Tuhan

99 4 1
                                    

Terdapat satu perkataan yang mengubah perspektif aku tentang dunia.

Dewata Mulia Raya.

Bukan sebutan seakan sebuah komik yang menjadi bacaan terpenting remaja lelaki pada era sembilan puluhan di Malaysia. Bukan sebutan yang menjadi puja-pujaan mereka berkepercayaan pada animisma.

Tetapi perkataan yang tertulis pada Batu Bersurat Terengganu, ditulis sekitar tahun 1326, ditemui pada 1887. Batu bersurat ini adalah batu ukiran paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Batu bersurat ini ini mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat di Terengganu sejak sekian lama.

Apa itu Dewata Mulia Raya?

Sebelum masyarakat Melayu beragama Islam menggunakan nama Allah Yang Maha Esa sebagai nama untuk Tuhan, Dewata Mulia Raya adalah nama untuk Tuhan. 

Secara ringkasnya; Allah Yang Maha Esa = Dewata Mulia Raya, dari segi bahasa. Dari segi maksud, ia merujuk pada suatu yang sama. Tuhan Yang Satu.

Perubahan ini berlaku kerana apa? Mengapa secara tiba-tiba yang pertama ditemui ialah Dewata Mulia Raya, dan kini kita semua menggunakan Allah Yang Maha Esa? Mengapa sebutan ini berubah? 

Berlaku kerana revolusi budaya Arab masuk secara halus ke dalam cara hidup Melayu. Yang pertama ditemui bukanlah yang akan menjadi selamanya digunakan kerana Dewata Mulia Raya sebutannya agak Hindu, agak Melayu--sedangkan Islam adalah agama yang dipelopori bangsa Arab. Berubah kerana terdapat pengaruh yang besar dari orang berpengaruh kepada orang yang cepat terpengaruh.

Itu saja jawapannya.

Itulah revolusi. Revolusi adalah mudahnya Islam menggantikan Hindu sebagai agama atau kepercayaan orang Melayu.

Dan tidak mustahil pada suatu hari nanti, pada masa depan, Melayu akan bertukar agama dan kepercayaan sekali lagi!



Bila Ku Tunggu RevolusiWhere stories live. Discover now