-Dukacita anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke IPTA -
Saat membaca SMS yang menerpa masuk ke dalam Iphone miliknya,mata Hasya Dhia membuntang seolah-olah apa yang di bacanya itu tidak logik sama sekali.Benarkah apa yang dibacanya ketika itu? Tidakkah dia rabun ketika itu? Laju sahaja tangannya mencari cermin mata di atas meja belajarnya.Namun apa yang dibacanya tetap sama.
"Tak boleh jadi ni. Mesti ada kesilapan teknikal. Maklumlah trafik sesak sebab berpusu-pusu orang nak semak.Aku cuba lagilah.Mana tahu rezeki aku sememangnya ada. Dia just nak main-main kot tadi." katanya hendak menyedapkan hati lalu menekan butang hantar.
Beberapa minit kemudian,maklum balas daripada pihak UPU telah pun di terima. Namun,isi kandungan SMS tersebut masih sama. Tidak ada satu perkataan pun yang berbeza.Menggeletar tangan Hasya Dhia memegang Iphone miliknya itu.Tanpa dia sedari air matanya jatuh berguguran lantas dia terduduk di kerusi putih yang terdapat dalam bilik tersebut.
Fikirannya jauh melayang memikirkan nasib dirinya dan kehampaan yang akan diketahui kedua orang tuanya.Hancur berkecai harapan abahnya yang hendakkan dia meneruskan pengajian dalan bidang perakaunan setelah menamatkan program Matrikulasi dalam bidang tersebut.Keinginan abahnya bukan suka-suka tetapi untuk dia mengambil alih firma akauntan milik keluarga mereka itu kelak.Hendak harapkan abangnya,memang kempunanlah abahnya.
Hasya Dhia memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut.Perlahan-lahan dia bangkit dan berjalan ke arah katil bersaiz king itu.Penghawa dingin yang terdapat di bilik itu bagaikan tidak berfungsi sistemnya menyebabkan manik-manik peluh membasahi baju Hasya Dhia. Lalu tertidurlah dia bersama linangan air mata yang masih bersisa.
****
Berkerut-kerut kening Hasya menahan silau cahaya yang menerpa masuk ke setiap ruangan kamar tidur tersebut. Namun, tidak mengahalang dia untuk menyambung tidurnya kembali. Rasa kantuknya belum hilang lagi dek kerana semalaman dia berjaga. Debaran menunggu keputusan yang nyatanya sangat mengecewakan.
"Hasya Dhia binti Mohd Ariffin! Apa nak jadilah dengan anak dara seorang ni. Dah petang ni,bangkit cepat.Tu telefon kamu tu dari tadi asyik berbunyi. Tak nak jawab ke? Emel yang call tu."kata Puan Atitah sambil menggoyang-goyangkan badan anaknya.
"Mama! Hasya tak dapat tawaran ke mana-mana universiti. Hasya fail mama, Hasya fail! Hidup Hasya dah tak bermakna lagi."Kata Hasya teresak-esak menangis lalu memeluk sekejur tubuh mamanya.
"Apa yang Hasya merepek ni sayang. Walaupun Hasya gagal mendapat tawaran ke universiti,tapi tak bermakna yang hidup anak mama ni dah berakhir. Mungkin sekarang bukan rezeki Hasya. Rezeki Hasya di tempat lain.Dah-dah tak mahu nangis macam ni. Abah ngan mama dah tahu dah.Tu yang mama balik awal ni."pujuk Puan Atitah untuk menenangkan anak kesayangannya.Dia dan suaminya telah mengetahui tentang hal tersebut lebih awal lagi.
"Tapi mesti baba kecewa dengan keputusan tu." Hasya bersuara sedih.
"Sayang,mama nak Hasya lupakan hal ni. Pasal tu tak payahlah Hasya nak fikirkan sangat.Tahulah baba nak buat apa nanti.Dah pergi mandi cepat biar segar sikit. Tengok mata tu dah sembap.Tak comel dah anak mama ni! Pergi cepat. Jangan lupa solat. "arah Puan Atitah lalu keluar meninggalkan Hasya bersendirian.
Bunyi lonceng menandakan mesej baru masuk dalam aplikasi Whatsapp.Segera Hasya mencapai Iphonenya yang ada berdekatan dengan deretan pasu kecik yang berwarna putih susu itu. Ramai orang menghantar chat kepadanya namun hanya chat Emel yang dibacanya. Selebihnya malas dia hendak baca. Apa lagi kalau bukan menanyakan tentang tawaran yang diterima.
-Emel:Where are you? I call you more than 5 times!-
-Hasya:I tido lah tadi.Yang you nak marah-marah ni apahal.-