Bab 1

33.3K 943 81
                                    

Gila memang gila. Berapa lama lagi aku nak sabar dengan orang gila macam ni. Berapa ratus kali dia nak telefon aku. Zaman sekarang ni mana ada orang telefon dah, Whatsapp sajalah! Berbulu betul hati aku dengan mamat sorang ni. Tak faham-faham bahasa! Aku tak nak, tak nak la!

Aku teringat lagi muka seposen mamat ni masa meluahkan perasaan aku dekat kafe. Konon kata jumpa nak pinjam nota. Aku pun kenapa la bendul sangat pergi percaya. Sudahnya, nak dekat sejam aku kena dengar luahan hati jiwang karat mamat ni.

Salman, nama hensem, tapi tuan tak berapa nak hensem. Aku dah perasan dia ni asyik merenung aku sejak semester 1. Dengan cermin mata hipster dan seluar kecutnya. Dengan cap terbalik dan kasut bercontengnya. Siapa sangka hipster, hipster pun boleh minat dekat aku yang bosan ni.

Dia cakap dia cuba lupakan aku, kata mana mungkin orang macam aku boleh syok balik dekat dia. Tau pulaaak. Tapi dia kata dia nak cuba juga meluahkan perasaan dekat aku. Tak cuba tak tahu. Konon hati kental jiwa melayu. Satu-satu dikupas kenapa aku patut pertimbangkan dia untuk jadi pakwe aku. Siap tunjuk list. Ada 15 poin semuanya. 15 poin, 45 minit. 45 minit aku duk uh-ah uh-ah nak mintak izin undur diri tapi diitahan-tahan. Tolongla kenapa orang macam ni pun ada!

Sekarang, telefon aku berdering lagi buat kali ke 87. Sabar Hana, sabar. Orang sabar Allah sayang. Kusumbat telefon Samsung itu ke bawah bantal dengan harapan agar ia berhenti berdering.

"Silentkan aje la!" tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara Marlia, teman sebilikku. Dia yang baru melangkah masuk menghenyakkan punggungnya ke katilku.

Aku menjeling ke arah Lia yang sedang mengurai-ngurai rambutnya. Lia, teman sebilik ku, teman rapatku semenjak tahun pertama aku di Kolej Kejora ini. Dialah orang pertama yang aku beritahu tentang masalah Salman, lelaki hipster tak faham bahasa ni.

"Aku tension la Lia. Macam-macam dah yang aku bagi hint. Tepis cara lembut. Reject cara kasar. Semua tak jalan!"

"Kau abaikan je Hana. Lama-lama dia senyap la tu. Macam la kau tak biasa" Lia membuat muka bosan.

Aku mencuri lihat ke wajah Lia. Mungkin betul dia dah bosan dengar keluhan demi keluhan aku tentang lelaki-lelaki yang cuba mencuri hatiku. Daripada tahun pertama sampai tahun ketiga, Lia menjadi pendengar setia masalah lelaki aku. Yang jenis tunggu depan pintu setiap kali habis kelas. Yang jenis suka kirim nasi lemak Mak Munah yang memang terkenal di Kolej Kejora ni. Yang jenis suka ajak tengok wayang midnight filem seram. Yang jenis buat-buat terlanggar sampai berterabur buku lepas tu pura-pura nak kutip. Semuanya aku dah rasa, semuanya aku dah nak termuntah melayannya.

Aku ni bukannya cantik sangat. Kalau nak diikutkan, ramai lagi perempuan yang lagi cantik dekat kolej ni. Yang lagi seksi. Yang lagi genit. Yang lagi trendy dan happening. Aku ni biasa-biasa aje. Nak kata putih, tak putih sangat. Nak kata tinggi, tak tinggi sangat. Nak kata kurus, pun tak kurus sangat. Semuanya sedang-sedang belaka. Mata bundarku hasil keturunan daripada Datin Saleha, mummyku yang awet muda dan sering orang tersilap sangka ingatkan kakak aku. Senyum manisku persis senyum Datuk Johari, daddyku yang kacak macam Aaron Aziz. Serious semua kawan-kawan aku cakap macam tu! Cumanya, ramai orang kata aku ni ada daya penarik tersendiri. Yang menyebabkan kalau sesiapa terpandang, akan terus rasa nak mendekati.

Seram aku mendengarnya. Macam la aku ni pakai minyak guna-guna. Aku tak pernah minta perhatian ni semua. Dan sejujurnya, aku memang rimas! Rimas, serimas-rimasnya dengan lelaki mata keranjang yang tak habis-habis mengganggi kehidupan aku.

Bukan aku tak pernah teringin nak ade teman lelaki. Lia ni sendiri pun dah bertukar boyfriend berapa kali. Aku sendiri pun pelik, kenapa senang sangat dia jatuh hati dengan lelaki. Sampai boleh bertukar-tukar banyak kali. Padahal aku ni, nak sangkut seorang pun punya susah. Sampaikan satu hari tu Lia boleh cakap dekat aku – kau ni lesbian ke? Aku merajuk dengan dia seminggu. Boleh dia tuduh aku lesbian padahal duduk sebilik dengan aku dah nak 3 tahun. Takkan dia tak boleh nilai aku ni lesbian ke tidak. Hanya kerana aku takde boyfriend, dia ambik jalan mudah nak tuduh aku lesbian.

Kadang-kadanag, bila aku buntu sangat memikirkan hal lelaki yang tak berkesudahan ni – ada jugak terlintas, mungkin lebih aman kalau aku jadi lesbian...

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now