AKU menolak troli ke hadapan. Entah kenapa, angah tiba-tiba ajak kami sekeluarga membeli belah. Puas aku memprotes untuk tidak ikut mereka bersama, tetapi angah menggunakan senjatanya, ugut! Kalau aku tak ikut, dia takkan layan aku buat setahun. Wuah! Aku taknak pisah dengan angah!
"Achik, ambil tu," arah angah sambil menunjukkan barang yang terletak tinggi di atas rak.
Aku merengus tanda marah! Angah! Achik pendek lah! Dia yang kaki panjang mengalahkan Lee Kwang Soo, tetapi badan tegap dan ada six pack bukanya tak boleh ambil! Ini dikira kes buli! Umi! Abah!!!
"Cepatla..."
"Hei! Angah kan tinggi, angah ambillah!" Marahku. Angah kulihat sedang mencekak pinggang.
Aku menjelirkan lidah kepadanya lalu berlari laju ke hadapan dengan troli. Nanti, tak pasal-pasal kepala aku kena luku dengan angah.
Tiba-tiba aku, oleh kerana aku takut dan lari sahaja. Aku terlanggar troli seseorang.
"Hoi! Buta ke?!" Marah orang itu. Suara perempuan. Aku mengangkat sedikit wajah melihat siapa gerangan yang aku telah langgar.
Tiba-tiba, jantungku berhenti berdegup. Tanganku terkaku. Lidahku seperti hilang entah ke mana. Kakiku seperti diikat dengan gari yang besar!
Kenapa?! Kenapa harus aku bertemu semula dengan lelaki yang cukup aku benci! Lelaki yang pernah mempermainkan hati aku! Ya... dialah Hamrish! Hamrish Daniyal! Lelaki yang aku cukup benci! Aku meminta putus dengan dia kerana telah menduakan aku dengan wanita lain. Dan, wanita yang sedang berada di sebelahnya sambil memegang erat lengan Hamrish, ialah orang yang lain. Dasar lelaki playboy!
Hamrish terkaku tidak terkutik di sebelah teman wanita 'sementaranya'
"You buta ke apa?!" Jerkah perempuan itu.
"Sss...sorry," jawabku.
"You ingat dengan sorry you tu, I maafkan?" Kata perempuan tersebut.
"Sophie, dah lah tu. Reez, maafkan..."
"Reez? You kenal dia ke Hamrish?!" Tanya perempuan yang bernama Sophie sambil melihat wajah Hamrish yang terlanjur cakap.
"Err... kamj... kami..."
"Kami kawan satu ofis," jawabku. Kawan ofis? Hergh? Kerja pun aku belum lagi. Ni nak kata kawan ofis?
"Err... yeap!"
Sophie merenung mata Hamrish.
"Err... saya pergi dulu ya?" Tanyaku lalu menolak troli ke hadapan.
Aku menghela nafas apabila sudah jauh daripada Hamrish dan Sophie. Aku duduk di atas kerusi yang disediakan di sisi dinding. Troli aku biarkan di sisi.
Aku melihat ke hadapan. Tiba-tiba, kenapa entah? Air mata mula bergenang di tubir mata. Ingin saja jatuh meluncur laju di lekuk pipi, tapi ditahan saja.
Aku dah tak dapat tahan lagi! Akhirnya, air mata jatuh meluncur laju di lekuk pipi. Aku menangis kerana Hamrish! Cinta pertama yang telah menduakan aku! Kenangan manis tercipta antara kami berdua, terhenti kerana orang ketiga.
"Nah," ujar seseorang sambil menyuakan tisu kepadaku. Aku melihat tisu yang ada di tangan lelaki itu. Aku mengangkat wajah, Hawazz?
"Ambil cepat! Tangan aku dah penat ni!" Ujar Hawazz.
Aku masih lagi menangis, tidak menyambut tisu yang ada di tangan Hawazz. Hawazz mengeluh, lalu melabuhkan punggung di sebelah aku.
Dengan perlahan-lahan, Hawazz mencapai dagu aku, aku melihat wajah Hawazz yang tersenyum melihatku. Rambut yang melekat di pipi kerana pipi aku basah dialihkan. Mata aku dan Hawazz bersatu. Mataku yang berwarna coklat bercantum dengan mata Hawazz yang berwarna hazel. Jantung aku berdegup kencang. Seperti ada sesuatu yang singgah. Hawazz tetap senyum walhal hatinya berdegup kencang.
Dengan perlahan-lahan, tisu yang ada di tangan Hawazz diangkat, lalu dilap di pipi dan di bawah mata aku. Kering pipi aku dengan air tangisan. Hawazz tetap tersenyum melihatku.
"Dah, jangan nangis. Aku tak suka tengok perempuan nangis, lebih-lebih lagi bakal isteri aku," ujar Hawazz.
Hawazz menjarakkan tisu daripada mukaku.
"Awak buat apa kat sini?"
"Aik? Bukan umi awak mesej saya suruh saya ikut sama ke sini?" Tanya Hawazz. Umi suruh Hawazz ke sini? Apa ni?!
Aku mencebik mulut. Kenapa umi tak beritahu aku? Ni kalau umi beritahu, pasti abah, abang long, angah berkomplot mengenakan aku. Ni kat rumah nanti, mesti gaduh dengan angah dengan abang long!
"Kau cebik-cebik mulut kenapa? Ke nak aku cium? Jangala kat sini sayang... kita cari tempat privasi sikit," Hawazz tersenggih.
Terbuntang mataku. Aku terus menjarakkan sedikit tubuh aku daripada Hawazz.
"Awak ni kan!"
"Dah kau cebik-cebik! Sebab tu lah aku ingat kau nak suruh aku cium kau!"
Meluatnya...
"Hah, jom pergi sana. Mesti mereka pegang barang banyak kat tangan,"
"Kenapa pulak?" Tanyaku. Kenapa pulak umi abah abang long dan angah buat macam tu?
"Dah troli kat kau!" Ujar Hawazz lalu bangkit.
"Jom,"
Aku terus bangun daripada duduk, lalu menolak troli ke hadapan. Hawazz di sisiku hanya diam.
"Kenapa kau nangis tadi?" Tanya Hawazz.
Aku kelu. Nak jawab apa eh? Kalau kata aku nangis sebab bertemu dengan Hamrish, bekas kekasih, mesti Hawazz marah.
Aku tak tahu nak jawab apa, jadi aku terus tolak troli dengan laju. Meninggalkan Hawazz di belakang.
"Tunggu!"
Akhirnya, Hawazz mengikuti aku daripada belakang.
-------------------"NUR" panggil Hawazz. Nur? Siapa Nur? Aku yang tengah mengelap cik Vespink menoleh le arah Hawazz. Wajah Hawazz yanh ceria dipandang. Tadi, aku terkejut beruk! Bukan setakat beruk, buaya, gajah, beruang, ular, seladang, kambing, cicak, semua binatang di dunia aku sebut terkejut. Nak tahu kenapa? Keluarga aku suruh keluarga Hawazz, hantar Hawazz ke rumah kami dan menginap di rumah aku selama seminggu! Wuah!! Aku tak sanggup!
"Hawazz akan tinggal kat rumah aku selama seminggu," ujar umi semasa memasukkan.barang dapur. Hawazz yang menolong umi mengangkat barang terhenti.
"Oooo...okey," tak lama kemudian...
"Hah?!!!!!!!!!!" Boleh runtuh bangunan ni kalau aku menjerit! Siapa tak terkejut!
"Nur?" Panggil Hawazz lagi.
Siapa Nur? Aku lihat ke depam pagar, takde orang. Ke... dia ni ada sixth sense? Seram!
"Nur," dan kali ni Hawazz menyentuh bahu aku.
"Oh mak nenek masak sambal belacan sambal belacan aku terbakar!" Aku melatah! Kain yang aku kena cuci cik Vespink terbang ke belakang.
Aku menoleh ke belakang lalu melihat Hawazz dengan marah. Tapi, hahahhahahahahhaha!!! Terburai ketawa aku melihat wajah Hawazz tertutup dengan kain buruk.
Aku terhenti ketawa. Oppsss...
Dengan cepat-cepat, aku mengambil kain buruk tersebut.
"Sorry," kataku. Wajah Hawazz sudah merah kerana marah. Yang paling ketara merahnya ialah telinga dan hidung. Huish! Boleh keluar api ni!
"Awak..." tegurku.
Hawazz masih merenung aku. Gulp! Mampuih!
Hawazz menarik nafas sedalam-dalamnya. Ingin meredakan marah terhadap aku.
"Awak marah ke?"
"Kau rasa?" Tanya Hawazz.
"Sorry..."
"Lagipun, ni salah awak. Awak yang kejutkan saya dari belakang. Lagipun siapa Nur?" Tanyaku.
"Kaulah!" Kata Hawazz.
"Saya? Nama saya Nureez Amedhina, nama awak, Darwish Hawazz Fareeze. Kita dua je kat sini? Ke awak panggil si hantu?"
"Aku penat nak panggil Medhina! Lagipun semua orang panggil kau Medhina. So, aku nak panggil Nur. Unik sikit," ujar Hawazz.
"Unik la sangat," kataku sambil meluat.
"Hah, ada apa awak panggil saya?" Tanyaku.
"Takde, aku nak ajak kau pergi beli barang kejap kat kedai sana. Umi suruh beli lengkuas," ujar Hawazz.
"Hah? Kalau umi suruh awak beli, pergi je lah. Kenapa ajak saya?" Tanyaku.
"Suka hati aku lah! Dah, jom ikut aku. Kalau tak, aku beritahu umi yang kau memprotes," kata Hawazz sambil menyilangkan tangannya di dada.
"Eee... yelah! Jom!" Aku terus meletakkan kain buruk di atas meja.
"Kejap! Nur, apa kata kita guna vespa kau. Aku tak pernah naik Vespa. Please..." rayu Hawazz.
"Awak tak malu ke guna Vespa warna pink saya ni?" Tanyaku.
"Eleh, yang hari tu aku guna baju warna pink, takde pun orang nak tengok aku macam kau. Nak terkeluar air liur tengok bodi aku,"
"Ceh!" Kataku.
Aku mengambil kunci yang di gantung di dinding. Cik Vespink aku hidupkan.
"Wait! Kau nak aku jadi pembonceng kau?"
"Haah, kenapa?" Tanyaku. Eee... banyak betul songeh dia ni! Helmet warna pink digunakan di atas kepala.
"Kau tu dara sunti, aku pulak lelaki. So, biar aku yang bawak vespa kau,"
"Awak tahu ke..."
"Don't judge the book by the cover okay!" Kata Hawazz. Eleh, cakap omputih pulak?!
Aku terus duduk di belakang. Kemudian, Hawazz duduk di hadapan.
"Korang nak pergi mana ni?" Tanya abang long.
"Kami nak pergi beli lengkuas kat kedai sana," jawab Hawazz.
"Eh, encik Hawazz, takpe lah. Biar saya beli. Encik Hawazz duduk je kat rumah ni,"
"Tak payah berencik-encik dengan sayalah. Panggil Hawazz," ujar Hawazz.
Abang long menangguk kepala.
"Lagipun, Nur kata dia nak ikut aku pergi kedai sana. Kan Nur?" Bohong Hawazz. Aik?! Aku pulak yang kena? Apa kes seksyen ke berapa ni?!
"Nur?"
"Abang long tak payah layan perangai Hawazz ni," kataku.
"Achik, mana boleh cakap macam tu. Tak baik," kata abang long.
"Okeylah, kitaorang pergi sana dulu. Hah, aku pinjam adik kau kejap eh?"
"Okey bos!" Jawab abang long. Lalu, vespa aku bergerak ke belakang, lalu meluncur ke jalan raya.
10 minit kemudian, aku dan Hawazz sampai di kedai runcit yang tidak jauh dari perumahan.
"Hah, pergi beli lengkuas tu!" Arahku.
"Ye la..." jawab Hawazz lalu turun daripada vespa. Tongkat vespa di turunkan. Aku juga turun daripada vespa. Rambut yang ditocang, diatur sedikit kerana kusut. Aku ingat, orang kaya macam Hawazz tak tahu bawa vespa, ni, laju mengalahkan kereta ferrari!
Tidak lama kemudian, Hawazz kembali dengan plastik di tangan.
"Nah," Hawazz menyuakan plastik tersebut kepadaku. Kenapa nak bagi aku dan kenapa muka Hawazz lain macam je. Macam tersalah pilih. Ke...
Dengan cepat-cepat aku membuka plastik, hah? Ni lengkuas ke halia?!
"Awak, ni halia la!"
"Mana aku tahu. Dah, kau pulak yang tukar. Tak kuasa aku nak masuk lagi. Aku tunggu sini. Cepat!" Arah Hawazz.
Aku merengus kuat sambil melihat wajah Hawazz yang tersengih-sengih macam kerang expired! Kakiku melanglah ke hadapan, tetapi lenganku dipegang Hawazz. Huh! Nasib berlapik!
"Apa?!" Marahku.
"Ni, rambut kau tu," ujar Hawazz membetulkan anak rambut yang melindung mata. Hawazz mengetepikan anak rambut aku ke sisi lalu melepaskan aku. Hatiku bergetar ketika Hawazz berbuat begitu.
Kakiku melangkah dengan longlai. Senak nafas aku!
Dan, aku rasa, aku hampir jatuh cinta dengan lelaki bernama Darwish Hawazz Fareeze. Hish! Merepek betul kau ni!
Selepas menukarkan halia kepada lengkuas, aku dan Hawazz pulang. Aku diam sahaja. Tidak tahu apa yang perlu dibualkan.
YOU ARE READING
Suami Yang Paling Special!
RandomDia seorang yang garang bila pertama kali bertemu, tapi bila bercinta dia seorang yang sangat special di hati Nureez Amedhina... Nureez Amedhina;"Garang macam mak harimau! Tapi cute bila guna baju warna pink!" Darwish Hawazz Fareeze;"Pada mulanya, a...