Damia mengeluarkan buku log MSAMnya. Sebelum masuk Form 6, dia bekerja selama seminggu untuk Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang berlansung di Stadium Indera Mulia, Perak. Dia menulis besar-besar tajuk di atas helaian tersebut "Phone Number 6R1" lalu menepuk bahu Fairos. Fairos memandangnya. Damia menyuakan buku log tersebut.
"Apa ni?" Fairos melihat tulisan Damia. "Ohh nanti kita pass kat depan eh.." Fairos terus menulis nombor telefonnya didalam buku log tersebut. Damia tersenyum.
"Nah!" Zatti menyerahkan kembali buku log Damia.
"Thank you sayang." Damia mengerdipkan matanya. "Let's see, banyak ke orang isi.." Damia melihat satu persatu nama dan nombor telefon dalam buku lognya. "Semua budak perempuan dah letak nombor phone diorang, so far so good.. Eh! Jason? Amirul? Lahh diorang pun isi jugak.. Tak mintak pun." Damia bermonolog sendirian.
"Amende kau cakap sorang-sorang nih?" Zatti cekak pinggang ke arah Damia. Datang dari mana pun Damia tak perasan. Kejap ada kejap tak, macam chipsmore. Zatti, Zatti...
"Takdela kau tengok ni." Damia menunjukkan nama dan nombor telefon Jason dan Amirul pada Zatti.
"Kau mintak ke diorang tulis sendiri?" Zatti bertanya dengan reaksi seakan tidak percaya.
"Nampak tak, dari atas semua pen hitam," jari telunjuk Damia menunjukkan baris-baris nama dan nombor telefon yang tertera dari atas ke bawah. "pen aku kasi, tapi diorang berdua je pen biru. Aku tak mintak pun lah." Damia menarik kembali buku lognya.
"Hai.. Nama apa?"
"Suara macam kenal" getus Damia dalam hati. Damia memandang ke arah suara tersebut. "Erk! Si lembut.." Damia terkejut tetapi cuba memaniskan wajah. "Hai.. Aku farah.. Kau siapa eh?" Damia cuba menunjukkan minat.
"Aku Amirul. Ni Jason." Amirul menepuk bahu Jason lembut gaya mengada-ngadanya. Jason hanya menjeling ke arah kami.
"Ek eleh mamat ni." Damia hanya mampu mengutuk didalam hati. "Hai Jason! Amboi, sombongnya jeling. Hahaha" Damia ketawa. Dia cuba seikhlas mungkin menegur Jason. Jason memandangnya semula. Kemudian kembali ke tempat duduknya.
"Sorry la. Dia macam susah sikit nak start berkawan dengan orang. Tapi dia okay. Dia baik sebenarnya. Dia kawan baik aku since Form 3. Kiteorang dari SMK Rapat Setia. Korang Ampang eh ?"
"Haah. Ni Zatti, ni Fairos. Kiteorang semua dari Ampang. Weh kalau boleh kan, kita semua kawan kawan la eh. Takkan nak kawan dengan budak sekolah lama je."
"Haaa betul tu. Sebab tu aku datang kat korang. Sebab korang nampak baik, okay je sporting gitu. Jom la weh! Lepak meja depan dengan Mimi, Fara, Sara, Jason." Amirul menepuk tangan Damia.
"Haaa okay jap eh kiteorang bawak buku jap. Kang cikgu masuk takdelah nampak sangat haha.." Zatti mengeluarkan buku Muet. Damia cuma bawak buku lognya sahaja. Mereka berdua menarik kerusi dari meja sebelah.
"Hai. Study group ke?" Damia memulakan perbualan.
"Eh hai. Nama korang siapa?" senyum gadis India disebelah Amirul.
"Yang ni Damia, yang ni Zatti. Diorang dari Ampang." Amirul memperkenalkan dengan gaya lembutnya.
"Oh.. Laju je kau kan Amirul." Sara Thiraviam tersenyum ke arah Damia dan Zatti. "Korang boleh panggil aku Sara. Ni Mimi, Fara dengan Jason." Sara memperkenalkan pula.
"Diorang dah kenal lah. Kau tu je yang lambat." balas Jason kasar. Sara mencebik.
"Dia ni memang tau. Moody je kerja." Sara seakan sudah masak dengan perangai Jason.
"Moody apanya!" Jason menjerit. Amirul ketawa.
"Oh my god! Korang tengoklah perangai dia. Dia dah tunjuk dah sikit-sikit perangai sebenar dia." Amirul ketawa lagi terbahak-bahak. Jason juga turut ketawa. Sampai merah-merah mukanya.
"Bengong Amirul.." Syamimi tergelak kecil. "Kalau hampe nak tahu camni la perangai deme ni." sambung Syamimi lagi.
"Entah asyik jerit je, sakit telinga aku." Fara menutup telinga kanannya. Comel je Fara. Dah lah kecik molek, dengan pelat 'R' dia lagi. Damia gembira dapat mengenali mereka semua. Satu perkenalan baru yang sangat menarik baginya.
Zatti ketawa mendengar kata-kata Fara. "Mia.. Aku teringin ais krim Baskin Robbins la. Amin ada tak harini kerja ?" Zatti merengek pada Damia.
"Ada la kot. Dia hari-hari kerja. Rajin gila." Damia teringatkan Amin. Sejak habis SPM setia betul Amin kerja dekat Baskin Robbins.
"Jom weh. Kita rempit. Aku bawak helmet." Zatti mengajak. "Kita ambil free jela kat Amin nanti."
"Nak jugak weh. Ais krim free. Jason nak tak?" Amirul mengajak Jason sekali.
"Tak nak la. Buat apa free. Orang beli sendiri je makan. Yang tak mampu je mintak ais krim free." Jason membalas selamba.
"Ahh dia tak nak sudah la. Jom siapa lagi nak pergi. Boleh tengok dekat Novelhut sekali buku-buku rujukan Form 6." Zatti begitu teruja. Padahal Damia tahu sebenarnya dia lebih teruja nak makan ais krim free. Hehe..
"Damia!" jerit Zatti. Dia berlari-lari anak ke arah Damia. Damia sedang beratur dipondok telefon. "Weh, kau pergi tak ni? Aku naik ngan Najua tau tau ?"
"Aku tak pergi kot. Tau lah mak aku." Damia membalas lemah.
"Nah!" Jason memberikan syiling kepada Damia. Dia pun berlalu.
"Eh!" Damia tergamam. "Jason!" Tangan Damia cuba memegang beg Jason tapi dia terkaku. Zatti turut tergamam.
"Wow.. Apesal dia bagi kau balance syiling dia? Dia tu bukan kedekut ke ?" Damia menyimpan syiling tersebut. Dia mengeluarkan syilingnya.
"Hey.. Tak balik lagi?" Damia menegur Jason.
"Belum. Tengah tunggu mak la ni." balas Jason lembut. Damia kaku.
"Duduklah takkanlah nak berdiri je." Damia memandang Jason. Jason hanya pandang depan. Melihat jalan raya yang sudah lengang. Tinggal mereka berdua di bus stop tersebut.
"Jason.."
"Ape?" Jason memandang Damia.
"Nah. Aku tak pakai pun."
"Orang dah bagi tak nak pulak." Jason memandang syiling di tapak tangan Damia. Kasar betul bahasa mamat Sarawak ni. Geram jugak Damia dibuatnya.
"Okay lah. Aku simpan k?" Damia mengenggam syiling tersebut. Jason memandang Damia. Dia bangun.
"Asal kau pandang aku macam tu?" Damia bertanya lurus.
"Bila masa aku pandang kau, jangan perasan lah. Mak aku dah sampai, bye!" Jason terus berlalu ke arah kereta kancil berwarna biru. Damia terkulat-kulat memandang Jason memasuki kereta. Jason lansung tidak memandangnya.
YOU ARE READING
Hyung Nim (형님)
Teen Fiction"Kau bukan yang pertama, tapi kau mungkin yang terakhir." - Damia Amanda Zara "Would you be mine for the second time ?" - Jason Anak Harry "Kalau saya rindukan awak, saya letak tangan saya kat dada, baca Al Fatihah dan sebut nam...