Bab 1

11 0 0
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul 2.15 pagi. Ah celaka betul, cepat sungguh masa berlalu. Yang lebih membuatkan aku terkilan, kenapa mataku ini masih belum mahu lelap? Iya aku mengantuk. Sungguh mindaku sudah terbang ke daerah teta. Tapi mata tetap berdegil, mahu terus berjaga. Memilih untuk berjaga itu sama sepertinya merelakan hati dan ingatanku dijajah ke waktu yang dulu-dulu. Waktu di mana aku berbahagia bersama si dia yang membuai aku dengan kata-kata cinta dan janji-janji yang bertukar dusta. Aku lelah. Penat berfikir yang dulu-dulu itu sudah pastinya tidak akan dapat kugapai kembali, walau setempayan air mata kupertaruhkan. Apa perlu ya aku imbas kembali?

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: May 04, 2020 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

MengahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang