Bab 48

4.3K 200 8
                                    

Sepanjang petang aku tidak dapat membuat apa-apa kerja. Carl juga musykil melihat aku yang tidak produktif seperti biasa. Macam mana aku nak buat kerja kalau setiap saat aku terngiang-ngiang perbualan aku dengan mummy. Apakah betul telahan mummy tentang perkahwinan aku dan Umar?

Aku nekad, balik rumah ni aku mesti berterus terang dengan Umar. Kalau dia takde di rumah, aku akan call dia suruh balik! Begitu nekad sekali aku untuk mencari kepastian dalam perkahwinan aku ini.

Namun, apabila aku sampai di rumah aku dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena. Umar sudah duduk menungggu aku di ruang tamu. Apabila aku masuk, dia memandang aku dengan pandangan yang lesu.

"Assalamualaikum Hana" kata Umar kepada aku. Suaranya sugul tidak seperti biasa.

"Wa'alaikumussalam Umar.." aku menghampiri Umar yang sedang duduk di sofa.

"Hana, duduk dulu. Saya nak cakap sesuatu" suaranya dingin tiada sekelumit nada mesra.

Aku terus duduk tanpa kata. Menunggu apa lagi bait kata yang akan diutara. Namun yang ada hanyalah kesunyian yang mencengkam jiwa. Apa yang hendak dikatakan Umar kepada aku? Setiap detik berlalu bagai terlalu perlahan. Aku menunggu dengan penuh debaran akan butir perkataan Umar.

"Hana, betul ke awak sekarang selalu berjumpa dengan Carl?"

Ya Allah, soalan yang aku paling takuti sudah keluar daripada mulut Umar. Apa yang hendak aku jawab kini?

"Umar, kenapa awak tanya macam ni?" aku berharap dengan bertanya kembali aku dapat perlahan-lahan mencari jawapan yang lebih sesuai.

"Hana, tolong jawab soalan saya" keras sedikit suara Umar. Dia memandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Errr..ya. Saya memang ada jumpa Carl. Tapi bukan selalu. Carl kan kerja dengan daddy. Saya kan sekarang hari-hari di pejabat daddy. Di situlah kami berjumpa.." suara aku bergetar memberikan penjelasan.

"Saya tahu itu semua. Tapi yang saya tak tahu kenapa awak selalu berjumpa berdua-duaan dengan Carl"

"Umar! Bila masa saya berdua-duaan dengan Carl?!" suara aku mula meninggi. Aku takut. Aku sedih. Aku rasa bersalah. Tapi aku tak mahu dia tahu semua tu.

Dengan pantas Umar mengeluarkan phonenya dan menunjukkan gambar aku berdua dengan Umar di La Bodega tempoh hari. Dalam gambar itu kami tengah bergelak ketawa dalam suasana yang amat intim.

Ya Allah, mummy!

"Umar, mana awak dapat gambar tu?" aku bertanya soalan yang aku sendiri sudah tahu jawapannya.

"Mummy sudah ceritakan segala-galanya kepada saya" jawab Umar. Suaranya rendah dan sayu.

Apa yang mummy dah cerita kepada Umar? Hati aku berdebar-debar tidak menentu. Bagai hendak pecah dadaku kini.

"Hana, saya sangka kita tidak ada rahsia antara satu sama lain. Saya percayakan awak. Sebab tu saya tak kisah bila awak nak bekerja dengan daddy walaupun saya tahu mungkin timbul komplikasi dengan kehadiran Carl di situ. Tapi saya sangka awak pandai menjaga diri. Pandai menjaga perkahwinan yang baru kita mulai ini. Rupa-rupanya.."

Tiba-tiba aku yang gusar bertukar berang. Senang-senang dia menganggap aku yang bukan-bukan!

"Rupa-rupanya apa?" suara aku keras meningkah Umar.

Terkejut dia melihat aku yang sudah mula meninggi suara. Dia memandang wajah aku dengan pandangan yang mula berbaur marah.

"Rupa-rupanya awak berkelakuan macam budak-budak mabuk asmara dengan Carl!"

"Awak tengok sekeping gambar daripada mummy awak ingat awak tahu semua cerita?"

"Kalau awak tak nak saya tahu cerita daripada mummy kenapa awak tak cerita sendiri kepada saya?" Umar menempelak kembali.

"Macam mana saya nak cerita dengan awak? Awak sehari suntuk sibuuuuk dengan kerja usrah awak la, dengan aktiviti surau awak sana sini. Bila masa saya nak cerita?" Muka aku terasa panas kerana marah.

"Setiap malam saya balik kan?" Kerut di kening Umar semakin dalam.

"Malam-malam awak balik dah penat. Saya pun dah mengantuk. Macam mana nak cerita?"

"Kalau awak betul-betul nak cerita, awak boleh je cerita.."

"Kalau awak betul-betul nak dengar cerita saya, isteri awak yang awak tinggalkan saban hari ni..awak akan balik awal sikit!"

"Awak tahu saya tengah sibuk sangat sekarang kan?"

"Sibuk sangat sampai tak ada masa langsung untuk isteri?"

"Saya balik tiap-tiap malam. Makan dinner kat rumah. Tidur sekatil dengan awak. Apa maksud awak saya tiada masa untuk awak?"

"Awak langsung tak pernah tanya macam mana hari saya? Apa yang saya buat hari ni. Apa plan saya lepas ni? Awak langsung tak kisah! Sekurang-kurangnya Carl nak mengambil tahu tentang saya.."

Alamak! Apsal aku terkeluar nama Carl? Urghhh.

Umar nampak bagai ditampar apabila mendengar nama Carl terkeluar daripada mulut aku.

"Saya masih nak berbaik sangka dengan awak walaupun mummy bagitahu yang dia rasa perkahwinan kita tak akan panjang. Yang dia rasa lebih baik saya tinggalkan awak. Yang awak dengan Carl.."

Umar menelan air liur.

"Yang awak dengan Carl sudah mula bermain cinta.."

Suasana sepi bagai hari selepas ribut. Mungkin benar ribut peperangan perasaan antara aku dan Umar sudah sampai ke penghujungya.

"Awak ingat saya bercinta dengan Carl..?"

Umar tidak menjawab tapi bingkas bangun dan terus meninggalkan aku. Dia naik ke bilik. Aku tidak tahu untuk apa. Aku masih duduk terpinga-pinga atas apa yang telah berlaku. Aku dan Umar bertengkar? Tapi kami tak pernah bertengkar sebelum ini. Dan dia tuduh aku bercinta dengan Carl?

Umar turun kembali sambil membimbit satu beg kecil. Dia memandang aku dengan sayu.

"Saya ingin pulang ke kampung buat seketika. Saya perlukan masa untuk menenangkan fikiran. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa."

Sebelum melangkah keluar Umar menambah.

"Mungkin awak juga perlukan masa sendiri untuk awak fikirkan perkara ini"

"Umar, apa maksud awak? Saya tak perlu fikirkan apa-apa..."

Umar menoleh kepada aku. Ada air mata berkaca di bibir matanya.

"Assalamualaikum Hana. Jaga diri.."

Dia melangkah keluar.  

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now