1

3K 108 4
                                    

Malik menyalakan sebatang rokok Dunhill yang masih berbaki. Sedut. Hembus. Sedut. Hembus. Asap rokok berkepul-kepul keluar melalui hidung dan mulut menerawang ke udara. Malik duduk diam di hadapan laptop yang telah dinyalakan hampir sejam yang lalu. Inbox emelnya dibuka namun masih tiada lagi emel baru yang dihantar masuk. Malik bangun dan pergi ke dapur membancuh secawan kopi.

Selesai membancuh, cawan kopi dibawa ke meja dan Malik kembali duduk menghadap laptop. Emel baru telah diterima. Anak panah dileret pergi ke emel dan diklik. Malik menghirup kopi sambil membaca emel yang baru diterima daripada bossnya yang hanya dikenali dengan nama White. Tidak pernah lagi Malik bersemuka dengan bossnya, hanya sekadar berhubung melalui emel.

Emel dibaca sehingga habis dan Malik menyandar di kerusi. Tugasan baru telah diterima. Tangannya bakal berdarah kembali tidak lama lagi. Biodata mangsa dibaca sekali lagi. Usahawan berjaya, Dato' Kisman. Biodata si pengupah pula kini dibaca Malik sekali lagi. Isteri Dato' Kisman sendiri, Nur Tasha. Malik terdiam sebentar. Maklumat tersebut dihadam sebaik mungkin. Bayaran yang diberi adalah lumayan. 50 K.

Malik membalas emel dengan menyatakan persetujuannya. Rutin harian mangsa dicetak Malik. Kunci keretanya dicapai. Dia harus memulakan tugas. Dato' Kisman harus diintip sebelum dibunuh tulat. Malik mengunci pintu rumah. Kakinya kemudian dilangkah masuk ke dalam perut kereta Volkswagen merah miliknya. Enjin dihidupkan. Malik tersenyum.

PEMBUNUH UPAHANWhere stories live. Discover now