Aku tak tahu berapa lama aku terlena. Sedar-sedar sahaja aku keseorangan di dalam rumah sewa ini. Ternyata semalam mereka beparti tanpa aku. Botol-botol arak yang kosong bergelimpangan di lantai. Tisu-tisu dan cebisan pakaian turut sama bersepah. Aku membuka botol air syaitan yang masih bersisa dan terus meneguknya. Semakin aku teguk tekak aku terasa semakin perit. Aku yang masih lagi di bawah separa sedar bangun menuju ke dapur dengan niat mahu mencari air masak namun tiada apa yang boleh aku minum buat menghilangkan dahaga.
Dompet duitku yang tersadai di atas meja aku ambil. Namun didalamnya hanya ada not sepuluh ringgit dua keping.
"Tak guna punya kawan. Duit member pun nak sailang?" maki aku geram. Botol ditangan terus aku baling ke dinding dan bunyi kaca pecah berderai ternyata lebih merdu pada pendengaran aku. Rumah yang sedia berselerak semakin berselerak. Macam ni lah kawan. Masa aku senang semuanya nak berkawan. Bila aku dah jadi macam ni masing-masing layan aku macam sampah. Habis madu sepahnya dibuang. Aku mahu pulang namun aku tak mahu berhadapan dengan mummy dan daddy. Aku benci melihat wajah mereka.
Berbakikan duit dua puluh ringgit aku menahan teksi yang kebetulan lalu dihadapan rumah sewa kawanku. Lokasi aku adalah rumah banglo mummy dan daddy. Walaupun aku sudah bersumpah tak akan menjejakkan kaki ke rumah ini lagi masih ada harta milik aku yang perlu aku selamatkan. Kereta Ferrari hadiah datuk sempena hari lahirku tahun lepas perlu aku bawa keluar. Aku juga perlukan sedikit duit dan juga beberapa helai pakaian untuk meneruskan kehidupan aku. Selepas itu aku akan lenyap terus dari hidup mereka berdua. Sibuk mengejar harta dunia diri aku ini diabaikan.
Hanya kawan-kawan yang memahami betapa aku inginkan belaian kasih sayang. Salah siapa kalau aku keluar masuk ke disko setiap malam dan pulang diwaktu subuh. Salah siapa kalau aku mencari sedikit hiburan dari dunia luar. Aku tak betah lagi tinggal di dalam banglo tersebut. Hidupku didalamnya bagaikan berada didalam penjara besi.
"Hakim kemana? Hakim minum lagi ya? Berapa kali mummy nak tegur jangan teguk air syaitan tu lagi. Ini kalau daddy tahu habis kamu dikerjakan dengan tali pinggangnya," bebel mummy. Ternyata nasibku malang sebab terserempak dengan mummy.
"Mummy ni bisinglah." Jerkah aku tanpa sedar. Dengan tubuh yang terhuyung hayang aku mendaki anak tangga menuju ke bilik aku. Tubuh mummy aku tolak ke tepi. "Mummy jangan halang Hakim boleh tak? Hakim dah besarlah. Tahulah macam mana Hakim nak hidup."
"Tapi Hakim anak mummy. Kenapa Hakim tiba-tiba berubah sikap ni? Dulu Hakim tak berkasar macam ni." Mummy cuba menggapai tanganku namun aku segera menepis. Beberapa helai pakaian daripada almari aku keluarkan dan masukkan ke dalam beg.
"Sejak bila mummy ambil peduli pasal Hakim? Mummy tak pernah kisah pun Hakim balik rumah atau tak. Selama Hakim tinggal di dalam rumah ini hanya Nek Jah sahaja yang menjaga keperluan Hakim. Jadi tang celah mana mummy nak kata Hakim ini anak mummy?" tempikku. Mummy sudah terduduk di birai katil. Mungkin tak menyangka yang aku mampu menjerkahnya sampai begitu sekali. Hatiku sudah buta. Air mata mummy langsung tak mampu menyentuh tangkai hati aku. Aku sudah tawar hati dengan keluarga retak yang hanya menanti belah. "Selamat tinggal mummy. Kalau mummy kahwin lain jangan lupa mesej Hakim." Ujarku kering tak berperasaan.
Nek Jah hanya memerhati sahaja tindakaknku. Aku tahu wanita tua itu kecewa dengan perubahan sikapku. Untuk apa aku berada di dalam rumah ini kalau setiap tindakanku menyakitkan hati mereka. Aku tak dapat kebebasan sepertimana ketika aku berada di luar. Enjin kereta dihidupkan dan tanpa menoleh ke belakang aku teruskan niatku mahu keluar dari rumah ini.
KAMU SEDANG MEMBACA
Sinar sentiasa ada
Short StoryMengisahkan kisah hidup seorang belia yang kekurangan kasih sayang. Tersalah memilih kawan menyebabkan dia pernah terjatuh ke dalam lembah yang memusnahkan. Mujurlah dirinya masih diberi kesempatan untuk berpatah balik ke jalan yang benar.