AKU mengeliat kecil apabila bangun tidur. Mataku digosok. Arggh! Masih nak tidur. Jam dilekatkkan di dinding dikerling. Huh! Baru pukul 8:23 pagi!
Baik aku sambung tidur.
Belum sempat aku melabuhkan tubuh di katil yang empuk...
"Nur! Bangun!" Jerit seseorang. Mesti Hawazz. Siapa lagi kalau bukan dia, dia panggil aku Nur. Sesukasuki hati dia je panggil aku Nur, tapo best jugak dia panggil aku Nur.
"Kejapla! Saya belum mandi lagi ni!" jawabku.
"Cepat! Kita nak pergi butik nanti,"
"Hmmm..."
Kemudian, tiada lagi suara Hawazz. Mungkin Hawazz sudah beredar turun ke bawah. Dengan malas, aku bangun.
Kakiku memijak lantai. Kakiku melangkah ke penyidai tuala yang disidai di almari. Selepas mengambil tuala, aku menapak ke bilik air untuk mandi.
Setelah 28 minit mandi, aku mengenakan pakaian long sleeve berwarna hijau bercorak bunga-bunga dan seluar jeans warna biru. Rambut yang melepasi bahu yang baru kering dilepas. Anak rambut diselitkan di belakanh telinga. Fesyen kalikk...
Pintu bilik dikuak, kakiku melangkah keluar, tetapi langkah aku terhenti apabila seseorang memanggil aku.
"Kenapa Nur mandi lambat sangat? Umi, abah, abang long dengan angah dah pergi," ujar Hawazz. Aku melihat Hawazz yang sedang duduk di kerusi di sebelah bilik aku.
"Kenapa awak tak pergi?" Tanyaku.
"Macam mana nak pergi kalau Nur lambat sangat. Ke Nur nak tingal sorang-sorang kat sini?" Tanya Hawazz.
"So, awaklah yang hantar saya ke sana?"
"Ye sayang..." jawab Hawazz.
Aku menangguk perlahan. Meremang bulu roma apabila Hawazz memanggilnya sayang. Tapi, dia juga gembira.
"Kita breakfast dulu, lepas tu baru kita pergi," ujar Hawazz.
"Hmmm..." cuma itu jawapan aku. Aku dan Hawazz melangkah ke bawah dan menuju ke dapur.
Tudung salji dibuka, terhidangla 2 keping roti, telur separuh masak, dan segelas air susu. Wah...
Aku mencapai sekeping roti, tetapi sepantas kilat Hawazz menepis lembut tangan aku.
"Kenapa?" Tanyaku.
"Kau dah baca doa ke?"
Aku menelan air liur...haakdoi! Macam mana boleh lupa ni Nureez Amedhina?!
Aku menadah tangan lalu membaca doa. Hawazz juga buat perkara yang sama.
Dengan cepat, aku mengambil sekeping roti.
"Makan tu duduk!" Arah Hawazz. Garang pula?
Aku ikut arahan Hawazz. Dia memerhati aku dengan dalam. Tak selesa pulak dia tenung aku...
"Awak janganla asyik tenung saya,"
"Ni, kalau kau guna tudung, mesti kau cantik,"
Apesal pula bakal suami aku ni? Aku belum sedia la...
"Awak nak suruh saya guna tudung kalau kita kahwin nanti?" Tanya aku.
"Kalau kau belum sedia, takpe. Aku boleh tunggu," jawab Hawazz tenang.
Aku menangguk kecil. Hurmmm....aku taknak kalau aku bertudung semata-mata nak berfesyen, aku nak guna tudung sebab nak menuju ke jalan yang benar.
"Hah,bila tarikh perkhawinan abang long?" Tanya Hawazz.
"Sebulan sebelum kita..." err...sanggup ke aku nak kata perkataan kahwin tu? Gulp!
"Apa?" Tanya Hawazz dengan sebelah kening terangkat. Macam Ziana Zain.
Nak buli akulah tu!
"Err...tema majlis perkhawinan kita nanti apa?" Tanya aku. Bayangkan,tema majlis tu tema imaginasi. Fuh! Pengantin perempuan gunakan baju duyung untuk majlis repsesi! Terus masuk surat akhbar! Kelas gitu!
"Tema... kau nak tema apa?" Tanya Hawazz.
"Nak tema imaginasi boleh?" Cadang aku.
Dengan cepat Hawazz mencubit hidung aku. Huih! Aku tak boleh bernafas la!
Hawazz melepaskan tangannya lalu ketawa.
"Ni baru pertama kali aku dengar orang nak buat majlis repsesi dengan tema imaginasi," dengan sisa tawa Hawazz masih berujar.
Aku memuncungkan mulut.
"Jangan nak mengada eh! Aku cium mulut tu nanti! Eh,lepas kahwin nanti bolehla..."
"Apa?" Terus pintas aku percakapan Hawazz. Hawazz tersengih panjang.
"Aku cakap bolehla aku lebih -lebih nanti," ujar Hawazz sambil mengenyitkan matanya.
Terbuntang besar biji mataku apabila Hawazz cakap begitu. Meremang tinggi bulu roma aku...huh! Seram wei! Huhu!
"Dahla,cepat makan. Kalau kau lambat,aku tinggalkan kau nanti,"
"Kejapla,"
Usai bersarapan pagi, aku mengunci pintu. Hawazz menunggu aku di dalam kereta BMW X5 Mansory miliknya...
Pintu kereta dibuka,aku terus masuk ke dalam perut kereta yang besar itu.
Usai menutup pintu,aku menghadap ke hadapan. Gulp! Kenapa pula Hawazz tengok aku macam tu? Dia asyik tenung aku je...
Tiba-tiba, Hawazz memanjangkan tangannya melepasi tubuhku seperti ingin memerangkap. Aku menutup mata dengan kuat. Aku reda...tolong!!!! Aku menjerit dalam hati.
Klik!
Aku membuka mata dan melihat Hawazz yang masih melihat aku. Air mata yang tadinya ditunggu tunggu untuk gugur akhirnya meluncur laju di pipi...Hawazz sebenarnya memasang tali pinggang keledar buatku.
"La,kenapa ni?" Tanya Hawazz apabila melihat aku menangis.
Lemah jugak kau Medhina,first aku jumpa kau aku ingatkan kau kuat tapi kau lemah...hurmm..Hawazz berbicara di dalam hati.
Dengan pantas,Hawazz mengambil tisu di dashboard.
Dengan perlahan Hawazz mengelap air mataku yang gugur. Tersentuh hati aku.
"Aku takkan buat benda macam tu Nur," ujar Hawazz. Aku dia seribu bahasa.
Tiba-tiba,mata kami berdua bersatu. Jantung aku berdegup laju melihat mata Hawazz yang berwarna hazel.
Nur, kalaulah aku dapat beritahu perasaan aku kat kau...
Hawazz...
"Dah, jom kita pergi," Hawazz menjarakkan diri daripada aku. Jantungnya seperti mahu meletup apabila melihat mata Medhina yang basah dengan sisa air mata. Tisu terus dibuangnya ke luar.
Kereta BMW X5 Mansory laju meluncur laju ke butik perkhawinan.
YOU ARE READING
Suami Yang Paling Special!
RandomDia seorang yang garang bila pertama kali bertemu, tapi bila bercinta dia seorang yang sangat special di hati Nureez Amedhina... Nureez Amedhina;"Garang macam mak harimau! Tapi cute bila guna baju warna pink!" Darwish Hawazz Fareeze;"Pada mulanya, a...