Ini sudah malam ke 2 Epah tidak senang tidur kerana perutnya yang memulas mulas sejak tempoh hari. Dia merasa pelik sejak dia tinggal di rumah Nek Senah, perutnya akan memulakan pancaragam setiap jam 3 pagi. Baru saja mahu melelapkan mata, Epah terpaksa bangun dari katilnye gagahkan diri untuk ketoilet. Epah tidak akan sesekali ketoilet seorang diri melainkan berteman. Lebih lebih lagi bila teringatkan senyuman leret Nek Senah yang meremangkan bulu tengkoknya.
"Zy!!Zy!! Bangun laa teman aku!!tak tahann ni"
Kelihatan Zy tidak bergerak. Seolah olah baru mencapai klimaks nyenyaknya walau bom atom jatuh sekali pon die tidak akan bangun malah gigih membina peta.
Epah seperti tiada pilihan selain bertindak untuk pergi ke tandas seorang diri. Kalau diteruskan usaha mengejut Zy ni, mahu di samak 4puluh4 kali bilik tu sehingga hilang bau warna dan rasa kerana Epah dapat merasakan, istinjak kali ni bukan biasa biasa bau nye.
Epah ke tandas luar rumah seorang diri. Soal takut itu no 2, sekarang segala hajat yang berbahaya harus dilepaskan segera sebelum terlambat. Berpaut pada kepala paip ditandas itu seolah olah ingin bersalin 6 gamaknya si Epah meneran.
"Epah. Kau kat dalam ke?"
Tersentak Epah. Sejak bila pula Zy kat luar bilik air? Epah cuba bersangka baik. Mungkin Zy tersedar dari tidur dan mencari dia setelah sedari Epah tiada dikatil.
"Da lama ke kau kat luar Zy?aku kejut kau tak bangun"
" aku ikut kau tadi dari jauh. Saja tak nak bangun masa kau kejut tu haha"
"Cis kau Zy. Sampai hatiiiiiii" sambil meneran lebih dasyat.
Epah merasa sedikit lega setelah yakin yang berbual dengannya itu Zy, rakan seperjuangan. Selesai melabur, Epah keluar, Zy berdiri di depan pintu dengan silauan cahaya jalan. Mukanya tidak kelihatan tetapi senyuman ade dibibir. Rambutnye agak serabut biarpun sudah diikat. Epah pon berpaling diekori Zy dari berlakang.
" aku tak tau la kenapa makin memulas je perut aku ni sejak kebelakangan ni. Pagi pagi pulak tu"
"Banyak makan la tu Pah. Ok la berak dari tak berak"
"Esok kita nak kemana pulak Zy?"
"Aku tak sure la Pah"
Zy pon mempercepatkan jalan supaya mereka berjalan bersebelahan. Setibanya di depan pintu bilik tidur mereka. Epah membuka pintu. Kelihatan seorang perempuan sedang terduduk dikatil Zy. Wanita itu berpaling kearah Epah dengan senyuman yang mula berubah,muka nya seakan terkejut. Epah dan wanita itu saling berpandangan, bila diamati wanita itu ialah Zy.
Kalau dikatil itu Zy, siapa yang teman aku ketandas? Siapa perempuan yang berdiri sebelah aku ni? Bermonolog Epah dengan perasaan yang lemah, lututnya seakan longgar. Ingin sekali die menjerit tapi suaranya seakan tersekat. Die menoleh kekanan dimana wanita yang menemaninya sebelum ini berdiri.
Masih...senyuman itu masih melirik. Mata nya tidak kelihatan kerana ditutupi rambut yang kusut. Berlari melompat Epah yang gedempol itu naik kekatil Zy sambil memeluk Zy sekuat hati. Zy masih dalam keadaan terkejut.
Semasa Epah memeluknya. Mata Zy besar membulat melihat kekatil Epah. Zy tidak bersuara hanya mampu menangis sambil matanya memandang tepat kearah katil Epah yang diduduki seorang wanita tua yang mereput sambil tersenyum.
Selama Epah ke tandas, Zy dikejutkan wanita itu yang disangka Epah. Zy seolah hilang ngantok nya lalu duduk dikatil berbual dengan Epah ketawa dan mengilai.Zy seakan tidak sedar apa yang sedang berlaku tetapi dia tidak takut kerana yang berbual dengannya ialah Epah, sahabatnya sendiri. Tersentak Zy dalam ketawa hilainye bersama wanita yang disangka Epah, apabila Epah yang sebenar muncul didepan pintu ditemani seseorang yang miripnya.
Zy cuba memejamkan mata sambil memeluk Epah yang menangis ketakutan dan berharap gangguan ini berakhir secepat mungkin.
.....
"Zy..bangun bangun.. kita kena keluar dari kampung ni hari ni jugak"
Kelihatan muka epah yang diterangi cahaya matahari. Anak mata nya mengecil akibat simbahan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap.
" balik apa kau ni. Kita banyak lagi tak setel tau tak!"
" tak setel kau kata? Dah kene ganggu semalam macam tu sekali kau masih nak teruskan assignment ni ke ,Zy?"
"Ni markah la weh. Kita da sekerat jalan, takkan nak balik macam tu ja. Abes semua yang kita da buat tu? Nak buang macam tu aje?"
"Weh Zy. Markah tak penting , yang penting sekarang nyawa kita la!"
"Kau ingat hantu tahyol ni semua boleh bunuh kita ke! Dorang ni jelmaan jelah, kau jangan nak mengada sangat boleh tak! Dah kalau kau nak balik kau balik, markah tetap sama, aku tak kisah pasal tu!"
" kau gile ke Zy!!"
Tersentak Epah dan Zy apabila pintu bilik mereka dibuka dengan kuat. Serentak mereka menoleh kearah sekujur badan yang lemah milik Nek Senah.
"Kamj berdua, Nek dah siapkan makan tengahari. Marilah makan"
Zy dan epah terdiam. Suara meraka tadi sangat kuat boleh didengari Nek Senah dari luar. Tapi nek senah seakan tidak hirau.
Zy pandang kearah Epah dengan penuh marah. Epah balas pandangan Zy itu penuh kecewa lalu keluar melalui pintu untuk ke dapur.
Bila difikirkan balik, betul apa Zy katakan. Takkan nak sekerat jalan buat kerja ni, lagipun due date assignment dah dekat. Tapi memikirkan kejadian tempoh malam tadi, membuatkan Epah makin trauma untuk meneruskan ini semua.
Epah duduk di atas meja berhadapan Nek Senah, Zy pon keluar meluru ke meja makan. Dia menarik kerusi lalu duduk bersebelahan Epah. Suasana senyap. Hanya bunyi sudu dan mangkuk sahaja yang bermain. Epah mengambil sesudu dua kuah lemak yang cair itu ke pinggannya tanpa mengambil lauk. Epah yang semangat itu pon hilang selera makan selepas bergaduh dengan zy. Kalau tidak, habis semua lauk dikautnya dengan selera siap menambah nambah.
"Tidur semalam terganggu ye?"
Epah dan zy mengangkat kepala memandang Nek senah. Makanan dimulut terhenti dari dikunyah. Nek senah masih mencubit cubit lauk dan menarik narik nasi ke bucu pinggan untuk disuap, petai disisi dikupas nya 1 per satu dan diletakkan kedalam pinggan. Disuapnya sebunjut nasi yang di bentuk itu kemulutnya seolah olah tidak perasan Zy dan epah sedang terhenti apabila soalannya diajukan.
"Kan Nek dah kata. Waktu waktu bergitu "bahaya""..
Bulu roma mereka mencanak naik seraya mendengar Nek senah berkata begitu.
Nek Senah makan dan terus makan. Tubuh nya yg kurus itu tak padan dengan kuantiti makanan yang diambil.
Epah semakin risau. Nasi ditangannya digaul dan digaul sehingga hancur. Seolah olah memirkirkan nasibnya disini utk beberapa hari lagi.
Zy bangun dari meja makan
" cepah Pah makan , kita ade banyak benda nak buat!" Sambil menolak kerusi kedalam dan pergi ke dpur utk membasuh pinggan.Epah pun bangun meminta diri dari nek senah dengan membawa pinggannya dan nasi yang tak terusik kedapur bersama Zy.
...
"Epah. Kau tak perasan ke" soal zy ke epah yang berjalan dibelakangnya dibawah sinar terik mentari. Epah yang mengalas beg, terhenti dan mengelap peluh didahi.
"Perasan ape?"
"Bau busuk?"
"Kau kentut? Biadap!"
"Kurang ajar! Kau dengar ni, setiap kali kita duduk berdekatan dengan Nek Senah. Mesti ada bau"
"Biasalah orang tua"
"Ni bukan bau orang . Ni bau mayat la! Busuk!!busuk!! Kau xsedar ke?"
Langkah zy terhenti setelah jauh meninggalkan epah dibelakang. Dia terdiam seolah menyesal berkata begitu didalam kampung yang dikelilingi hutan ni.
Epah menunduk. Langkah nya laju. Laju dan melepasi Zy yang berada dihadapan nya tadi, sambil berbisik.
"Bukan kau ke pilih untuk teruskan?".. Epah senyum dan terus meninggalkan Zy..
Bersambung...