"Kau Melayu, tapi tiada Islam. Lainlah aku, Melayu yang ada Islam"
Menyelamatkan Melayu bukan tanggungjawab Cina. Bukan juga tanggungjawab India. Malah bukan tanggungjawab Malaysia. Menyelamatkan Melayu adalah tanggungjawab Melayu.
Melayu boleh lakukan apa saja di dunia ini. Melayu boleh berzina. Melayu boleh merompak, menjatuhkan kepimpinan, menipu, membuang bayi, membuang sampah merata-rata, dan sehinggalah ke perkara kecil iaitu meminta Melayu lain mencetak perakam waktu (punch-card) di tempat kerja.
Jika nak ceritakan Melayu dan perkara keburukkan, panjang senarainya.
Menceritakan Melayu dan kebaikkannya juga panjang senarainya. Sama saja seperti bangsa lain. Tiada yang berbeza jika namanya manusia. Pernyataan mengatakan Melayu itu bersopan-santun dan mengekalkan adat ketimuran juga agak tak nampak logik apabila kita buka saja Facebook, baca status, baca komen yang membuatkan kita rasa... Melayukah ini?
Tetapi Islam tidak boleh berzina, tidak boleh minum arak, tidak boleh mencuri dan merompak, dan sehinggalah perkara kecil seperti iaitu tidak boleh berkata 'Ah' kepada ibu sendiri.
Ini bezanya antara bangsa dan agama.
Ironinya, Islam dibawakan oleh bangsa Arab. Sebuah bangsa yang pernah bergaduh sesama sendiri, melakukan perkara buruk termasuk membunuh legasi penyambung kepada Islam iaitu para sahabat Muhammad. Juga orang Arab.
Aran menyelamatkan diri sendiri dahulu. Arab membawa Islam kepada Melayu.
Berbalik kepada perkara apakah Melayu perlu diselamatkan?
Tidak.
Kerana Melayu sendiri lebih selesa diselamatkan oleh bangsa lain. Termasuk diselamatkan Portugis, Belanda, British dan Jepun.
YOU ARE READING
Bila Ku Tunggu Revolusi
General FictionPembawa bendera mengibarkan bendera kebebasan di atas puncak istana sambil disaksikan ribuan orang yang merasa lega kerana hari tersebut telah tiba!