BAB 1

10 0 0
                                    

Sudah seminggu dia tidak menghadiri ke kuliah. Sebenarnya dua bulan kebelakangan ini memang dia sudah jarang-jarang datang ke universiti tapi kali ini entah apa yang merasuki mindanya sehingga dia berani memonteng kelas seminggu berturut-turut. Akhirnya pagi ini dia tak dapat mengelak lagi apabila tindakannya kantoi dengan seorang pensyarah yang bajet poyo. Disebabkan pensyarah yang suka busy body dengan gaya hidupnyalah daddy sanggup mencemar duli memandu masuk ke dalam perkarangan universiti. Kalau tidak... haram daddynya nak ambil tahu kisah hidupnya. Apa daddy dan mummy peduli dia pergi ke kuliah atau tidak. Mereka langsung tak pernah nak ambil kisah sama ada dia gembirakah, sedihkah atau tengah putus cinta. 

Disebabkan dia pewaris Taming Holding daddy sanggup melakukan apa yang tak pernah dilakukan olehnya selama dua puluh tahun aku hidup di atas muka bumi ini. Cuba surat ponteng kuliahku tidak sampai ke tangan datuk pasti daddy masih tidak akan tahu yang selama ini masa aku banyak dihabiskan dengan berpeleseran.

"Hakim, kamu jangan nak malukan daddy depan datuk kamu lagi. Macam mummy dengan daddy tak pandai jaga anak. Balik nanti driver papa datang jemput. Kalau kamu ponteng kuliah lagi, siap kamu daddy kerjakan," ugut daddy yang berunsur amaran keras.

Arahan daddy itu seperti mencurahkan air ke daun keladi. Daddy nak rotan aku? Nak potong duit saku? Nak kurung aku dalam bilik seperti sebelum-sebelum ini? Silakan.... Ini Hakimlah. Setakat tali pinggang, sepak penerajang aku dah lali. Dari kecil hingga ke dewasa aku dah rasa semua itu.

Mungkin masyarakat diluar sana memandang iri dengan aku yang lahir dalam sangkar emas, tapi tidak bagi aku. Sangkar ini terlalu sempit sehingga aku tidak merasakan kebebasan yang aku inginkan. Aku tak rasa ada yang lebih bahagia selain daripada hang out bersama kawan-kawan yang lebih memahami jiwa mudaku. Aku generasi Y bukannya anak teruna yang hanya mengikut telunjuk jari orang tua seperti kerbau yang dicucuk hidungnya.

"Kamu dengar ke tidak ni? Cakap dengan kamu macam bercakap dengan tunggul. Kamu dengan mummy kamu sama sahaja dua kali lima," omel daddy. Malas mahu mendengar kutukan demi kutukan aku segera keluar dari perut kereta Mercedez Benz hitam tersebut. Beberapa mata siswa-siswi yang lalu lalang sibuk memandang macam tak pernah berjumpa dengan orang. Jakun sangat. Pelik ke kalau ada yang datang berhantar. Sebaik sahaja pintu kereta ku tutup, terus sahaja kereta hitam metalik tersebut berlalu meninggalkan asap hitam di belakang. Tanpa berlengah aku terus mengelurakan smartphone aku.

"Bro kau kat mana? Amik aku sekarang dekat U."

"Dekat U? Aku ingat kau dah tak minat belajar," balas suara di talian sebelah sana. Masih terdengar lagi sisa tawanya. Seolah-olah pergi ke universiti bagaikan masuk ke taman permainan kanak-kanak Ribena.

"Kau jangan banyak cakaplah. Jangan sampai aku bercakap dengan telapak kaki," Hakim sudah mula naik angin. Dia segera berlalu ke bawah sebatang pokok dan mengeluarkan sekotak rokok sebelum diambilnya sebatang untuk dihisap. "Kau jangan banyak songeh boleh tak. Kau datang je ambil aku dekat sini," bicaranya semakin kasar dan sangat tak sedap didengar. Belum sempat pemanggil disana mahu bersuara dia sudah terlebih dahulu memutuskan talian.

"Dia lagi tunggul. Suruh ambil pun banyak soalnya. Bukannya aku tak bayar duit minyak. Ingat aku ni sengkek sangat?" gumammnya sendirian.

Orang yang lalu lalang langsung tak dipedulikan. Sesekali dia menjerkah pasangan kekasih yang sibuk nak berasmara. Sakit matanya melihat langsung sahaja dia membaling mereka dengan puntung rokok yang baru habis dihisapnya. Peduli apa dia. Dia anak jantan. Kalau tak puas hati mari kita lihat buku lima siapa paling berkuasa. Begitu mudah dia mencari pasal dan seenteng itu jugalah dia menyelesaikan masalah yang ditimbulkan olehnya sendiri.

Jam ditangan dikerlingnya. Sudah sepuluh minit dia menunggu. Sekotok rokok yang mengandungi dua belas batang kini sudah berbaki lagi dua. Dia orang ini memang dah lama hidup gamaknya. Makinya di dalam hati. Duduknya mula tidak senang. Sekejap dia berjalan ke kiri, sekejap ke kanan namun rokok ditangan langsung tak dilepaskan.

"Assalamualaikum!"

Siapa pula yang datang tak berjemput ni. Bajet alimlah konon nak bersalam segala bagai. Namun salam yang dihulurkan dijawabnya juga didalam hati. Diperhatikan sahaja gadis yang bertudung litup itu atas ke bawah. Tak panas ke pakai pakaian yang macam kelambu ni? Bisik hati kecilnya. Langsung tak up to date. Kekampungan betul cara dress upnya. Tak bernafsu aku melihat.

"Maaf ya kalau saya tegur. Sini kawasan universiti. Dilarang merokok." Lemah lembut sekali gadis tersebut menegur. Ayat yang digunakan pun melambangkan ketinggian budi bahasanya. Hakim yang sedia panas semakin hangat apabila diprovok sedemikian. Siapa gadis ini yang sesuka hatinya sahaja mahu menegur dia boleh merokok atau tidak.

"Really? I don't see any sign that show this is no smoking area. How come you deny my right to smoke? It is basic needy for a gentleman like me." soalnya. Sengaja dia mahu menduga IQ gadis kampung ini dengan bercakap omputeh.

"Tapi peraturan tetap peraturan. Kawasan universiti adalah kawasan larangan merokok." Tegas gadis tersebut.

"Kalau saya tetap juga mahu merokok macam mana?" duganya lagi. Dia mahu melihat sejauh mana gadis ini boleh bertahan dengan prinsip pegangannya. Ini Hakimlah anak Tan Sri Othman tak akan mudah disuruh itu ini kalau bukan atas kehendaknya. "Awak nak lapor saya pada pihak Majlis Pentadbiran ke?" sambil itu tangannya sudah mula menggatal-gatal mahu menyentuh pipi gebu gadis tersebut. Manis memang manis tapi kalau difikir semula fesyen gadis ini seganlah dia mahu bawa berjalan.

"Ya saya akan laporkan pada MPP dan bukan atas kesalahan merokok sahaja yang telah awak langgar. Pakaian saudara juga tidak mencerminkan yang saudara seorang mahasiswa universiti ini."

Dia mahu membuka mulut lagi tapi kawannya pula sudah tiba. Pintu kereta sudah terbuka buatnya dan segera dia membolos masuk ke dalam perut kereta. Namun dia masih lagi sempat menitipkan beberapa pesanan. "I hope I can see you again. Our discussion are not finishing yet." Digapainya tangan gadis tersebut dan dikucupnya sebelum kereta Satria Neo itu memecut masuk ke jalan besar. Telinganya mendengar jeritan gadis tersebut yang ternyata terkejut dengan tindakan kurang sopannya. Senyuman terukir dibibirnya.

"Dasar gadis kampung!" luahnya perlahan. Dipandangnya sahabatnya yang sedang memandu. Langsung tiada riak rasa bersalah kerana lambat mengambilnya. Kecil besar- kecil besar sahaja sahabatnya itu dipandang. "Kau apasal lambat hah?" soalnya geram. Suaranya kembali kasar. "Tahu tak berjanggut aku tunggu kau dekat situ. Kaki ni nasib baik kuat lagi kalau tak dah lama kau aku bagi kerja suruh tolak kerusi roda."

"Rilex arr bro. Lu chill dulu. Wa tengok lu sama awek tadi bukan main saja. Gua malas mahu kacau line. Cantik awek kau bro. Bertudung litup," ujar Kamal temannya itu sambil tersenyum sumbing. Itu bukan pujian tapi mengutuk namanya.

"Sorry ya. That lady is not my taste. Jom kita pergi lepak tempat biasa. Kepala aku sakitlah. Balik rumah mummy dengan daddy aku pula kerja memekak dua puluh empat jam."

"Kau sakit kepala bro? Aku ada ubat. Kau nak?" Dibukanya dashboard dihadapan tempat duduknya. Ada dua biji pil yang dibungkus dalam plastik. Ubat apa ni? Label tiada apa pun tiada. Balut dalam plastik bodoh sahaja? soalnya didalam hati. Namun memikirkan kepalanya yang sudah berdenyut-denyut ditelan kedua-dua biji pil tersebut tanpa berfikir dua kali.

"Ubat apa ni?" soalnya setelah selamat ubat tersebut masuk kedalam perutnya.

"Woi agak-agaklah kau telan semua sekali. Sampai ke syurgalah kau nanti." Kamal sudah tertawa. Entah apa yang kelakarnya pun aku tak tahu. Aku nekad aku tak mahu pulang lagi ke rumah banglo tersebut. Aku dah dewasa tahulah bagaimana aku mahu menjaga diri aku sendiri. Tak selamanya aku nak duduk di bawah ketiak mummy.

"Hakim.. Hakim."

Pandangan mataku sudah kabur. Kepalaku semakin bertambah-tambah pusingnya dan apa yang aku mahu tahu aku rasa macam nak tidur sahaja sekarang ini. Dan tiba-tiba wajah gadis tadi kembali menerpa ke dalam benak fikirannya. Kalau perempuan tuh berpakaian yang mendedahkan sikit memang aku propose dia jadi awek aku waktu tu juga. Biar kawan-kawan aku yang lain menggigit jari tengok awek cun berada dalam dakapan aku. Bangga oii.


Sinar sentiasa adaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang