Suasana pagi itu sungguh dingin. Sedingin hati Damia Amanda Zara. Perutnya juga berasa tidak selesa. Mungkin kerana dia nervous dengan persekitaran baru yang bakal di alaminya sebentar lagi.
"Kawan kamu datang sini ke ?" tanya Mama.
"Najua datang sini. Tapi Zatti boleh tak kita ambil dia dekat rumah dia ?"
"Rumah Zatti yang kat mana pulak ? Tak boleh ke suruh ayah dia hantor sini. Kita pulak yang kena berulang-alik ambik dia." balas Mama.
"Kalau kawan Ara semua Mama nak berkira kan?" getus Damia di dalam hati. Kata-katanya tidak mungkin terungkap di hadapan Mama. Dia selalu berkecil hati dengan kata-kata Mamanya. Memang dirinya sangat sensitif. Tetapi sensitifkah dia sekiranya dia berkecil hati apabila ibu kandungnya sendiri selalu bersikap tidak adil terhadap dirinya? Sedangkan adiknya dilayan amat manja sedari kecil lagi. Dulu dia mungkin cemburu kerana dia masih kecil tetapi sekarang bagi Damia itu bukanlah perasaan cemburu.
"Ma, Ara suruh diorang semua datang rumah Opah jela." jerit Damia dari dalam bilik selepas menghubungi rakan-rakannya. Mama Damia tidak menyahut lansung tetapi Damia yakin Mamanya mendengar.
"Opah!" tegur Damia selepas keluar dari perut Renault Kangoo.
"Yee.."
"Kawan Mia belum sampai lagi ke ?"
"Kawan kamu ? Mana ?!"
Ketawa Damia melihat Opahnya begitu. Opah selalu macam tu. Bila kita tanya dia, dia mesti tanya balik tapi tanya tu macam nak menjerit dan terkejut je.
Damia tersenyum. "Kawan Damia nak tumpang pergi sekolah jap lagi."
"Ohh.." balas Opah lalu menyambung semula kerjanya menyabit rumput-rumput yang tumbuh ditepi rumah.
Zatti dan Najua masih belum mendapatkan cop pengesahan daripada ketua kampung. Pagi-pagi sebegini Pak Ya sudah pun pergi ke pejabat. Mujurlah ada Haji Sulaiman Suki, jiran hujung jalan rumah Opah. Dia juga boleh mengecop kesemua borang tersebut kerana dia mempunyai pangkat J.P iaitu Jaksa Pendamai.
"Assalamualaikum."
Damia memandang ke arah pagar rumah Haji Sulaiman Suki. Kelihatan seorang perempuan sebaya Mamanya dan seorang gadis berpakaian seragam sekolah disebelahnya. "Nak cop jugak la tu." Damia mengagak. Damia memandang gadis tersebut. Dia menjeling Damia.
"Sombong gila minah tadi." getus Damia geram.
"Kau perasan jugak ke ? Aku tengok dia dari jauh pun dia dah jeling kaw-kaw tadi." komen Zatti pula.
"Kome ni kalau orang tu ada je yang tak kena."
"Mama tak tengok dia tadi. Ara senyum dia jeling balik. Ma, boleh ke Form 6 tak pakai tudung ?" Damia membebel dalam perjalanan menuju ke SMK Raja Chulan.
"Wow, ni ke dewan sekolah diorang ?" Damia memandang pelik.
"Kecik je kan kalau nak banding dewan sekolah kita." balas Zatti.
"Eh, Aina la!"
"Weh korang dah daftar ke?" soal Aina lembut.
"Baru nak daftar ni, kena bagi gambar ke Aina?"
"Aku bagi je tadi satu."
"Eh, tu macam Syamimi dengan Fara kan ?" Damia teruja. Dia kenal mereka daripada kelas Matematik yang diikutinya sewaktu PMR dulu. Kelas Matematik tersebut dibuat oleh Abang Cumi. Mak We Damia yang masukkan Damia. Kalau ikutkan Damia dia pun taknak, dia tak kenal sesiapa pun dalam kelas itu. Lagipun Damia benci Matematik. Lucu pun ada bila dikenang balik. Setiap kali Abang Cumi ajar semua mengangguk faham. Apabila Abang Cumi suruh tunjuk jalan kerja didepan masing-masing menggaru kepala. "Hai, Mimi dengan Fara kan ?" Damia tersenyum. Mimi dan Fara masing-masing memandang ke arah Damia.
"Eh, hai Damia. Ko ingat lagi kat kiteorang?" balas Mimi sambil bersalam dengan Damia.
"Mestilah ingat. Kita enam orang je budak Abang Cumi hahaha"
"Haaa tahu takpe kan." Fara juga turut ketawa. Ketawa ada makna. Mesti teringat perangai masing-masing masa dalam kelas Abang Cumi.
"Okay la weh, kiteorang nak duduk dah ni." Mimi menuding jari ke arah kerusi-kerusi yang bersusun di tengah dewan.
"Haaa okay okay, jumpa lagi k." Damia melambai tangannya.
"Weh, siapa tu weh?" Zatti datang dari meja pendaftaran dengan Aina dan Najua.
"Oh, kawan aku masa tuisyen Form 3. Nak duduk depan tak ?"
"Taknak la, nanti ngantuk tak boleh menguap. Duduk belakang jela." cadang Aina.
"Okay!"
Sewaktu Damia sedang meletakkan failnya, dia terpandang ke arah tempat duduk budak lelaki yang terletak disebelah kanan dewan. Kelakuan dua orang budak lelaki di barisan paling hadapan telah menarik perhatiannya. Kedua-duanya berbadan besar, seorang berkulit agak gelap dan seorang pula putih. Seorang macam berketurunan mamak tetapi yang putih tu bukan Cina juga bukan Melayu, budak Sabah kot ? "Diorang ni mesti budak-budak yang bakal jadi kaki bodek cikgu nanti. Duduk depan sekali. Kelam-kabut pun ada gayanya." detik hati Damia.
Jason duduk lalu memandang ke arah belakang barisan budak perempuan. Dia melambai ke arah Syamimi dan Fara. Damia masih melihat tindak-tanduknya. Dia pandang sekilas ke arah Damia lalu terus berpaling ke hadapan.
"Ergh. Aku tak suka la minggu orientasi. Bosan. Fasi-fasi over." cebik Damia.
"Nasib la dua hari je, minggu depan dah start kelas. Malas aku nak buat aktiviti orientasi ni. Saja nak ragging kita." Aina pula membalas. Mereka berehat berempat pada pagi itu. Damia cuba membiasakan diri dengan sekolah baru. Dia perlu bertahan sampai habis. Dia sudah nekad untuk stay di Tingkatan Enam.
"Korang tak rasa ke kantin sekolah diorang ni kecik gila doh ?" Zatti mengunyah nasi goreng yang dibekalkan Mamanya.
Damia tersenyum-senyum. "Kecik gila doh." Damia meniru suara Zatti. Mereka sama-sama ketawa. Kalau boleh semua benda nak dibandingkan oleh mereka kerana sekolah mereka sebelum ini merupakan sekolah baru semuanya baru dan lengkap. Tapi secara peribadi, Damia sukakan persekitaran disitu kerana tiada orang yang mengenalinya. Privasi. Ya, dia perlukan privasi untuk berada disekolah ini. Dia tak teringin untuk berkenalan dengan budak-budak junior. Dia mahu hidup dalam dunia Tingkatan Enam sahaja.
YOU ARE READING
Hyung Nim (형님)
Ficção Adolescente"Kau bukan yang pertama, tapi kau mungkin yang terakhir." - Damia Amanda Zara "Would you be mine for the second time ?" - Jason Anak Harry "Kalau saya rindukan awak, saya letak tangan saya kat dada, baca Al Fatihah dan sebut nam...