Bab 1

1.1K 27 1
                                    

"MEDHINA!!!" Jerit umi aku dari dapur.
"Opocot!" Hampir terlepas Iphone aku dari tangan. Kalau jatuh, ada yang menangis sambil menatapi Iphone yang pecah berderai skrinnya.
Umi datang menghampiri aku yang tengah elok berdiri di atas tangga.
"Ada apa umi?" tanya aku. Muka umi pula risau semacam.
"Medhina, belikan mak garam, gula, daun pandan dengan serbuk kari," mak aih! Tadi panggil aku macam nampak hantu, cuma nak suruh aku beli barang dapur? Tapi, buat semua barang tu? Buat kenduri ke?
"Ye la..." oleh kerana aku ni anak yang patuh, aku ikut.
"Nah, ni duitnya." Umi menyuakan dua not wang berwarna merah kepadaku.
"Tak payah la umi. Medhina ada duit lagi. Susahkan umi je," ujar aku.
"Jimatlah duit umi kalau ada anak macam Medhina,"
"Dah jadi anak pun..." umi mencubit lengan aku. Umi ni, tak boleh nak dibawa bergurau.
Kunci vespa aku yang dikaitkan di penggantung kunci digapai.
"Assalamualaikum umi," tangan umi aku cium. Nak minta bagi salam supaya selamat di jalan.
"Waalaikumwasalam..." jawab umi.
Pintu rumah aku buka. Selipar yang disusun di depan koridor pintu aku ambil. Selipar jepun warna pink menjadi pilihan aku.
Iphone di tangan aku masukkan ke dalam poket.
"Morning cik vespinkku," benda alah besar tu aku cium. Sayang benar aku dengan vespa pink ni. Aku terus menunggang cik vespink. Rambut panjang yang menutupi mata, aku alihkan kekiri. Sakit betul mata ni dicucuk rambut. Nak gunting pendek, abi tak kasi. Biar panjang supaya nampak feminin lagi.
Cik vespink aku hidupkan. Belum sempat aku nak surut ke belakang, kereta Hummer warna hitam masuk le garaj rumah. Abang long ni! Nasib baik tak langgar. Kalau tak, ada yang kena bebel sebab melanggar kereta Hummer tu.
Pintu Hummer dibuka dan aku nampak seorang lelaki keluar dari kereta Hummer.
"Achik nak pergi mana?" Tanya Mykhail.
"Achik nak beli barang kat kedai dulu? Along dari mana? Dari semalam tak balik," tanya aku. Wajah abang long yang tersangat kacak kelihatan lesu.
"Along tolong kawan along buat kerja amal. Disebabkan kerja amal tu lambat habis, along tidur kat rumah Fareez," terang Abang long.
"Hmm... yela," jawabku. Aku mengundurkam Cik vespink. Abang long terus masuk ke dalam rumah.
"Here we go Cik vespink!" Akhirnya, Cik vespink berjalan menyusuri jalan raya yang tidak berapa sibuk...
Di satu simpang, aku membelokkan cik vespink. Dan...
Dumm!

Suami Yang Paling Special!Where stories live. Discover now