm mampu banyak lebih dari 15.
Aku dan beruk-beruk telah berpeluang duduk dekat hostel, bila Rul berjaya mohon masa chapter lepas untuk letak kami dalam 1 hostel. Tak tahu nak bahagia ke nak rasa bersalah. Mamat ni yang pandai-pandai susun, ikut je la.
Kami dapat Hostel No.4, hostel terakhir. Berada betul-betul hujung dekat dengan dewan makan tapi jauh dari surau, hmm.... macam tu la.Dalam hostel 4 ni ada geng beruk, Farid, aku dan Danial.(*Boleh rujuk Chapter 14- Daddy)
Masuk je dalam hostel, Cikdi tiba-tiba bising. Tak sempat aku nak bernafas dalam ni. Rul pula memang tak ikut masuk sekali sebab Cikgu minta dia tolong angkat beberapa barang dari bas. Haih...kesian boyfriend saya sejak dia terpaksa ada ajk ni..hm kesian betul. Aku la tolong bawa beg dia pula kali ni.
Cikdi: Aku nak katil hujung!!!
Aku terus check katil dalam hostel ni. Sudah! Ada dua katil double decker dan katil queen 1 dalam ni. Apahal ada queen, tak boleh ke tiga-tiga double decker. Masalahnya,yang dekat hujung la,katil queen tu berada. Ceh!
Aku baru nak ambik katil hujung juga.Oma: Aku okay mana2, tapi kau nak tido dengan sape s*al?
Cikdi: U! let's tido sama2
Cikdi tiba-tiba tunjuk jari telunjuk minta patah dia tepat ke arah aku. Err....aku taknak. Aku nak tidur sorang-sorang.
Aku: Tak nak!
Cikdi: Bapak sombong!
Farid: Kau nak yang mana,Oma? Danial?

YOU ARE READING
COTTON CANDY DAYS WITH YOU 2
Romance"Now the obsession has reversed." Cuti pertengahan penggal pertama habis. Kembali ke sekolah! Hidup Adam makin berubah..... Adam: Aku ade boyfriend perangai beruk! "Hah? Takmau paham!!!..Baby takmau comel²....nanti I mati", 😎 Adam: BERUK!! ++++++++...