BAB 4

1.2K 70 1
                                    

BAB 4

Aku yang telah menangis sepanjang hari sengaja keluar dari bilik dan menolong Kwangsoo memasak stu sayur di dapur untuk makan malam.Dia menunjukkan aku dua hirisan timun dan menyuruhku letakkannya pada mataku yang bengkak akibat tangisan.Aku tersenyum kelat mendengar jenakanya.

Alahai..Apalah nasib?Aku bisa tersenyum dengan takdirku yang teruk ini.Lelaki yang aku cinta memilih gadis lain manakala aku sedang cuba manjaga hati Si Zirafah ini.Setelah beberapa minit,stu sayur siapa dimasak dan dihidangkan di meja.Kami bersiap sedia untuk makan bersama.Ini kali pertama kami makan bersama,agak pelik kerana aku tidak merasa janggal.

Sedang kami makan,pintu diketuk kuat.Aku bangun dan melihat gerangan siapa yang datang."Mana Kwangsoo?"Tanya gadis di depanku biadab.Aku mempersilakan dia masuk.Sebaik saja dia terlihat Si Tinggi,dia menjerit."Sampai hati oppa!!"Jeritnya.Aku tersentak sejenak.

Setelah mendengar butir pergaduhan mereka berdua,baru aku tahu bahawa Kwangsoo merupakan teman lelaki gadis panas baran itu,Kwon Yuri.Bagi aku,gadis itu memang kurang ajar kerana menghamburkan kata kata kesat kepada Kwangsoo meskipun lelaki itu hanya diam.

"Kami akan failkan penceraian nanti.Bila masa sesuai."Celah aku,tidak tahan melihat Si Tinggi dimaki hamun."Aku dah tak kisah!!"Jerit dia bagai histeria.Tanpa diduga,stu di atas meja dicurah ke muka Kwangsoo.Dia masih diam.Wajahku merah menahan marah yang amat sangat.Dengan segala tenaga,aku tolak gadis itu keluar dari apartment kami lantas mengunci pintu.

"Gwenchana?"Tanya aku sambil membelek wajahnya.Mujur Stu itu tidak terlalu panas.Aku menarik tangannya ke bilik air.Membersihkan wajahnya yang kotor .Dia tidak mengucap sepatah kata,hanya air mata menerangkan perasaannya.Mataku berkaca.Kasihan adik lelakiku ini..

Selesai itu,aku mengelap wajah putih itu.Pada masa yang sama mengesat air matanya.Ini memang hari yang sukar buat kami bukan?Aku tanpa ragu ragu memeluknya.Cuba berkongsi kesedihan masing masing.Dia tersenyum dan menyentuh pipi aku,"Gwenchana,nuna.Untuk sementara saja."Ujarnya.

=======================================================================

Esoknya,aku bangun dan terlihat sarapan di atas katilku."Gumawo,Girin!"Jerit aku girang.Entah kenapa,hatiku terasa ringan hari ini.Mungkin kolam air mataku sudah kering.

Kwangsoo mengajak aku ke pasaraya buat membeli belah barang dapur.Aku sudah lama mahu berjalan jalan namun tiada teman.Lagipun lusa,kami akan mula bekerja semula.Pasti aku akan sibuk nanti.

Di dalam kereta,aku terdengar lagu I'm In Love oleh Lee Seungchul.Aku suka lagu ni.Sebaik sahaja aku mahu menyanyi,tiba tiba Kwangsoo pun turut menyanyi tanpa dirancang.Kami berdua tertawa dengan lagu latar yang indah ini.Lagu itu hampir berakhir dan kami menyanyi lirik terakhir bersama sama, "Saranghanabwa."Masing masing tersengih.Saranghanabwa..Maksudnya-Aku dilamun cinta.

=======================================================================

Dia menolak troli sementara aku mengambil barang di rak.Terkadang dia menegur aku supaya tidak boros.Telinganya aku tarik tarik geram.Sudah pandai mengajar aku pula ya?Aku tertawa manja bila dia merajuk.

Selesai membeli barang,kami melintas di hadapan panggung wayang.Aku terhenti berjalan dan menoleh apabila melihat poster 'I'm not your monster.'Sudah lama aku menunggu cerita ini ditayangkan.Aku melirik Si Girin dan dia sekadar tersenyum menandakan ya.

Di dalam panggung,dia kadang kala menutup mata apabila adegan ngeri ditayangkan.Aku tertahan tahan ketawa melihat wajahnya yang berkerut.Aku cuba alihkan mataku untuk menonton filem tetapi perhatianku tetap terarah kepadanya.Aku fikir aku sudah gila kerana..hatiku sudah mula menerimanya sebagai suami.

Tetapi dia sudah punyai Yuri,mustahil dia mahukan aku ini.Dia juga katakan yang dia hanya menganggap aku sebagai kakak sahaja.Mungkin kami boleh jadi kawan baik walaupun selepas penceraian difailkan?Hanya kawan..Ya,mungkin itu lebih baik.

Di pertengahan cerita,dia tiba tiba keluar dari panggung wayang tanpa memberitahu sebabnya.Aku yang keliru hanya mengikutnya dari belakang.Dia duduk di bangku di sebelah pintu panggung.Mustahil filem itu terlalu ngeri sehingga dia tidak sanggup menontonnya hingga tamat.Aku duduk di sebelahnya dan menyoal,"Wae,Girin?"Dia diam membuatkan aku tertanya tanya.Angin senja membuai kami dan aku letakkan kepala di atas bahunya.

"Saya nampak Yuri."Jawabnya selepas beberapa minit diam."Jadi?"Tanyaku lagi."Dia cium lelaki lain di dalam panggung tadi."Sambungnya dan aku menggangguk.Tidak tahu mahu katakan apa,cuma renung dalam dalam matanya.Dengan spontan,

"Awak kan ada nuna Jihyo ni?" Ujarku.Dia tersenyum."Ya,betul.Saya ada nuna.."

BAB 4-TAMAT

My Wife My NunaWhere stories live. Discover now