BAB 3

7 0 0
                                    

"Abang Hakim , lepas tuh apa yang terjadi? Mummy dengan daddy abang tak cari abang ke? Dia orang memang dah tak sayangkan abang?" soal Suhaila dengan penuh keterujaan. Aku mendukung anak kecil yang baru sahaja berusia enam tahun itu dan meletakkan ke atas ribaku. Kepalanya aku usap berulang-ulang kali. Kadang-kadang aku bersimpati dengan nasib anak kecil ini. Mujurlah Allah ternyata menyayangi diriku. Aku diketemukan dengan insan yang layak digelar sahabat dan aku mendapat apa yang aku harapkan sebaik sahaja aku keluar dari banglo mewah tersebut.

Perhatian dan kasih sayang. Dua bulan aku hanya bergelandangan dan mensia-siakan hidup aku tanpa mengira halal haram. Dosa atau pahala semuanya aku bedal sahaja.

"Tak. Mummy dengan daddy abang tak cari abang," ujarku perlahan. Sedikit terasa hati kerana sangkaku aku benar-benar sudah menjadi anak yang terbuang. Tapi itu tanggapan aku dua bulan yang lepas. Sekarang aku sendiri yang melangkah kaki masuk kembali ke dalam rumah banglo tersebut. Benarlah kata orang tua-tua, air yang dicincang tak akan putus.

"Macam mana abang boleh berada disini? Abang ambil ubat macam ayah Mimi juga ke?" soal Mimi yang sedari tadi hanya berdiam diri. Aku menoleh pandang ke arah Zahaera. Gadis yang terlebih dahulu berani menegur aku merokok di dalam kawasan kampus. Senyuman aku ukirkan kepadanya. Betapa aku sangat terhutang budi kepada dia. "Ayah jahat. Selalu pukul emak Mimi. Kalau emak tak bagi duit mesti ayah akan pukul-pukul ummi. Mimi takutlah abang. Mimi tak suka setiap kali ayah makan ubat." Luah anak kecil itu pula.

Aku tahu ubat yang dimaksudkan oleh Mimi itu adalah dadah. Setiap minggu dua orang kanak-kanak ini akan datang bersama emak mereka ke tempat pemulihan ini untuk berjumpa dengan ayah mereka. Dan setiap kali mereka datang ke mari, pasti aku akan menjadi panglipur lara. Aku juga suka bercerita.

"Mimi dengan Suhaila tak patut membenci ayah dan emak. Kalau ayah dan emak tak ada, takkan Mimi boleh lahir ke dunia ini kan? Suhaila tak akan ada adik yang secomel Mimi dan Mimi tak akan ada kakak yang sebijak Suhaila? Betul tak akak cakap." Zahaera membantu aku dalam memahamkan anak-anak kecil yang baru mahu mengenal dengan erti kehidupan.

"Kalau Mimi dan Suhaila mahu ayah berhenti ambil ubat, kenalah banyak-banyak berdoa pada Allah. Ingat lagi tak doa kedua ibu bapa yang Abang Hakim ajar minggu lepas?"

"Ingat. Ingat." Laju sahaja kedua-duanya mengangguk.

"Bagus. Kalau kita rajin berdoa pasti Allah akan mengabulkan. Jadi anak-anak yang solehah ya," pesan Zahaera. Aku yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia merasa kagum. Ternyata hidayah Allah itu mampu Dia berikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Takdir Allah mahu menemukan aku dengan dia. Perasaan yang pada mulanya bercambah dengan rasa meluat dan menyampah akhirnya kita bunga-bunga cinta mula berkembang mekar. Tanpa mahu melepaskan peluang kedua dan terus-terusan menjadi insan yang rugi, aku menyuruh mummy pergi merisiknya dan sekarang dia sedang menjadi tunangan aku.

Setiap minggu kami akan datang ke pusat pemulihan ini untuk membantu dan menjadi sukarelawan. Zahaera yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan tempat ini. Melihatkan kehidupan mereka yang bertarung untuk meneruskan hidup membuatkan aku terasa insaf. Melihatkan penyeksaan dunia dimana mereka bertarung dengan nafsu dan ketagihan terhadap ubat larangan tersebut aku benar-benar merafatkan kesyukuran. Setinggi-tinggi rasa syukur kerana aku tidak terus terjebak ke lembah hina yang hanya akan merosakkan masa hadapan. 

Dadah bukan sahaja memberikan bayangan gelap kepada pengambilnya malah mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan dan masyarakat. Tanpa sedar demi memenuhi hajat mereka, kadar jenayah semakin meningkat. Lihat sahajalah berita-berita yang dilaporkan di dada-dada akhbar. Berapa ramai bayi yang lahir luar nikah dibuang tanpa ada sedikitpun sifat perikemanusiaan. Berapa ramai anak-anak sanggup menderhakai orang tua semata-mata mahu mendapatkan wang. MashaAllah. Ternyata salah tindakan yang diambil boleh meletakkan kita ke taraf yang lebih rendah.

Itulah gunanya akal yang dikurniakan Allah. Diberikan akal kepada manusia agar mampu membezakan manusia dengan binatang. Namun tak semua mampu menggunakan akal sebaiknya dan menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Janji manusia kepada Allah yang mana mahu memakmurkan bumi ini tanpa melakukan kerosakkan adalah tugas sebenar seorang manusia disamping melaksanakan amar makruf nahi munkar.

"Suhaila, Mimi mari kita balik rumah. Minggu hadapan kita datang sini lagi." Aku hanya menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Memandangkan aku sudah menjadi tunangan orang dan bakal memikul tanggungjawab lain apabila lafaz ijab dan Kabul berlaku, aku banyak mendekatkan diri kepada Allah. Terlalu banyak dosaku kepada Sang Khalik. Aku juga berdosa-dosa dengan makhluknya yang lain. Aku cuba mengajak kawan-kawanku sebelum ini agar mereka kembali ke jalan yang lurus. Nak buat baik jangan bersendirian bak kata Zahaera. Zahaera gadis terpelihara yang langsung tidak memandang hina walau apapun sejarah hidup mereka.

"Terima kasih Hakim dan Zahaera. Mimi dengan Suhaila ini selalu bercerita tentang korang berdua kepada akak. Dia orang datang sini bukan sebab nak berjumpa dengan ayah mereka... tapi..."

"Tak ada apalah. Seronok dapat bercerita dengan kanak-kanak yang petah seperti mereka," aku segera memintas ayat Kak Munah. Buat apa mahu dikenang barang yang lepas. Kita hidup hari ini bukan untuk masa lalu tapi demi mencari sinar masa hadapan. Ambil yang keruh dan buang yang jernih.

"Tak apalah. Akak balik dahulu ya. Hakim dengan Zahaera kalau nak berwalimatul urus nanti jangan lupa jemput akak."

Aku hanya tersenyum. Zahaera disebelah sempat aku kerling. Pasti gadis itu juga berkongsi rasa apa yang aku rasa. Ya Allah, rahmatMu terlalu luas. Kasih sayangMu membatasi kasih sayang makhluk. Tak layak diriku untuk menerima dia sebagai bidadari dunia namun aku juga tak mampu melepaskannya kerana aku memerlukannya untuk membimbingku. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok akan terus ceria dengan harapan yang baru.

"Jom Zahaera. Saya hantar awak balik ke rumah."

"Tak apalah. Awak cakap nak pergi berjumpa dengan Kamal. Tak baik memungkiri janji."Zahaera mengingatkan aku tentang temu janjiku dengan Kamal. 

Setelah puas memujuk akhirnya Kamal bersetuju untuk mendapatkan konsultasi daripada pihak agensi antidadah dan sekarang dia menjalani rawatan sebagai pesakit luar. Berkat sokongan dan dorongan ramai pihak, akhirnya dia sudah pulih. Siapa sangka kami yang pernah dicop sebagai sampah masyarakat masih lagi punya masa depan. Tiada siapa yang bersendirian di atas muka bumi ini kerana kita adalah milik Allah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Selagi mana kita berniat untuk kebaikan Allah pasti akan membuka jalanNya. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik kita. In shaa Allah. Selagi mana kita masih di paksi yang betul kita akan sentiasa terpelihara daripada sebarang malapetaka. Jangan membiarkan nafsu menjadi raja dan ingatlah bahawa pintu taubat tak akan pernah tertutup.

Bertaubat bukan sekadar tahu buat....

Bertaubat sebelum terlambat...

Bertaubat sebelum kiamat.

Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Janji Allah itu pasti. In shaa Allah.


****** TAMAT******

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 05, 2015 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Sinar sentiasa adaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang