Ketik-ketak-ketik bunyi signal kereta, belum ditutup. Angin pendingin hawa meniup wajahnya hingga rambut di dahinya meliang-lintuk ke kiri kanan. Dagunya ditahan pada stereng, seolah anak kecil yang kebosanan.
Tapi dia bukan kecil, dia umurnya dua puluh dua tahun. Dan dia sedang menunggu si budak kecil pulang dari tadika.
Ketik-ketak-ketik bunyi signal kereta, belum ditutup biarpun sudah setengah jam. Ibu-bapa lain hampir semua sudah beransur pulang, mengelak keretanya yang tersidai di tepi jalan, masih menunggu.Sedang dia berkira-kira untuk masuk ke dalam berjumpa guru besar, seorang budak lelaki mengetuk tingkapnya.
"Hanan?" tanya gadis itu. Hanan yang berbaju tadika biru putih semasa dihantar pagi tadi, kini pulang sedikit kusam dan berlumpur. Biasa bagi anak kecil, lagikan yang lelaki. Namun, yang ini mukanya turut merah seperti kegusaran.
"Mama," ucap si kecil. "Ada orang ambil jam The Flash Hanan."
Gadis itu membuka kereta, lalu melihat tangan Hanan. Benar, ke mana jam yang dibelikan dulu tu?
"Tu, Farid budak kelas sebelah ambil dari Hanan, dia tak mau pulangkan," Hanan menuding jari telunjuknya ke dalam sebuah kelas. Ada beberapa budak lelaki sedang bermain.
"Mari, tunjukkan mana," gadis itu menarik tangan si kecil. Dia membawanya masuk ke kelas, dan menunjukkan seorang budak gempal di hujung dinding, sedang mengetuk-ngetuk jam itu. Mungkin mahu logo The Flash dalam kaca jam itu bergerak, duga si gadis.
"Ma, camna kita nak ambil jam Hanan tu," luah si kecil. Gadis tersenyum. Budak kecil. Apalah susah sangat nak settle. "Ingat apa mama ajar haritu? Tentang asertif?"
"Ya ma, cara cakap sopan tapi tegas. " angguk Hanan.
"Now, cuba," gadis itu lepaskan tangan si kecil, lalu menolaknya sedikit ke hadapan. Hanan nampaknya ragu-ragu, tetapi setelah ditolak tadi dia sebenarnya berada dua kaki saja dari Farid. Dan Farid juga telah menyedari dia. Mahu tak mahu terpaksa juga diluahkan.
"Farid, saya perlukan jam saya balik. "
"TAK BOLEH!"
"Itu jam saya, Farid. Sebagai tuan punya jam saya berhak..."
"TAK BOLEH! NI JAM AKU SEKARANG!"
"Farid, beri saya jam tu."
"TAK MAHU!" Farid meluru keluar dari kelas, sambil menolak Hanan dan gadis itu ke tepi. Kuat betul tenaga budak itu sampaikan si gadis turut jatuh terjelepuk. Ni memang sah, seorang pembuli tegar. Kalau dari tadika sudah begini entah macam mana pula di sekolah nanti. Tubuh kongsi gelap sendiri agaknya!
Gadis itu mengangkat Hanan lalu mengikut si Farid ke laman perhimpunan kelas. Farid biarpun kuat, nampaknya berlari agak lambat. Gadis yakin dia dapat mengejarnya. Namun sebaik saja Farid separuh melepasi laman, ada kereta sedang masuk. Ia berhenti tepat di hadapan Farid.
"Daddy!" jerit Farid.
Si ayah keluar dari keretanya dengan Bluetooth tidak lekang di telinga. Nampak seperti orang profesional. Mungkin boleh slow talk, duga si gadis.
"Encik," katanya. "Anak encik ni sedang memegang jam tangan anak saya. Mohon pulangkan, ya." Si ayah tepat memandang ke tangan anaknya Farid. Ada jam tangan merah kuning digenggam erat.
"But Daddy! I want this!"
"Could you please let it go, missus?" tanya si ayah. "After all it's just a cheap watch." Amboi murah katanya. Murah, murah pun, tapi anak kau tetap nak juga, tempelak si gadis dalam hati.
"Tak boleh encik," luah si gadis, sopan santun. "Murah sekalipun, ia tetap hak milik si Hanan. Kalau anak encik teringin sangat jam ni, saya boleh berikan alamat kedai ni untuk encik. Belikanlah satu untuk dia, dan dua-dua sama-sama boleh gembira. Apa kata encik?"
Hanan pandang si lelaki itu. Anaknya Farid menggeleng kepala "Daddy, I want Flash watch, daddy I want Flash watch..."
"I don't have time, okay, nak pergi kedai jam layan tantrums budak ni semua," geleng kepala si ayah, tanpa sikitpun bertentang mata dengan mereka. Sibuk menaip dalam telefon epal terbaru. Anaknya mula menghentak kaki. Gadis terus berdiplomasi.
"Daddy I want FLASH WATCH! Daddy. Daddy!"
"Beli online pun boleh encik, saya bagi URL websitenya..."
"DADDY! I WANT I WANT I WANT!"
"Encik..."
"Busay lah! Just let it fucking go, OK?" jerit si ayah sambil meletakkan Bluetoothnya. Kali ini dipandang matanya si gadis dalam-dalam. "Or you're too poor to buy a fucking cheap watch." Dia senyum sinis, menolak anaknya ke dalam kereta, lalu memulakan enjin. Farid di dalam menjelir lidah.
Hanan memandang ibunya. "Kan bagus kalau Hanan ada seorang Daddy. Lelaki dewasa kuat, boleh defend Hanan."
Gadis itu pandang Hanan dalam-dalam. Ingat, kena sopan-santun. Kasihan pula pada si Hanan yang air matanya sudah bergenang. Hatinya meronta ingin mencari penyelesaian segera.
I shall not use my skill. I shall not use my skill. I shall not...
Gadis pun menutup mata sesaat, menarik nafas, lalu menggengam tangan Hanan. "Jom, kita ambil balik jam tu. Jangan putus asa."
"Ma nak buat apa..." kata si Hanan sambil ditarik masuk kereta. Gadis tidak menjawab, sebaliknya menolak pedal minyak ke bawah lalu meluncur laju keluar tadika.
Gadis itu mengekori kereta Camarro ayah Farid hingga ke pusat membeli-belah berhampiran. Amboi, tak ada masa katanya. Kelihatan kereta itu masuk ke parkir B1. Gadis turut mengikut, dengan Mini nya. Si Camarro kilas Touch-N-Go pada kaunter tiket, Si Mini juga kilas Touch-N-Go yang masih tinggal RM15 (cukup-cukup saja). Si Camarro pusing ke lobi B1, Mini pun turut mengikut. Si Camarro parkir di garis berkerusi roda. Si Mini meluncur ke depan, mencari parkir hujung tembok.
"Hanan tunggu sini, jaga kereta tau," kasut si gadis dipakai semula. Biasalah perempuan, suka bertukar kasut semasa memandu. Enjin tidak ditutup, kerana ingin keluar sebentar saja.
"Mama nak ke mana?"
"Mama nak slowtalk dengan bapa si Farid lah," Gadis mentutup pintu.
Dia berlari-lari anak ke kereta ayah Farid. Kelihatan mereka sudahpun melepasi pintu automatik lobi, si ayah sibuk dengan telefon manakala si anak hanyut dalam dunianya sendiri. Kelihatan jam itu tiada di tangan—Farid sedang sibuk bermain konsol mudah alih.
"Cis, dasar anak orang kaya. Nak sangatlah, konon," bisik gadis dalam hati. Dia menjenguk ke dalam ke Camarro. Elok saja jam itu terperosok di bawah kerusi, celah-celah longgokkan permainan kad dan figura aksi dari Jepun. Gadis menarik nafas dalam dalam.
I shall not use my skill. I shall not use my skill. I shall not use my skill.
Dia membuka matanya, lalu mengeluarkan keychain kunci rumah di dalam poket. Ada gelungan set Swiss Knife—koleksi kegemarannya. Dia mengeluarkan satu alatan dari kunci itu sambil tersenyum.
"Nah, Hanan." Si gadis masuk dalam kereta dengan laju. Jam itu dilambung tepat ke tapak tangan Hanan.
"Eh! Mama dapat balik The Flash Hanan! Terima kasih Ma!"
"See? Tengok apa Mama boleh buat. Tak perlu lelaki kan." Si gadis senyum dan memulas signal ke kanan semula. Ketik-ketak-ketik, menandakan masanya untuk pulang.
YOU ARE READING
Hanan
Mystery / Thriller“Mama kan ada,” jawab Mia, meninggikan kening namun suaranya masih lembut. “Tapi mama perempuan,” balas Hanan. “Apa masalahnya dengan perempuan?” “Hanan tak ada ayahkah?” tanya Hanan pantas. Terkesima sebentar Mia dengan topik sebegitu. “Mestila...