CERPEN: Hey, Ninja!

3.3K 254 22
                                    

"Termenung apa?" satu suara menegur lembut. Pemilik suara itu mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku menoleh memandang Mak Jah disebelah. Sebuah senyuman aku hadiahkan kepadanya.

"Hmm. Tak ada apa.." jawabku lalu kembali memandang skrin televisyen yang menayangkan kartun Ninja Turtle.
Okay memang nampak tak matang remaja berumur 19 tahun macam aku ni tengok cerita kartun. Biarlah, asalkan aku bahagia. Kahkah.

"Syie tak keluar hari ini?" tanya Mak Jah. Aku menggeleng perlahan.

"Imani mana?" tanya Mak Jah lagi.

"Hmm. Dia sibuk kut. Tak call Syie, pun." jawabku sambil mencapai alat kawalan jauh. Skrin televisyen bertukar gelap. Bosannya!

Ting tong!
Loceng rumah yang berbunyi mengejutkan aku. Mak Jah sudah berlari-lari anak keluar rumah untuk melihat siapa yang datang.

"Syie, Imani datang!" laung Mak Jah dari luar.

Aku terus mengatur langkah keluar rumah. "Eh. Buat apa kat sini?" tanyaku hairan.

"Assalamualaikum." ucap Imani sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Waalaikumussalam." jawabku sambil tersengih.

"Aku nak ajak kau keluar. Jom?" ujar Imani menyatakan niat kedatangannya kesini.

Aku memandang Imani atas bawah. Dia mengenakan jubah berwarna merah jambu dan tudung labuh hitam. Ini yang buat aku malu setiap kali kami keluar bersama. Iyalah, penampilan dia jauh berbeza dari aku. Sampaikan ada yang memandang serong terhadap Imani kerana berkawan dengan orang sepertiku.

"Hey, nak pergi ke tak nak?" Imani bersuara lagi serta merta mematikan lamunanku.

"Err... Sekejap, aku pergi siap dulu!" aku terus berlari masuk ke dalam rumah untuk bersiap. Dalam hati, aku sudah berbunga riang. Kebosanan yang melanda tadi terus hilang.

Aku memilih sepasang seluar jeans berwarna biru lembut dan sepasang baju tshirt berwarna putih di dalam almari. Pashmina berwarna merah hati menjadi pilihan. Sedikit minyak wangi aku sembur di baju. Lipbalm dicalit di bibir.

Beg tangan berjenama LV aku capai. Tisu, bedak, minyak wangi, powerbank, losyen tangan, cermin mata hitam, beg duit, aku masukkan semuanya ke dalam beg tangan. Banyak kan? Biasalah tu, perempuan. Hahaha.
Kipas ditutup, bersedia untuk melangkah keluar dari bilik.

***

"Shopping lagi?" tanya Imani tidak puas hati. Bukan tak mampu, tapi sudah bosan katanya.

"Habistu?"

"Makan nak?" cadang Imani.

"Siapa belanja?"

"Amboi, dengan aku pun nak berkira." Imani sudah bercekak pinggang. Ketawa aku pecah. Lucu melihat muka tidak puas hati Imani.

Kami mengatur langkah ke sebuah restoran mewah. Aku tak boleh kalau makan makanan murah, alergik tahu! Lainlah Imani, asalkan makanan, makan sajalah.

"Nak makan apa?" tanya Imani sebaik kami melabuhkan punggung di kerusi.

"Syie, nak makan apa?" tanya Imani lagi.

Cerpen: Hey, Ninja!Where stories live. Discover now