BAB 2

1.5K 72 0
                                    

BAB 2

"Nuna,bangun."Aku merasakan bahuku ditepuk perlahan.Bantal di sebelah aku letak di sebelah aku letak di atas muka.Aku tak mahu bangun!!

Mataku terbuka dan seperti kelihatan lelaki di depanku ini disinari cahaya.Bersinar sinar dan aku tersenyum.Perlahan lahan mendaku menyedarkan dialah si sewel yang bersetuju buat mengahwini aku meskipun dia tak rela.Perlahan lahan senyumku pudar dan pandanganku mula kabur dek air mata.

Kenapa kau?Kenapa bukan Gary?Sebab kau kaya?Kau tinggi?Kau baik?Aku meraung dan Kwangsoo kehairanan melihat aku yang menangis tanpa sebab.

"Nuna,jangan menangis."Ujarnya lalu meletakkan sepinggan sarapan di atas katil lantas keluar dari bilik.Aku menolak pinggan itu dengan kaki dan ia pecah berderai di atas lantai.Dia menoleh dan merenungku.Mungkin sedang cuba stabilkan perasaan agar amarahnya tidak dilepaskan kepadaku.Dia keluar dan kembali dengan penyapu dan sapu tangan basah.Dia meletakkan lutut di lantai sementara aku menjelingnya dari atas katil.Disapu sisa makanan bersama kaca lalu mengelap lantai dengan saputangan basah supaya tiada lagi kaca tertinggal.Mengapa dia begitu prihatin?

"Nuna,awak boleh terluka tau."Nasihatnya buat aku meluat.Aku bukan budak darjah satulah!Dia datang semula dengan sepinggan sarapan lain.Aku mengeluh.Kau memang tidak serik,kan?

"Biar saya suap."Ujarnya buat mataku terbeliak.Lelaki yang aku tidak kenal lansung mahu suapkan sarapan ke mulutku?Biar benar!Pandangku mendongak merenung wajahnya yang sebal.Aku berbaring semula,bersembunyi dalam selimut apabila dia mendekatkan sudu ke mulutku.

Dalam diam,aku terharu namun aku sangat bencikan dia.Kerana dia,Gary kecewa denganku.Tanpa amaran,dia menyelak selimutku dan mencium pipiku."Tak apa kalau nuna kenyang."Ucapnya selamba.Aku terus tuhun dari katil dan menendangnya kuat.Dia tersengih,"Saya kan suami nuna?Saya berhak."Ujarnya buatkan perasaanku membuak buak mahu membunuhnya hari ini juga.Dia keluar dari bilik bila aku merenungnya nekad.

Aku terduduk di katil dan meraung sekuat hati.Biarlah jiran jiranku mendengar .Aku mahu mereka tahu aku bencikan si bajingan ini!!Terngiang ngiang suara Gary,"Oppa cintakan kamu,jadi jangan pilih orang lain,ya?"

=======================================================================

Setelah berjam jam berkurung di dalam bilik sejak pagi tadi,aku yang mulai bosan mengambil keputusan untuk keluar.Menonton tv mahupun makan snek di dapur.Appa sengaja membunuhku barangkali dengan memberiku cuti seminggu buatku dan Kwangsoo.Berbulan madu katanya.Aku terasa loya mendengarnya.Oh,jebal!

Sebaik aku keluar,aku terdengar suara seseorang menangis.Perlahan lahan aku menuju ke arah itu dan menjenguk.Rupa rupanya,Kwangsoo yang menangis.Dia sedang menonton filem Ice Emericano,Sarangheyo.Aku tertahan tahan mahu ketawa sehingga pipiku kembung seperti ikan buntal!Lembut betul hatinya!

Tanpa diundang,aku duduk di sebelahnya.Sangat renggang sehingga seorang yang berisi boleh muat di antara kami.

Sejam selepas itu,aku dan dia berkongsi kotak tisu mengelap air mata masing masing.Jujur filem ini benar benar menyayat hati.Aku tiba tiba terasa janggal,aku sedang menonton filem cinta denagn lelaki yang aku baru tendang pagi tadi.Baik.Itu pelik.

Bila aku menoleh ke arahnya,tanpa sengaja,bibir kami bertemu.Bagaimana aku boleh tidak perasan dia berada di sebelahku?Dia terdorong ke belakang manakala aku jatuh dari sofa,mengelap bibir masing masing.Cukuplah ciuman di majlis perkahwinan kami tempoh hari!Meskipun dia mencium pipiku pagi tadi,aku fikir dia tidak dapat terima ciuman bibir tanpa sengaja ini.Tolong aku!!

BAB 2-TAMAT

My Wife My NunaWhere stories live. Discover now