Ekonomelayu

52 6 2
                                    

Ramai orang Melayu yang kaya. 

Pandai menyimpan bermakna pandai berahsia.

Itulah teras Ekonomi Melayu (Ekonomelayu). Rahsia dan sulit.

Semakin berahsia, semakin kaya.

Semakin kaya, semakin banyak rahsia.

Rahsia kekayaan. Selalu dengar perkataan ini dijulung-julungkan oleh Melayu yang ingin membantu Melayu jadi kaya? Ye ke kaya?

Atau hanya mahu menunjuk yang Melayu itu kaya kepada Melayu-Melayu lain dengan bermodalkan kerahsiaan? Ingat, jangan lupa ayat awal tadi. Teras ekonomi Melayu ialah rahsia.

Rahsia boleh buat wang. Boleh jadi kaya.

Tidak seperti bangsa Jepun yang berkongsi rahsia kerja kepada bangsa lain dengan Kaizen, Five S, dan pelbagai tatacara kerja yang kini ramai Melayu guna dalam sektor dan organisasi pekerjaan. 

Melayu handal dalam rundingan. Malaysia ini merdeka kerana rundingan. Pulau Pinang jatuh ke tangan Francis Light juga kerana rundingan. Rundingan selalunya rahsia. Kerana Melayu tahu dengan rundingan yang rahsia bermakna kekayaan akan ada. 

Melayu bercucuk tanam, Cina meniaga dan India berburuh? Lucu sungguh.

Ekonomelayu telah menjadikan satu kepercayaan turun-temurun. Tetapi Melayu ada masalah dengan demokratik kerana demokratik perlu mengumumkan kekayaan kepada orang awam. Melayu ada masalah dengan ketirisan kerana prinsip Ekonomelayu mengajar derma yang didedahkan adalah derma orang bongkak. 

Melayu derma RM500,000 ke Masjid. Mengapa perlu didedahkan? Derma senyap-senyap sudahlah. Hamba Allah. Itu kata pakar Ekonomelayu.

Lalu terjadilah derma dua perpuluhan enam bilion daripada seorang Arab kepada Melayu yang akhirnya semua orang mempersoalkan derma itu untuk apa?

Pakar Ekonomelayu terpaksa merahsiakan demi mengekalkan kekayaan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bila Ku Tunggu RevolusiWhere stories live. Discover now