The Plan.

500 26 14
                                    

Young Ji's POV

PANG!

'Hhuh'

Terkejut aku! Bunyi pintu terhempas rupanya. Jackson ni, tutup tu perlahan lahan ah.

Aku cuma untuk tidur semula. Ngantuk. Haih, better aku gi masak apa yang patut. Jackson tu mengada lately. Nak aku masak. Hihii. Takpe, aku suka dia macam tu dengan aku. Maksud aku, yelah. Ibu Jackson kata dia macam tu dengan aku je. Dengan ibu sendiri pun, dia tak macam tu. Nampak tak special kat sini? Hihii.

Eh. Mana semuaorang? Haih. Kenapa aku nyanyuk sangat. Mama ade kata nak keluar beli barang since aku ngan Jackson akan duduk sini for a few month before aku start study ke luar.

Sedang aku leka memasak, Jackson turun. Keadaannya seperti tergesa-gesa ingin keluar.

'Jackson, nak ke mana tu? Aku ade masak favourite kau ni!'

Eh tak dengar ke?

'Jacksonnn!'

Aku lari keluar. Kenapa dengan Jackson? Tadi tak macam ni.

'Hmm awak. Kenapa ni?'

Aku cuba mendekatinya yang sedang memakai kasut. Mungkin ade masalah. Aku cuba menenangkan dia dengan memegang bahunya.

Jackson: Lepaslah.

Huh? Kenapa ni?

Jackson: Aku takbalik. Takpayah tunggu aku.

'Wehh, kau ni kenapaa? Tiba-tiba macam ni.'

Dia berdiri dihadapan aku. Raut wajahnya macam .. marah? Eh? Terluka? Kenapa ni? Weh!

Jackson: Kau tanyalah diri kau sendiri!

Terus berlalu pergi.

I dont know what happen but aku rasa sebak. Sebak sangat.

---------

Jackson's POV

Bodoh! Bajet muka innocent. Aku benci orang macam tu. Konon aku taktahu. Ingat kau boleh simpan dari aku sampai bila bila? Argh.

Perasaan macam ni, membuak buak. Aku memandu dengan laju! Tanda hati yang terluka .. Kali kedua!

Damn! Hell! Idiot! Aku idiot! Aku hampir nak confess pada dia. Apa yang aku rasa .. Rasa? Rasa cinta.

--------

Young Ji's POV

Serabut gilaa kepala! Argh. Better aku mandi. Nanti okay la .. kot.

Aku tertenung bunga bunga tersebut. Alangkah comelnya kalau bunga bunga ni, Jackson yang bagi.

Sedang aku leka tenung bunga bunga tersebut.

WAIT A MINUTE!

K? Kris?! Dahel! Tapi..? Jackson takkenal.. kan? Jap ..

'Tidaaaak tidak tidak. Please jangan salah faham please. Weh. Tolong'

Aku cuba menghubungi Jackson.

'Please pick up your phone. Please'

---------

MinAh's POV

Jackson, kau jangan harap boleh bahagia selepas apa yang kau dah buat pada aku! Kau buang aku dari sekolah dulu! Memalukan aku. Huh. Kau ingat kau boleh bahagia?

TAK MUNGKIN.

Aku dalam perjalanan berjumpa dengan Kris. Ya, Kris. Ex - Young Ji. Aku kenal dia time perkahwinan Young Ji ngan Jackson.

'Hye. Lama tunggu?'

Kris: Oh, hai. Takdelah. Baru je order air.

'Good. Risau you tunggu lama'

Kris: So, lets make it straight. I ade hal after this.

'Eh takpe. I faham'

Kris: Macam ni, I tanak jumpa Young Ji. I tanak dia nampak I, dia terluka lagi lepas apa yang I dah buat pada dia.

'Apa maksud you?'

Kris: I sedar sememangnya, diri I sayang dia, cintakan dia, lebih dari I sendiri sangka. I tanak dia nampak I nanti. Dia teringat kenangan buruk dia. Dia .. banyak merana sebab I.

'Erk .. okay. I got it. Jadi bunga you ni? Bukan untuk dia ke?'

Kris: Oh ye. Bunga ni. Haah, untuk dia. I nak you passkan. Tolong eh? I ade letak surat dalam tu. Surat maaf I. I maybe akan balik Hong Kong semula. I taksanggup duduk sini.

'Kris, you. You betul ke dengan keputusan you?'

Kris: I pasti. I pasti that guy, Jackson boleh jaga dia elok elok.

'Hmp yeah sure. Jackson sure boleh jaga dia baik baik'

Aku takkan biarkanlah. Jangan harap.

Kris: Oh sorry, Minah. I gonna go. Ade hal kena settlekan. Gotta go. This. I belanja. Nice to meet you.

'Okay, no problem'

Kris, berlalu pergi. Selepas beberapa ketika ..

Aku membuka surat yang terselit dalam bungkusan bunga bunga tersebut.

Huh. Surat sorry? Kau ingat aku akan biarkan. *koyak*

'Opss maaf Young Ji. You terpaksa merana sebab aku takkan biarkan Jackson bahagia after apa dia dah buat pada aku!

*smirk*

----------

Jackson's POV

Phone aku berbunyi. Ringtone ni. Hanya satu je tanda ringtone lagu ni. Ringtone ni, aku hanya set untuk panggilan dari Young Ji je.

Ye, dari dia.

Kau ingat aku nak angkat?! Aku tanak termakanlah tipu dari kau! Aku benci kau Young Ji. Aku benci kau!

Otak aku yang terlalu serabut, aku membuat keputusan untuk berhenti seketika di bahu jalan.

UGH.

Aku keluar dari kereta. Tempat ini, tak banyak kereta.

KENAPA! KENAPA BENDA MACAM NI KENA BERLAKU PADA AKU?! APA SALAH AKU. AKU TAKLAYAK BERCINTA KE? AKU TAKLAYAK KE?! KENAPAA .. KENAPAA ..

Aku meraung sekuat hati. Sekuat - kuatnya. Tapi, hatiku masih tak lega. Aku mula menangis.

Ha ha .. Air mata? Sekali lagi, aku menangis kerana wanita. Tak, lebih teruk kerana aku sangat menyayangi Young Ji lebih dari aku menyayangi kekasih lama aku.

Young Ji's POV

Apa patut aku buat! Tapi takmungkin dia tahu pasal Kris. Aku takpenah mention. And dia pun takpenah cakap kisah silam dia. Tak mungkin. Eh tapi mungkin ade yang bagitahu dia?

Apa patut aku buat sekarang ni! Aku tidak dapat tenangkan diri aku. Aku kene buat sesuatu. Aku tanak dia benci aku. Aku tanak dia .. Aku tanak kehilangan dia ..

Aku akan tunggu dia sampai balik. Aku kena jelaskan semuanya pasal Kris pada dia.

Jackson's POV

*sms masuk*

**************

From: Young Ji ♡

Saya ade sesuatu nak bagitahu awak. Saya tunggu awak balik.

**************

Damn! Now what? Nak jujur dengan aku pasal kau ngan Kris tu? Argh sudahlah. Aku penat kena tipu ..

Walaupun begitu, firasat aku sangat kuat untuk pulang dan dengar sendiri kata kata dari mulut dia. Argh serabut!

Apa patut aku buat?

Tak! Takkkk. Jangan biarkan diri ditipu untuk kali kedua. Jangan jadi bodoh.

To be continued ..

-------------------

Sorry for the very late update! My final exam was over, so yeah. I will try update as soon as possible ♡

Now I Know Why [ JackJi ♡ ]  <Malay>Where stories live. Discover now