Hyung Nim (형님) - BAB 2 (6 Rendah 1)

15 0 0
                                    

                    "Weh kau nak masuk kelas ekonomi eh?" Damia memandang Aina.

"Haah. Aku memang nak ambil ekonomi. Kakak-kakak aku semua ambil ekonomi dulu."

"Oh.." Damia agak sedih. Ramai gila nak masuk kelas ekonomi. Rasa macam nak masuk jugak. Tapi mesti tak layak. Maths pun D. "Haih.." Damia mengeluh.

"Ala lek aa Damia. Kelas ekonomi sebelah je pun dengan kelas sastera. Takpela kita dua masuk sastera, Aina ngan Najua masuk ekonomi." Zatti memberi semangat.

Damia pun hairan. Kenapa Zatti tak nak ambil ekonomi macam yang lain. Padahal Matematik dia kredit, B+ rasanya. Macam-macam perangai la.. Tapi okay jugak daripada dia masuk kelas sastera sorang-sorang nanti.

                "Selamat datang ke 6R1." seorang budak lelaki berdiri ditepi pintu kelas mengalu-alukan semua pelajar 6R1 masuk. Rasanya dia pun budak kelas ni, tapi kenapa over macam tu. Ah lantaklah!

"Jason, jom duduk depan, cepat-cepat!"

Damia memandang ke arah suara lembut yang menggelikan itu. "Ergh, budak-budak kaki bodek ni ke.. Budak lembut rupanya. Maigod!" Damia menyampah. Dia menarik tangan Zatti masuk ke dalam kelas.

Zatti memandang sekilas ke arah mereka. Meja ditengah kelas bersambung lima meja, manakala ditepi kiri dan kanan dua meja. "Bangang weh, tengah dah penuh."

"Kita duduk tepi tingkap la jom. Weh belakang sekali tu." Damia berjalan laju ke arah meja paling belakang. "Eh hai, Fairos!" Damia menegur. Fairos menoleh.

"Hai, Amanda. Korang duduk la belakang aku. Aku takde kawan." balas Fairos. Fairos ni daripada Form 1 panggil Damia, Amanda. Damia pun dah terbiasa. Fairos memang duduk sorang. Takde kawan disebelahnya. Kesian pulak Damia dan Zatti tengok.

"Weh korang stay Form 6 ke?" soalan cepumas dari Fairos.

"Aku stay kot." Damia jawab dengan yakin.

"Aku tak. Aku tunggu second intake UiTM." terang Zatti.

"Oh, patutlah kau malas masuk kelas eko?" teka Damia.

"Hehe, pandai pun kau. Buat apa aku nak peningkan kepala masuk kelas eko. Baik aku duduk sini je."

           "Saya akan jadi guru kelas awak pada tahun ni. Awak, saya bagitahu terus terang je, masuk Form 6 ni bukan main-main." Kedengaran budak lelaki ketawa. Lucu agaknya. Mendengar suara Puan Alang. Suaranya kecil tetapi nyaring.

"Kalau awak ingat masuk Form 6 sebab tak dapat masuk mana-mana awak kena pikir betul-betul. Mana institusi yang awak nak masuk. Form 6 ni bukan senang, terus terang saya cakap Form 6 ni susah.." Puan Alang memberi penerangan panjang dan sedikit motivasi kepada semua. Macam bebel pun ada. Dengan suara nyaring Puan Alang sudah mampu membingitkan telinga satu kelas!

"Jason Anak Harry!" Budak Sabah tersebut angkat tangan. Okay, nama dia Jason. "Jason, saya tertarik dengan awak ni. Awak ni berasal dari mana?" soal Puan Alang. Semua mata tertumpu di hadapan.

"Cikgu dia ni asal dari Sarawak." si lembut tu menyampuk.

"Diam! Saya tak tanya awak." Puan Alang membalas selamba. Satu kelas riuh dengan ketawa.

"Oh My God!" Si lembut terus menutup mulutnya dan memandang Jason. Dia dan Jason turut ketawa. Wajah Puan Alang serius. Damia pun konfius budak kelasnya ketawa kerana si lembut kena marah atau cara Puan Alang yang menggelikan hati. Tetapi dia juga turut ketawa.

"Saya dari Sarawak, cikgu."

"Oh Sarawak. Saya ingat orang Sabah tadi. Sarawak kampung kat belah mana ?" Puan Alang masih belum berpuas hati.

"Saya asal Miri, Sarawak." balas Jason acuh tak acuh.

Damia memandang Jason. Dia juga turut tertarik dengan Jason kerana dia tidak pernah face to face dengan orang Sabah atau Sarawak. Dia terasa ingin mengenali Jason dengan lebih dekat atau berkawan dengannya.

Tiba-tiba Jason berpaling ke belakang dan memandang ke arahnya. Damia tersentak namun memandang Jason kembali dengan pandangan yang penuh persoalan. Jason terus pandang ke hadapan semula.

"Ish.. Takkan la.."

"Apa yang takkannya weh?" Zatti menyampuk.

"Haa? Takde ape la.."

"Kau jangan nak menipu.. Kau berangan eh.. Baik kau cakap.. Kau teringat mamat kelas ekonomi tu eh ?" Zatti mengusik Damia.

"Haha.." Damia terus tersenyum. Dia teringat kali pertama dia melihat Hazim semasa Hazim baru masuk ke dalam dewan. Pada masa itu, Damia baru sahaja mendaftar. Dia betul-betul suka pada Hazim. Ibarat jatuh cinta pandang pertama.

"Weh dulu sekolah mana ?"

Kreekk!! Hilang terus wajah Hazim. Damia mencebik. Dia memandang ke arah budak lelaki di meja sebelah.

"Apa weh , weh? Ingat orang takde nama ke?" Damia senyum ke arah lelaki tersebut. Dia cuba bergurau. Dia tahu dia harus berbaik-baik dengan semua budak kelasnya. Dia perlu lebih open-minded.

"Amboi. Nama aku Hariz. Nama kau sape ?"

"Haha.. Aku Damia. Kau sekolah mana dulu ?" Damia memandang Hariz. Dari gaya Hariz, dia tak nampak macam budak-budak sekolah area sini pun.

"Aku dulu sekolah teknik kat Manjung."

"Oh Manjung. Jauhnya. Rumah kau kat mana?"

"Simpang Pulai. Dulu aku duduk asrama la. Ni pun aku nak apply asrama jugak." Hariz menyeringai. "Kau dari sekolah mana?"

"Aku Sekolah Ampang je." balas Damia pendek. "Eh jap. Kau SM Teknik Manjung eh ? Kau kenal Emirul Syarafi ?" soal Damia teruja.

"Oh Myrul? Haa kenal. Kawan aku tu. kenapa ?"

"Hehe.. Dia ex aku.."

"Oh Myrul.. Biasa la.. Dia kan muka jambu.. Haha.."

"Emm.. " Damia terdiam.

"Eh, kau contact dengan Myrul lagi ke ?"

"Tak sangat. Kadang dia tegur aku kat Facebook."

"Aku pun dah lama tak contact dia. Sebab sebelum SPM dia accident. So dia duduk rumah. Kau kenal Fairuz? Fairuz jiran dia jugak."

"Oh haah dia kan accident,pakai tongkat masa SPM. Fairuz tu aku kenal. Dia masuk sekolah aku masa Form 4. Ergh aku tak berapa suka dia  sangat. Over..." Damia menunjukkan muka menyampah.

"Haha dia memang macam tu. Cakap dia je yang betul. Dia je nak menang." Hariz ketawa melihat reaksi Damia.

"Weh Damia! Jom teman aku jumpa Puan Alang jap." Zatti menepuk bahu Damia.

"Ish kau ni. Terkejut aku." Damia mencubit Zatti manja.

"Okay lah Hariz nanti kita gossip lagi tau." Damia melambai Hariz.

"Okay no problem." Hariz menunjukkan thumbs up.

"Amboi korang sempat lagi gossip kan ?" Zatti gelak. "Apa yang aku tak tahu ni?"

"Aish takde ape la. Nanti aku cerita okay.." Damia menarik Zatti menuruni anak tangga.

Hyung Nim (형님)Where stories live. Discover now