BAB 1

2.8K 89 10
                                    

BAB 1

Aku melihat biasanku yang memakai gaun kembang berwarna putih salji."Cantik."Itu kata mereka sedangkan aku merasakan baju ini hanya patut dibuang ke dalam sungai Han sahaja.Biar mereput bersama emosi tidak stabilku ini.Jambangan bunga aku genggam penuh geram.Jikalau yang ku genggam ini ialah seekor kucing,sudah pasti ia mati.

"Senyum."Arah omma.Dia menyelak rambut yang menutupi dahi lalu mencium dahiku.Hatiku menyumpah seranah namun tiada sekelumit perkataan pun yang terhamburkan.Perlahan lahan air mataku mengalir di pipi dan omma hanya mengelapnya tenang tanpa sepatah kata lantas memimpinku keluar dari bilik persalinan.

Appa memegang tanganku dan kami sama sama berjalan di atas karpet merah.Aku terasa mahu lari dari sini.Bahagian dalam pipiku digigit,cuba sembunyikan jerit tangisku.Lagu perkahwinan berkumandang seiring tepukan para hadirin di kiri dan kanan yang kini bardiri menyaksikan 'keindahan'majlis ini.Mataku tertacap pada lelaki di depan paderi yang sedang menoleh ke arahku.Tersenyum paksa,itu tafsirku.

Masa seakan berhenti bila appa lepaskan pegangan tangannya dan aku berjalan ke arahnya.Si tinggi yang bakal musnahkan hidupku dalam beberapa minit lagi.Aku lebih rela melakukan ini di dalam rumah hantu daripada di sini.Di mana kekasihku bisa melihat dengan jelas.

Sewaktu paderi membacakan perjanjian,aku fikir tangkai bunga di tanganku sudah patah disebabkan genggaman kejap tanganku.Dia menyentuh pipiku lalu berbisik,"Gwenchana,untuk sementara saja,nuna."Aku hampir menamparnya saat paderi menanyakan adakah dia sudi menerimaku sebagai isteri dan jawapannya telah menjatuhkan aku dalam lohong gelap.-"Ya."

"Ada bantahan?"Tanya paderi.Rohku menjerit ya namun keadaan realiti kekal senyap."Awak boleh cium pengantin perempuan."Putus paderi dan dia perlahan lahan mendekatiku,membongkok sedikit atas sebab ketinggiannya yang melampau dan mencium bibirku.Tanpa sedar,air mataku menitis saat itu dan aku dapat lihat wajahnya yang menahan keperitan realiti yang kejam ini.

Dari kejauhan,aku melihat omma dan appa sedang bertepuk tangan bersama hadirin lain.Meraikan kecelakaan takdir kami ini.Dia menjauhkan wajahnya dari mukaku.Cuba berlagak tenang sedangkan matanya berkaca.Lantas aku menoleh,di luar gereja, Kang Gary merenungku di tingkap.-MUSNAH

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Nuna,buat apa tu?"Tanya lelaki tinggi di sebalik pintu bilik dirumah baruku.Mataku menajam ke arahnya."Jangan masuk!!"Aku membaling bantal tepat ke mukanya dan dia berhenti dari berjalan.Aku berharap yang bantal itu ialah bata.Biar dia mati.

Dia senyap dengan pandangannya mencerun ke arahku sambil mengetap gigi.Aku dan dia dipaksa berkahwin oleh ibu bapa masing masing,apa yang di harapkan dari aku?Aku membiarkan dia berkongsi katil denganku?Jangan harap!"Apa pandang pandang?"Aku mencapai gelas kaca di sebelah katilkul.Bersedia membaling ke muka sebalnya sambil mengugut mahu failkan penceraian esok.

"Berhenti!"Dia melindungi mukanya dan tunduk sedikit.Tanpa disangka sangka dia melutut dan bergerak ke arahku menggunakan lututnya lalu menggenggam tanganku."Tolonglah,nuna.Saya tak minta lebih.Tolong jangan failkan penceraian,jebal!!Nuna pun tahu saya kahwin dengan nuna sebab ayah sakit,bukan?"Rayunya buat aku jengkel.

Mahu saja aku tarik tarik rambutnya sehingga botak.Aku berpaling sedikit ke cermin dan dapat lihat pipiku kemerahan.

"Jebal!"Dia memeluk aku sementara aku meronta ronta kuat."Si miang!!!"Aku fikir jiranku pasti tertekan dengan penghuni baru apartment ini.Dia masih begitu,tidak lepaskan aku."Jebal,kalau nuna tak setuju,saya takkan lepaskan!"Jeritnya tidak tahu malu.Aku nekad mahu ketuk kepalanya yang sewel ini sebaik sahaja dia lepaskan aku nanti.

"Baiklah.."Jawabku pendek dan perlahan lahan pelukannya dilepaskan."Jadi,keluar sekarang!!"Pekik aku lalu mengerekot di dalam selimut membelakanginya.

"Sebenarnya,saya cuma nak hantarkan makan malam untuk nuna tadi.Saya nak nuna tahu saya pun anggap nuna sebagai kakak.Tak lebih dari tu.Dalam beberapa bulan lagi,kita failkan penceraian dan kita boleh hidup macam biasa balik."Jelasnya dan membuatku memaki diri sendiri kerana menyangka dia mahu tidur di bilikku.Cakaplah awal awal.....

BAB 1-Tamat

My Wife My NunaWhere stories live. Discover now