(3)

75 3 0
                                    

Malam semalam, aku tidur awal, pukul 2 pagi. Okay apa, kerana sebelum ini aku sering tidur lebih lewat. Biasalah kehidupan pelajar, penat mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan.

Tidur punya tidur, aku terjaga dalam kegelapan. Aku tarik selimut yang menutupi muka, sambil tangan meraba-raba di sekeliling mencari telefon. Lama juga aku cari. Nak bangun, petik suis lampu, aku malas.

Raba punya raba, aku tersentuh paha anak dara di sebelah kiri aku. Aku raba pula di sebelah kanan, sama juga ada paha anak dara.

Oh, baru teringat. Semalam mereka datang ke rumah aku untuk mabuk bersama. Aku beri mereka baca puisi aku yang entah apa-apa itu. Aku tipu mereka, aku kata puisi aku umpama "Walaupun sedalam-dalamnya Terusan Suez tetapi dalam lagi hatiku". Baca punya baca, mereka mabuk, terlebih dos. Tetapi aku tak perasan bila mereka naik merangkak ke katil aku untuk tidur bersama.

Mengelamun punya mengelamun, tiba-tiba perut aku memulas. Aku cari lagi telefon aku yang mungkin terselit di celah-celah bantal, untuk dijadikan modal menyuluh kegelapan.

Dapat, terus aku lihat skrin. It's fucking four in the morning. Serta merta, imaginasi liar aku menjelma. Malam ini malam Jumaat, ditambah dengan peristiwa ngeri kemalangan maut di depan mata aku tempoh hari. Celaka celaka celaka!

Monolog punya monolog, akhirnya sakit perut membawa juga aku ke tandas. Apa nerakanya aku ingin menahan air besar sampai ke pagi hari kerana takutkan sesuatu? Apakah mayat mangsa kemalangan itu akan mengganggu aku membuang air besar? Apakah syaitan akan mengetuk-ngetuk pintu tandas aku? Atau menjelma di hadapab aku? Ini membawa kepada persoalan yang lebih besar, apakah syaitan lebih berminat dengan tahi? Bloody hell, mengarut gila!

Habis urusan di tandas yang tak mengambil masa yang lama, aku pulang semula ke bilik. Aku lihat dua orang anak dara ini masih tidur nyenyak. Bermimpi indah agaknya. Aku pergi ke telinga mereka dan berbisik, "Hors d'œuvre, hors d'œuvre, hors d'œuvre". Lagipun, itu sahaja bahasa Perancis yang aku tahu selain daripada perkataan je t'aime.

Mereka buka mata perlahan-lahan.

"Ermmm..." mereka merengek manja sambil meregangkan badan.

Pagi itu, aku tidur semula didakap dua orang anak dara. Aku tak mahu terjaga. Sampai bila-bila.

Selamanya.

Selamanya.

Selamanya.

Sedatif Imaginasi TerlarangWhere stories live. Discover now