(1)

134 4 1
                                    

Aku capai tuala dan melangkah ke bilik mandi. Sebelum melangkah, aku terfikir. Mandi atau puaskan nafsu?

Fikir punya fikir, aku masuk juga. Kemudian, aku lihat jam yang melekat di dinding. Jam menunjukkan jarum 3 pagi. Aku celup jari ke dalam kolah dan terus ambil keputusan untuk keluar, tak jadi mandi atau puaskan nafsu.

Aku berlari ke serata ruang rumah, tutup semua sumber cahaya. Kemudian lari bersembunyi di bawah kain selimut. Tetapi ia terlalu gelap. Aku nyalakan mancis di dalam selimut. Cikgu kata, untuk nyalakan mancis perlukan udara. Tetapi tak ada udara pun aku boleh nyalakan mancis.

Oh silap. Ini bukan mancis, tetapi lampu suluh.

Aku tutup juga kipas siling. Bunyi putaran bilahnya mengganggu aku mahu tidur. Sedar tak sedar, separa mamai, aku lihat kepingan emping salji mula turun di dalam bilik.

Aik, dah Krismas, monolog aku di dalam hati.

"Bukanlah!" jerit suara dalam kepala aku. "Sekarang kan hari Raya Haji di musim salji."

"Ohhhhhhh," panjang oh aku.

Aku pergi ke dapur dan selongkar peti sejuk. Kosong, kosong, kosong!

Bagaimana ya, getus hati aku.

Lantas aku teringat pada filem Hook (1991), bila mana Peter Pan mahu makan dan dengan hanya menggunakan daya imaginasi, makanan yang lazat akan segera muncul di hadapan mata.

"Use your imagination, Peter," ucap salah satu dialog di dalam filem itu.

Aku cuba juga, dan sambil menutup mata membayangkan makanan memenuhi segenap ruang peti sejuk. Hmmm, pasti sedap.

Setelah beberapa lama, aku buka mata. Tetapi makanan tetap tak muncul juga.

"Gampang Peter. Imaginasi my ass!" maki aku dalam hati.

Akhirnya, aku buka laci untuk mencari pistol. Cari punya cari, hampeh, tak jumpa. Aku capai pistol imaginasi dan acukan tepat ke kepala. Aku tarik picunya. Bang!

Moga-moga aku akan bangkit di kala Kiamat sudah menjelang.

Sedatif Imaginasi TerlarangWhere stories live. Discover now