Perhimpunan

41 0 0
                                    

HENING yang haru. Ahad muncul dan dataran akan dipenuhi dengan warga Kota Indera Petra. Marhaen perlu memenuhi dataran dan tidak boleh lambat berbanding cendekia-cendekia.

Hanya para cendekia yang boleh berucap. Marhaen hanyalah sebagai pendengar setia-paksa. Pelbagai isu umum seperti etika ilmu berfikir dalam kalangan marhaen. Marhaen dilarang berfikir secara berlebihan atau di luar kotak apatah lagi berucap secara lantang. Haram hukumnya. Masuk neraka jahanam, mungkin. Maka takutlah para marhaen sekalian. Namun perhimpunan itu tetaplah halal.

"Marhaen yang menyorok dan malas datang memang bodoh dan mahu jadi orang bodoh," ujar seorang wanita berautoriti dalam perhimpunan.

***

"Saya tidak pernah doakan kamu semua mati pun. Takkan saya nak doakan macam tu. Saya pesan supaya kamu semua berhati-hati," ujar orang yang sama. Kali ini berkenaan isu parkir kenderaan di sekitar kawasan Kota Indera Petra tersebut.

***

Penulis cuba mengikat jamin para marhaen dengan ikat jamin berjuta aksara namun ditolak oleh manusia Tuhan. Ketua manusia Kota Indera Petra itu diketuai oleh seorang wanita berautoriti seperti di sekolah yang penulis mimpikan tadi. Sekolah itu bukanlah seperti penjara yang kita mahukan.

Perhimpunan HaramWhere stories live. Discover now