3

1.9K 78 0
                                    

Perlahan-lahan, Malik membuka kelopak mata menggunakan sisa tenaga yang masih berbaki. Kepalanya berdenyut-denyut dan mata Malik kembali tertutup. Malik mendiamkan diri, tenaganya dikumpul sebaik mungkin dan matanya kembali dikerah agar terbuka luas. Berjaya. Persekitaran diperhati, seakannya dia kini berada di dalam stor bawah tanah. Mukanya merah dibasahi darah yang mengalir turun daripada kepala turun ke dagu.

Dan kini di hadapannya, Tasha sedang berdiri pegun dengan sebuah meja kecil di sebelahnya. Malik meneguk liur sebaik sahaja melihat pelbagai jenis senjata tajam disusun di atas meja. Peluh merembes di dahi, tangannya mahu diangkat untuk mengesat peluh namun gagal. Kedua-dua kaki dan tangannya diikat membuatkan dia kini bagaikan sebuah boneka.

"Apa yang kau nak ha?!" Malik mengherdik menyebabkan denyutan di kepala semakin laju.

"Kau dah lupa aku siapa Malik?" Tasha menyoal lembut, wajahnya ditundukkan menghadap lantai.

Malik terdiam. Dia kenal akan suara itu. Suara kekasihnya semasa dia masih menjadi penganggur di kampung dahulu. Matanya mula berkolam, tubuhnya sedikit menggigil. Malik menahan empangan air matanya daripada bocor namun gagal. Malik menangis teresak-esak. Segala kenangan dan sejarah lama kembali menggamit dirinya. Sungguh, Malik berasa hina untuk melihat wajah Tasha pada ketika ini.

"Kau binatang Malik!" Tasha mencapai sebilah pisau dapur dan telinga kanan Malik dipotong.

Malik mengerang kesakitan. Darah memancut-mancut keluar. Tasha tersenyum.

"Kau tahu tak, lepas kau lari dengan perempuan bangang tu aku merana! Merana! Orang kampung semua halau aku keluar! Mak bapak aku pun dah benci aku! Aku merempat! Merempat!" Tasha membenamkan pisau ke perut Malik dan kali ini, Malik menjerit sekuat hati.

Tasha kemudiannya menarik pantas pisau dari perut Malik. Darah merah semakin banyak membasahi lantai. Kepalanya berdenyut-denyut pantas. Malik semakin lemah, kepalanya semakin pening.

"Kau dah ngandungkan aku! Pastu kau blah macam tu je! Aku ni macam pelacur kau buat!" Tasha semakin menggila. Pisau tersebut dijilat perlahan-lahan.

"Macamana kau boleh dapat jejak aku?" Malik menyoal.

"Kau tahu siapa sebenarnya White selama ini? Kisman! Si jantan tu la yang upah kau! Nasib baik hari ini aku dapat pecahkan temberang dia and yeah, sepatutnya yang kau bunuh hari ni adalah aku! Hahaha! Bodoh punya Kisman!"

"Kau licik Tasha, kau licik," Malik tersengih. Ternyata dia tidak terkejut langsung apabila mengetahui identiti sebenar White kerana kini, dia sedang berhadapan dengan manusia yang diamuk gila.

Tasha ketawa terbahak-bahak.

"Same as you, bastard!" Tasha menendang muka Malik, akibatnya bibir Malik pecah berdarah.

Malik jatuh terlentang dengan kepala terhentak kuat ke lantai. Darah sudah banyak yang mengalir keluar menyebabkan pandangan Malik semakin kabur. Nafasnya menjadi semakin perlahan, begitu juga dengan denyutan nadinya.

Tasha berjalan beberapa tapak ke hadapan. Selaras Beretta Shotgun diacu tepat ke kepala Malik.

Malik cuba untuk memujuk Tasha namun mulutnya sudah tiada daya untuk mengeluarkan kata. Bibir pucatnya menggigil. 

"Kau nak tahu, sebenarnya kita sendiri yang kejam terhadap diri kita. Tuhan dah beri pilihan, kita yang memilih. Bukan salah sesiapa, salah diri sendiri."

BAM!!

PEMBUNUH UPAHANWhere stories live. Discover now