Tak senang duduk aku melihat Si Epah tu. Hampir setengah jam dia mengadap dan berpaling dari dinding. sesekali die menggulungkan diri di atas katilnya. "kau kenapa Pah?", tegur ku kerana tak tahan melihat perlakuan si Epah.
"aku...aku nak ter...kucil la Zy..tak tahan", tersangkut sangkut percakapannya akibat menahan derita yang amat. "aku ingatkan...kau..tidur...kau temankan aku boleh tak Zy?", sambung Epah lagi tanpa menunggu respon aku.
"hesh kau ni pergi toilet pon takut ke? dari tadi tak nak pergi", marah aku pada Epah. "Alah, nanti nanti la kau bebel. cepat la". Bingkas Epah bangun meluru ke pintu dengan laju meninggalkan aku yang malas turun katil. "menyusahkan aku je, da la bising, payah betul nak tidur", ngomel aku sendiri sambil melihat Epah keluar dari bilik meluru ke tandas. "tak tahan la tu!" dalam hati.
......
kami berdua ke kampung yang diberi nama Kampung Gambit dengan tujuan mengkaji sejarah hidup orang dikampung ini dan asal usul nama Gambit itu sendiri untuk assignment kami. Nama aku Azila atau Zy dan rakan seperjuangan aku, Afifah. So far, Alhamdulillah da 2 malam kami menetap di Kampung Gambit ni dan banyak info yang kami dapat.
"Zy!" Jerit Epah dari dalam tandas nak memastikan aku masih menanti dia. "Kau kat luarkan?" Sambungnya lagi. "Yeeeee Pah, cepat la. Aku sejuk ni". Balas aku sambil mata melilau melihat sekeliling. Nama pun kampung, tandas pun dekat luar rumah. Nasib la ada lampu jalan menerangi walaupun separuh je cahaya tu memancar ke arah tandas, tak payah susah susah fikir fasal touch light.
....
Keesokkannya, kami meneruskan aktivity mencari info tentang kampung Gambit ni. Tapi info yang dikumpul tempoh hari tak sebanyak yang dikumpul hari ini. Kebanyakkan maklumat diperoleh dari golongan tua dalam lingkungan 80an dan keatas kerana mereka menyaksikan sejarah kampung ni sendiri.
Kebanyakkan golongan orang tua di kampung Gambit ni semakin berkurangan yang tinggal cuma anak dan cucu saja.
Hari semakin gelap, aku dan Epah pulang ke rumah nenek yang kami tinggal menetap buat sementara. Nenek Senah ni tinggal sebatang kara tapi masih kuat mengerjakan kerja kerja kampung seperti menoreh getah. Dia mengangap kami seperti cucunya sendiri dan kerana itulah kami berkeputusan untuk tinggal menetap dengan nenek Senah beberapa hari.
Sedang aku dan Epah menaip assignment di ruang tamu bertemankan kerepek pisang dan air kopi, tiba tiba bekalan eletrik terputus.
"Arghhhhh!!!" Jeritan kuat datang dari arah Epah 3 depa jauh dari aku dan aku pun turut menjerit akibat terkejut dari jeritan Epah dan bukan sebab black out. "Kenapa Pah? Kau ok tak??" Tanya ku ketakutan.
"aku tak save lagi!!!", jawab Epah separuh menjerit.
Ya Allah bagai nak gugur jantung aku memikirkan si Epah ni.
"Aku ingatkan apa lah tadi! Terkejut la aku", tahan aku dari marah.
Tapi assignment tak sempat save tu memang perkara yang perlu ditakutkan dulu. Gila kau nak menaip balik?
Tiba tiba terdengar langkah berat dari arah dapur. Aku dan Epah terdiam seolah olah memahami apa yang kami sedang dengarkan. Aku berlari anak menuju ke Epah kerana ketakutan dan menggengam erat jari jemari sosej milik si Epah. "Ssh diamm." Isyarat Epah berikan kepada aku seolah olah seperti Wirawati yang baru dilahirkan semula kerana Epah tibe tibe menjadi berani sambil mendakap aku dengan yakin.
Epah bangun memberanikan diri ke arah dapur dalam keadaan gelap gelita tetapi aku menarik Epah supaya jangan pergi. Epah tak melepaskan genggamannya dari memimpin aku. Jelas sekali dia pun merasa takut.
Ciss..keciss...
Bunyi geseran. Seperti batu dan besi.
Aku dan Epah terdiam. Kami mengatur langkah ke arah dapur. Sampai sahaja didapur.
"ARGHHHJJJHHHHHGHGG!!!!!!"
Jeritan aku dan Epah silih berganti. Boleh didengari satu kampung Gambit yang sedang black out. Alangkah terkejut dan takutnya aku apabila melihat seseorang membawa lilin ke arah kami. Tiba tiba bekalan eletrik pulih. Cahaya memenuhi di segenap ruang rumah nenek Senah.
Akj dan Epah melihat ke atas syiling rumah, melihat lampu lampu yang menerangi lalu serentak pelahan lahan kami melihat siapakah gerangan manusia di depan kami tadi.
"Nek Senah!! Buat terkejut jelah nenek ni" marah aku manja pada Nek Senah. Epah mengurut urut dadanya tanda syukur.
"Fuhh nek Senah ni. 5 bintang Nek senah, 5 bintangggg" sambil tunjuk kelima lima jari nye ke arah Nenek dengan nada sindir gurau.
"Maaflah Cu, kampung ni memang ada masalah letrik sikit, kamu kena biasakan sikit". Sambil meniup lilin yang dihidupkan tadi dengan lighter Aladin dan meletakkan lilin tu keatas meja.
"Kamu berdua tak nak tidur ke, da 2 pagi da ni. Tidur lah tak elok jaga malam malam". Kata Nenek dan berpaling sambil meninggalkan senyuman leretnye kearah kami.
Aku menyengol siku Epah. Epah menganguk tanda paham lalu kami kemas barang barang diruang tamu bagai lipas kudung dan masuk ke bilik tidur.
Bersambung..