(2)

85 4 1
                                    

Aku buka tingkap kereta. Aku nyalakan rokok dan hembuskan asapnya perlahan. Jauh fikiran aku terbang melayang. Aku teringat minggu lepas aku keluar bersama Si Gadis. Makan bersama, duduk berdua di kerusi taman, berbual kosong tentang hidup, musik, buku dan hal-hal rawak.

Merde! tiba-tiba aku mencarut dalam bahasa Perancis. Terus aku capai telefon, dengan niat mahu menelefon Si Gadis.

Belum sempat mendail nombor... bang!

Aku dilanggar dari sisi kereta. Aku yang sedang duduk memandu di sebelah kanan, tercampak ke sebelah kiri tempat duduk penumpang, beralih posisi. Kepala aku terhantuk kuat ke cermin tingkap. Dalam suasana penuh kalut, aku gagahkan diri untuk buka mata. Berpinar-pinar pandangan aku menahan pedih. Aku cuba gerakkan kaki dan tangan, tak boleh. Suara untuk jerit meminta tolong juga bagai tersekat di kerongkong.

Dalam pada menahan kesakitan, aku jatuh pengsan dan terus tak sedarkan diri.

Aku buka mata. Sekeliling aku gelap. Tambahan, panas yang aku rasa dan peluh yang mula menitis laju merimaskan aku. Aku cuba gerakkan badan, gagal. Ada sesuatu membaluti badan aku. Dengan susah payah, aku berjaya juga buka ikatan di badan aku.

Mierda! aku mencarut dalam bahasa Spanish. Rupanya kain kapan yang membalut tubuh aku, dan aku pula sedang berada di dalam liang lahad. Ini bermakna aku sudah mati, aku kata dalam hati. Secara spontan, aku seluk tangan di celah kain kapan, mencari pemetik api. Aku nyalakan dan suluh kawasan sekeliling. Besar juga ruang kubur aku. Lebih luas dari jangkaan. Aku seluk semula tangan di celah kain kapan, kali ini mencari rokok. Aku nyalakan dan hembus asapnya keluar. Sambil itu, aku pandang sekeliling. Melihat-lihat persekitaran baru.

Aku pandang ke kiri, aku lihat jiran aku sedang dibelasah Malaikat. Mulanya, aku mahu tegur, tetapi bimbang aku mengganggu urusan Malaikat, jadi aku lupakan niat itu. Aku toleh ke kanan pula, aku lihat jiran yang seorang ini, sedang berehat-rehat.

Aku ringankan mulut dengan bertanya, "Orang lama ke dekat sini?"

Dia pandang aku, kemudian tersenyum, "Baru lagi dekat sini. Baru tiga tahun lepas."

"Oh," aku balas, "lepas ni boleh la kita selalu borak?"

"Ya," dia balas sambil memandang aku dengan sinis, "kita boleh berborak sampai Kiamat."

Mendengar perkataan Kiamat, aku duduk tersandar di dinding kubur. Oh really, for heaven's sake?

Sedatif Imaginasi TerlarangWhere stories live. Discover now