Promise (약속) (承诺)
Chapter 1Z.Tao duduk memandang ke arah luar melalui tingkap kereta. Titisan hujan yang mengalir di cermin tingkap dipandang dengan mata yang bertakung. Rindu. Teramat rindu pada kawan-kawannya yang berada di korea. Perit rasa hati bila fans yang dia sayang mula menjauhinya. Dia tahu, ramai yang kecewa dengan tindakannya. Dia juga kecewa dengan apa yang dia dah lakukan. Tapi dia tak ada pilihan.
// Flashback.
"Baba nak kamu balik China." tegas kata Encik Huang, baba kepada Tao.
"Tao taknak. Tao nak stay dengan exo." kata Tao turut bertegas dengan pendiriannya.
"Kalau kamu stay dengan exo pun, kamu boleh menari ke? Kamu boleh berdiri atas stage sama-sama dengan diorang ke? Zi Tao, tengok keadaan kamu sekarang!" marah Encik Huang.
"Baba, kaki Tao ni kan boleh elok balik?" tanya Tao dengan suara yang mula kendur.
Encik Huang memalingkan muka ke arah lain. Nafasnya dihembus perlahan.
"Tao, doktor kan dah kata, walaupun kaki Tao dah okay nanti, tak mustahil bila-bila masa je kaki Tao akan sakit balik. Baba tak nak risiko tu. Baba dengan mama nak jaga Tao. Kami tak nak perkara buruk jadi dekat Tao lagi. Balik China dengan baba ya Tao?" kata Encik Huang seakan memujuk.
Tao mengetap bibir. Cukup perit kenyataan yang diberikan babanya. Mahu tak mahu dia terpaksa juga kembali ke China bersama babanya. Tentang SME, tentang Exo, semuanya dia serahkan pada babanya. Dia tak sanggup nak hadapi Exo members yang lain.
End Flashback.
Setitik airmata jatuh dipipinya. Tao memejamkan mata, cuba membuang memori yang memeritkan tu. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum menghela perlahan. Biarlah apa pun yang berlaku, semuanya dah terlambat. Dia sekarang bukan lagi EXO Tao. Dia nak mulakan kehidupan yang baru sebagai Z. Tao.
"Tao, kita dah sampai." kata manager Tao seraya mematikan lamunannya. Tao mengesat airmata yang membasahi pipinya tadi. Senyuman diukirkan pada managernya yang daritadi melihat ke arahnya.
"Remember Tao. Whatever happens, past is a past. Tao tak akan boleh ubah apa-apa yang dah berlaku." pesan manager Tao perlahan.
Tao hanya mengangguk. Tao memandang papan tanda cafe yang berada di hadapannya saat ini. Entah kenapa jantungnya berdegup laju. Ya, hari ni dia akan bertemu dengan dua orang gegenya.
Luhan POV
Aku tengok Kris dari tadi mengacau straw dalam cawan. Aku tahu dia tak sabar. Aku pun tak sabar nak jumpa dengan seseorang tu. Seseorang yang mungkin senasib dengan aku dan Kris.
"Aku rindu dia.." kata Kris perlahan. Aku memandang Kris sayu. "Aku pun rindu dia juga. Rindu nak sakat dia sampai dia menangis."
"Lu-ge, Kris-ge..." panggil satu suara.
Aku dan Kris berpandangan. Aku kenal sangat dengan suara tu. Aku menoleh, senyumanku melebar. Kris pula cepat-cepat peluk dia.
"Tao.." balasku perlahan. Aku tak mampu nak kata apa-apa bila Tao berada di hadapanku. Aku jadi lemah bila tengok dia dah dibanjiri airmata. Kris pun dah mula mengalirkan airmata. Aku cuba tahan airmata aku tapi aku tak kuat.
"Kris ge, Woxiangni (saya rindu awak)" kata Tao dengan esakannya.
"Kris ge pun rindu taotao jugak.." balas Kris masih lagi memeluk Tao erat.
Aku tersenyum sayu. Nasib baik lah cafe ni manager kitorang dah booked awal-awal. Kalau tak mesti semua orang pelik tengok keadaan kitorang.
"Woih jangan lupa aku!" celah aku cuba meleraikan drama airmata yang berlaku antara Tao dengan Kris.
Kris yang mendengar terus meleraikan pelukannya. Kris tersenyum simpul ke arahku. Aku pula mengambil tempatnya, memeluk Tao erat.
"Luge rindu Taotao. Tao sihat?" tanyaku mengusap kepalanya perlahan.
"I miss you too.." Tao memeluk pinggangku. Aku meleraikan pelukan dan mengajaknya duduk diantara aku dan Kris.
"Lama gege tak jumpa Tao. Tao dah makin handsome. Makin matang." kataku.
"Yeke? Tao dah matang ke, Luge?" tanya Tao memandangku. Aku tahu maksud pertanyaannya yang sebenar. Tapi aku sengaja buat tak tahu.
"Yelah. Dah pandai buat lagu sendiri. Luge suka lagu Tao." balasku tersenyum tipis.
Aku, Kris dan Tao berbual sesama sendiri. Macam macam topik yg kami bualkan. Aku bahagia tengok senyuman yang terukir di bibir Kris dan Tao. Aku rindu senyuman diorang yang macam ni. Senyuman diorang hilang bila aku tanya,
"Tao tak rindu exo ke?"
YOU ARE READING
❝ Promise ❞ + EXO ✔
Short Story[[ Short Imagine about EXO Oppadeul from one of EXO-L ]] Z.Tao berjumpa semula dengan Kris dan Luhan setelah meninggalkan exo. Tao dan Luhan selalu teringatkan kenangan lalu mereka di exo. Mereka rindu dan teringin nak jumpa dengan exo semula. Tapi...