Bab 31

8.5K 328 24
                                    

Bonus bab kepada semua yang setia menunggu. Terima kasih atas sokongan semua! :)

*******

Umar dan daddy duduk berbual-bual di ruang tamu. Mummy tidak nampak batang hidungnya. Aku menghidangkan minum petang yang dibuat oleh Bibik Ani. Pisang goreng panas-panas dengan air kopi memang membuka selera di kala hujan renyai-renyai ni. Sejak Umar sampai tengah hari tadi sampai sekarang hujan tidak berhenti turun. Oleh kerana dia datang dengan motosikal, dia terpaksa menunggu hujan reda terlebih dahulu.

"Silakan minum Umar" pelawa daddy kepada Umar.

Aku mengambil tempat di sofa sebelah daddy. Pisang goreng ku ambil satu dan ku kunyah perlahan-lahan. Mmm, sedapnya! Tiba-tiba aku terperasan yang Umar memandang aku sambil tersenyum kecil. Erk, terasa segan pulak. Nampak pelahap sangat ke? Aku kesat hujung mulut aku mencari kut-kut ada sisa pisang goreng melekat.

"Hana dan Umar, bagaimana dengan proses perkenalan kamu berdua?" daddy memandang antara aku dan Umar.

Selepas 2 bulan bertunang, aku rasakan aku semakin mengenali Umar. Walaupun kami hanya selalunya bertemu di hujung minggu di rumah aku, sudah banyak yang dapat aku pelajari tentang diri tunang aku ni. Ish, tunang! Aku masih terasa janggal memanggilnya dengan gelaran itu.

"Alhamdulillah uncle. Dengan restu uncle dan auntie, saya dah semakin mengenali Hana Tihani ni. Saya rasa kami serasi bersama" ujar Umar penuh makna sambil memandang aku.

Alamakkk dia panggil kita 'serasi bersama'laaa. Cairnya akuuuu. Bagai ada bintang-bintang berkelip-kelip dan bunga-bunga indah berkembangan di angkasa raya..

"Hana?" daddy mematikan lamunan aku.

"Err, Hana pun rasa macam tu jugak daddy" jawab aku lalu menundukkan kepala malu.

"Kebetulan saya pun nak menanyakan pendapat uncle tentang hal pernikahan kami." Umar menyambung.

"Hal apa tu Umar?" tanya daddy.

"Sekiranya Hana setuju, saya berhasrat untuk mempercepatkan tarikh pernikahan"

Cepatkan nikah? Eh, where does this come from? Aku termangu-mangu memandang Umar.

Aku lihat muka daddy berubah serta merta. Uh-oh. Apasal la Umar ni pergi tanya daddy terus sebelum tanya kat aku dulu! Aduhh!!

"Kamu nak bernikah ketika masih belajar?" daddy bertanya kembali mendapatkan kepastian.

"Itulah niat saya" jawab Umar.

Ketika itu aku rasakan bagai waktu seakan terhenti. Umar memandang daddy dengan penuh mengharap. Daddy pula nampak kaget dan tidak gembira. Garis-garis kedut pula terpamer di dahi daddy.

"Uncle tidak setuju" keras sedikit nada suara daddy. Jantung aku berdegup kencang bagai nak terkeluar daripada dada! Alamak jangan la perang pulak antara daddy dengan Umar!

"Maaf sekiranya saya tersalah cakap uncle. Saya cuma nak tanya pendapat uncle, selaku wali kepada Hana.Kalau uncle tak setuju dengan cadangan saya, saya terima dengan hati terbuka" Umar berkata-kata dengan ikhlas. Suaranya masih tenang tanpa sekelumit nada ragu.

Air muka daddy nampak lembut kembali. Aku menarik nafas lega. Phewhh, crisis averted!

"Uncle bukan apa Umar. Uncle tak mahu pelajaran kamu berdua terganggu. Seboleh-bolehnya biarlah habis belajar dulu. Buat apa nak gopoh-gapah."

Umar mengangguk-angguk kepalanya dengan hormat.

"Pelajaran Hana sangat penting bagi uncle. Tambahan pula, uncle harap dia dapat bekerja dengan uncle lepas tamat belajar nanti. Jadi, uncle nak dia betul-betul fokus"

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now