Bab 17

258 15 1
                                    

"MALAM nanti awak tidur kat mana?" Tanyaku kepada Hawazz yang sudah mengenakan baju melayu kepunyaan dirinya. Abah, abang long, angah dan Hawazz akan ke surau untuk solat. Aku dan umi tinggal di rumah. Umi dia kata nak solat kat rumah. Aku pulak... hehe... red flag...
"Aku rasa aku akan tidur dengan kau kot!" Jawab Hawazz. Terbuntang mataku. Biar betul!
"Betul ke?!" Tanyaku sekali lagi. Kalau dia tipu siap!
"Memang taklah aku nak tidur dengan kau. Umi kata aku tidur dengan angah. Kenapa? Kau jeles aku tidur dengan angah?"
"Hei! Apa pasal saya kena jeles?" Tanyaku dengan nada marah.
Diam sebentar...
"Takde apa-apalah!" Jawab Hawazz.
Hawazz menapak ke hadapan. Nasib baik tak pecah satu rahsia yang begitu rapi disimpan sejak aku dilahirkan.
Aku mengikut Hawazz ke hadapan pintu.
Sesampai di hadapan pintu, abah, abang long, angah kelihatan.
Aku menyalam tangan abah, kemudian abah keluar, aku menyalam tangan abang long, dia pun keluar, aku menyalam tangan angah, dengan cepat angah lepaskan.
"Angah macam tak sudi je achik nak salam,"
"Dah lewat ni. Achik jangan nak merajuk lat depan pintu ni!" Ujar angah.
Kemudian angah keluar. Aku memuncungkan mulut.
"Taknak salam tangan abang ke?" Tanya satu suara.
Aku menoleh. Hawazz! Abang?!
"Hah?"
"Kan aku ni bakal suami kau, so practice la salam tangan aku,"
"Bukan muhrim tau," kataku.
"Tapi kalau dah kahwin nanti, boleh lebih-lebih la?" Tanya Hawazz dengan sengihan. Eee... sengihan miang!
"Awak jangan mengada-ngada ye,"
"Okeyla," dengan tiba-tiba, Hawazz mencapai tangan aku, lalu mencium dengan cepat. Tak kena kot! Kataku.
Hawazz terus keluar. Aku kaku dengan tindakan Hawazz. Mana pergi garang Hawazz dulu? Sekarang, Hawazz lebih suka bergurau dan mengusik. Hmm... okey jugaklah tu...

-------------------

SELEPAS meletakkan Iphone di atas meja. Aku duduk di atas sofa. Tiba-tiba, mataku terarah kepada Iphone seseorang. Pasti Iphone tersebut milik Hawazz. Otak jahat aku datang. Hehe... kita spot check!
Dengan perlahan-lahan aku berjalan perlahan. Tanganku mencapai Iphone Hawazz yang berwarna emas. Iphone 6 kalikk...
Iphone dihidupkan. Haah! Takde passcode!
Dengan cepat-cepat aku duduk di sofa. Setelah membuka, aku terus pergi ke gallery. Heh! Gambar wallpaper gambar dia. Tapi, hensem!!!
Setelah aplikasi gallery dibuka, aku pergi ke bawah. Takde benda yang menarik. Cuma gambar dia je. Video? Video dia pergi pantailah, Paris lah, and bla bla bla...
Aku pergi ke bawah lagi. Tiba-tiba, mataku tertacap sesuatu. Gambar siapa ni? Tanyaku sendiri.
Gambar seorang perempuan dengan rambut warna blonde, macam orang putih, tapi memang orang putih pun. Jantungku berhenti mengepam darah. Gambar wanita tersebut dengan Hawazz, gambar perempuan tersebut memaut pinggang Hawazz. Kepala dilentokkan di bahu. Hawazz pula, memegang tangan wanita tersebut. Tanpa disedari, air mata aku menitis jatuh. Kenapa aku nangis? Macam ni ke bakal suami aku? Kenapa bakal suami aku macam ni? Aku hampir jatuh cinta dengan dia, tapi dia buat macam ni! Adakah aku dipermainkan buat kali kedua.
Dengan cepat aku memadam Iphone Hawazz lalu dicampak ke sofa.
Aku menangis semahunya. Aku tak boleh menangis dekat sini! Nanti umi perasan, dengan segera aku berlari ke bilik aku.
Pintu bilik dikunci. Aku terus menghempaskan tubuh ke atas katil yang empuk. Aku membenamkan mukaku ke bantal lalu aku menangis semahu-mahunya! Ya! Aku dah jatuh cinta dengan Hawazz! Bukan hampir tapi sudah! Tapi, kenapa Hawazz balas dengan cara begini! Menduakan aku?
Lama aku menangis di dalam bilik...

Suami Yang Paling Special!Where stories live. Discover now