4 ( AKHIR )

2.1K 89 28
                                    

Tak!" Malik terkejut lantas cawan kopi jatuh terlepas ke lantai dan pecah berderai.

Seluruh badannya basah bermandi peluh. Mulutnya tergamam tanpa kata. Pandangannya dipaku kepada skrin laptop. Emel baru telah diterima. Perlahan-lahan, anak panah dileret pergi ke emel dan diklik. Tangannya menggigil menyebabkan proses membuka emel menjadi sukar.

Emel dibaca sehingga habis dan Malik menyandar di kerusi. Tugasan baru telah diterima. Biodata mangsa dibaca. Matanya terbeliak. Orang yang harus dibunuhnya adalah bini kepada seoarang usahawan berjaya, Dato Kisman dan nama wanita itu adalah, Tasha.

"What the?" Seluruh tubuhnya menggigil. Bulu roma meremang.

Wajah Tasha kembali terngiang-ngiang. Jeritan, tangisan dan darah kembali menerjah pandangan. Malik menggigil ketakutan. Matanya terbeliak dan segenap kawasan rumahnya diperhati. Nafasnya bertukar laju. Malik baring mengerekot di atas kerusi. Malik fobia. Dia baring berpeluk tubuh sambil mulutnya tidak habis-habis menyebut nama Tasha.

"Aku taknak mati! Taknak!" Malik menjerit. Dia kemudiannya bangun dan berjalan pergi ke beranda. Dari tingkat 15 rumahnya, Malik merenung manusia-manusia yang kecil bagaikan semut sedang bersiar-siar nun di bawah sana.

Malik berpaling ke belakang. Dia harus lakukan sesuatu. Dia tidak mahu mati dbunuh. Liurnya diteguk. Pahit. Dahinya yang berpeluh dikesat menggunakan belakang tapak tangan. Malik memanjat beranda. Kakinya dibiarkan tergantung. Malik menutup kedua kelopak mata. Nafasnya ditarik sebelum dihela bersama keluhan berat.

Malik nekad.

1. Malik mengelap peluh

2. Orang ramai mula berkumpul di bawah

3. Malik berganjak ke hadapan sedikit.

4. Orang ramai menjerit. Ada yang merakam video.

5. Suara Tasha menerjah minda. Malik membuka mata. Dia berpusing ke belakang dan kelihatan Tasha sedang berjalan ke arahnya sambil mengacukan shotgun.

"Aku takkan mati di tangan kau! Sial!"

Malik terjun daripada beranda. Lima saat kemudian, kepala Malik pecah terhentak dia atas tar. Otaknya bersepai. Darah memercik. Malik mati serta merta.Nampaknya, impiannya untuk tidak mati di tangan Tasha sudah tercapai. 

PEMBUNUH UPAHANWhere stories live. Discover now