Memori

93 4 0
                                    

Ketika Eren pusing belakang untuk menghadapi saya, saya pun pusing belakang supaya dia tidak boleh tengok muka saya yang sedang menangis...

"Arisa, maafkan saya, bukan maksud saya untuk berkasar dengan awak, tetapi saya takut nak berdekatan dengan orang lain kerana nanti mereka akan tinggal kan saya macam adik saya."

Saya lap air mata saya, selepastu pusing belakang dan cakap "Eren, saya mintak maaf kerana cuba masuk campur dalam hal awak ini, tetapi saya nak tolong awak kerana saya sebenaryna..."

Ari pun datang "Abang Eren, Ari nak pergi beli makanan dekat kantin, boleh tak Ari pinjam duit sikit,Ari tertinggal duit Ari dekat rumah."

Eren kata sekejap ya kepada Ari selepas tu pusing ke arah saya "Arisa apa yang awak nak cakap sebelum Ari datang."

Kerana saya malu, saya kata nanti je la, saya ada kerja... Jadi Eren kata owh ok dan pergi ke kantin bersama Adiknya, Ari.

2 bulan 19 hari sudahpun berlalu dan Ari sudah tidak boleh hidup lama lagi...
Setiap kali dia kesekolah dia mesti batuk keluar darah ataupun tiba-tiba pengsan.
Akhirnya kita ada kelas muzik bersama,jadi saya cari masa lapang yang tepat untuk berbincang tentang hal tersebut...

Masa itu ialah sekarang saya tarik tangan Ari dan pergi ke bilik nurse..."Ari sebenarnya saya tahu tentang perkara awak dan saya tau awak boleh hidup dalam 10 hari je lagi, dan saya juga tahu tidak ada apa-apa yang boleh sembuh penyakit awak, jadi saya nak kita buat memory istimewa bertiga, boleh tak..."

"Hehe, Arisa Awak sebenarnya suka abang saya kan."Ari senyum

Saya terperanjat jadi Saya pun berbisik " Macam mana awk tahu?"

Dia kata "dari reaksi awak dan satu lagi awak nak tolong saya untuk ambil hati abang saya je kan, kalau macam itu awak tak payah lah susah- susah."

Saya pun berasa marah " Memang betul saya sukakan abang awak, tetapi saya nak tolong awak itu ikhlas kerana saya kesian kan awak kerana saya pun pernah kehilangan kakak sulung saya tetapi semasa itu saya tak berguna jadi yang saya lakukan setiap hari ialah cuma menangis dan berasa bersalah kerana apa yang saya buat tidak berbaloi dan berfaedah!"

Saya pun tarik nafas untuk tenangkan diri saya, selepastu saya cakap "nanti semasa awak tidak ada, Eren akan bersendirian , tetapi masa itu awk tak perlu risau kerana saya akan tolong dia ,tetapi sekarang awak masih ada jadi apa kata kita buat memory istimewa bersama-sama..."

Cinta Saya Bersama DiaWhere stories live. Discover now