Part 3: Rasuk

394 14 7
                                    

"Da berapa lama pakcik menetap kat sini?" Mata Epah focus ke mata pakcik Berahim.

"Sebelum merdeka lagi. Masa tu pakcik masih kecil. Nak bermain macam kamu semua ni tak dapat. Sentiasa dalam ketakutan"

pakcik Berahim meletakkan cawan teh nye ke piring. Kedengaran geseran arang yang halus dimana Epah sedang khusyuk menulis dengan pensil 2B nye di buku nota recycle. Permukaan kertasnya yang kasar menghasilkan bunyi geseran pensil.

"Kampung ni ade kisah kisah menarik ke, macam, tempat tentera jepun berhimpun ke"

"Jepun?"
Pakcik berahim terdiam seketika.

Epah dan Zy mengamati muka pakcik Berahim dengan penuh minat dan tanda tanya.

"takda yang menarik sangat pun kat kampung ni"

Epah menunduk dengan lemah. Begitu juga Zy. Seolah olah gagal peroleh maklumat yang diingini.

"Tapi.."

Zy dan Epah mengangkat muka serentak.

" kamu berdua tak dapat apa apa kisah menarik ke, di kawasan tempat kamu menetap tu..."

"Ada apa pakcik?" Meremang bulu roma Epah apabila Pakcik Berahim tu membulatkab mata memandang mereka secara tiba tiba.

"Ahh, da petang. Kamu berdua balik. Balik!" Pakcik Berahim menundukkan kepala dan menoleh kesisi. Dia berusaha untuk tidak membuat sebarang eye contact dan tangan nya menyuruh kami keluar dari rumah dengan segera.

"Ke..kenapa pakcik, kami belum habis lag.." Belum sempat Zy habiskan kata katanya

"Aku kata balik!" pakcik Berahim tengking mereka dengan kuat. Matanya merah menahan marah.

Tercampak nota Epah ke belakang kerana terkejut. Menggagau Epah cari Buku dan pensil nye semula untuk kemas kemas dan keluar. Epah pun turut campak kamera nya ke dalam beg.

Epah sempat menghirup teh, dari tengah hari mereka berdua tidak menjamah apa apa. Berterabur kasut mereka dibuatnya akibat ketakutan dari disergah. Kaki mereka tersepak sepak kasut sendiri, tidak keruan sampai susah nak menyarung kasut dengan mudah.

..........

"Apa kene dengan Pakcik kau tu?"

"Pakcik kau laa!" Marah Zy dengan gurauan Epah.

"Lepas sebut tempat kita tinggal dengan Nek senah tu, terus die marah marah" Epah berkerut mengomel sendiri.

"Skandal lama tak berbalas cinta la tu!" Tinggi suara Zy membalas ngomelan Epah. Bagi Zy, mereka tak patut ditengking hanya disebabkan kisah silam cinta Pakcik Berahim kepada Nek Senah tidak berbalas. Zy terasa geram sangat.

"Info da la tak seberapa! Kene halau lagi!" Membebel Zy sendirian.

Epah diam sahaja. Sesekali die menoleh kebelakang.

Lorong yang mereka lalu terlalu gelap. Membuatkan Epah mengikut Zy dengan rapat.

"Aku rasa kampung ni suwey la. Dengan rumah nenek macam tu, pakcik macam tu, ishhh rimas la aku!"

Epah diam sahaja mengekori Zy.

Zy yang dari tadi membebel merasa sesuatu. Epah yang tadi mengomel terdiam lama. Terus Zy berhenti dan menoleh dengan cepat.

Epah terhenti.

Meremang bulu roma Zy sebaik sahaja die menoleh kebelakang. Ada sesuatu yang mengekori Epah dari atas. Epah yang berdiri kelihatan berpeluh ketakutan. Dia dapat merasakan sesuatu tapi tidak menoleh kekiri mahupun kekanan.

"YA Allah, EPAH!!!" Zy menarik tangan Epah dengan kuat dan berlari sekuat hati.. Epah menangis semahu mahunya. Dia tidak mahu menoleh walau sekilas. Cukup la Zy yang melihat segalanya.

Pintu ditutup dengan kuat. Zy dan Epah terduduk di depan pintu dengan nafas yang tercungap cungap. Keadaan rumah yang gelap seperti tidak berpenghuni.

"Nenekkkkk!!" Zy menjerit.. tapi tiada sahutan dari nenek..

Zy gagahkan diri walaupun lututnya masih terasa lemah. Zy membuka lampu ruang tamu.
Kelihatan Epah masih terduduk. Dahinya basah dengan peluh.

Epah memeluk kaki nya penuh ketakutan. Tidak bersuara selepas insiden yang berlaku.

Zy memapah Epah ke bilik. Die menukarkan pakaian Epah dan membersihkan badan Epah dengan tuala basah. Epah masih mengigil ketakutan di atas katilnya. Zy membaca ayat ayat pendindiding sebelum tidur.

Malam tu mereka tidur tanpa tahu dimana nenek Senah berada.
.....

3 pagi

Zy terbangun dari tidur. Dalam suasana gelap, Zy tercari cari suara yang membuatnya terjaga.

Hmm hmmm hmmmm~
Hmm hmmmm hmm~

Suara tu kedengaran semula. Suara seperti orang sedang berlagu dalam dehem. Zy bangun dan duduk disisi katilnya perlahan lahan. Die mengamati suasana dalam bilik itu. Kelihatan Epah masih tidur dikatilnya.

Hmmm hmm hmm~~

Suara itu berbunyi lagi. Zy pergi ke Epah

"Epah bangun bangun, bangun la Pah"

Sambil zy menolak nolak badan si epah, sambil matanya melilau melihat sekeliling. Epah masih tidak bangun walaupun dia ditolak kuat oleh Zy.

Sebilangan cahaya dapat ditangkap anak mata hitam milik Zy. Dalam gelap, zy boleh melihat di segenap ruang dalam bilik tidur mereka.

Terduduk Zy apabila terlihat kaki di atas perabut baju depan nya. Kaki tersebut seperti sedang seronok menghayun hayun kan kaki.

Hmm hmm hmmm~

Zy membalik balikkan badan Epah dengan kuat sambil menahan nangis. Lututnye terlalu lemah untuk bangun. Zy memejam kan mata

"Epah plz bangun Epah.. bangun Epahh.."

Dia membuka mata. Kaki yang terjuntai dia lihat tadi tiada lagi di perabut.

"Ya ALLAH YA tuhan ku, kau selamatkanlah aku dari gangguan jin dan syaitan Ya ALLAH!"

Sebaik sahaja zy membuka mata. Lampu bilik tidur mereka terbuka.

"Ya Allah Epahhh epahhh!!!"

Alangkah terkejutnya Zy apabila melihat Epah sedang melekat di dinding seperti labah labah mencari mangsa. Rambutnya terjuntai, kepala nya terpusing kiri dan kanan sambil bibirnya tersenyum..

Hmm hmmm hmm hmm hmm~~

Suara itu datang dari Epah yang sedang melekat di dinding serupa monyet. Zy kebelakang dan menolak nolak kaki nya untuk cuba bangun dan lari. Dia menangis semahu mahunya.

Epah yang tadi dia kejut hilang dari katil sebaik sahaja lampu dibuka. Mahkluk yang mengekori mereka di lorong tadi mengekori sampai ke rumah.

Terkumat kamit Zy membaca ayat kursi.

Epah yang dirasuk terus melompat lompat seperti kepanasan. Zy menutup matanya dan terus membaca ayat ayat suci.

Duk!

Kedengarab seperti buah nangka yang besar baru jatuh dari tempat yang tinggi. Zy membuka mata, alangkah terkejutnya Zy apabila melihat Epah jatuh ke lantai, mulutnya berbuih, mata hitamnya hilang. Badannya terketar ketar seperti terkena renjatan elektrik. Kepalanya berdarah banyak. Jatuh dari tempat yang tinggi, kepalanya terkena bucu katil Epah.

Zy mengangkat kepalanya, tangannya penuh dengan lumuran darah yang tidak henti henti.

Menjerit Zy satu rumah dengan nama Epah yang berkumandang dari bibir mulutnya.

Epah dah pergi. Pergi selamanya...

Bersambung

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kampung GambitWhere stories live. Discover now