BAB 5

166 1 0
                                    

 "Aku terima nikah Hasya Dhia binti Mohd Ariffin dengan maskahwinnya RM2000 tunai."

"Sah?" Tok kadi memaling ke kiri dan kanannya.

"Sah!" Jawab para saksi serentak.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja Hasya Dhia kini menjadi hak mutlak si suami. Jelas terpamer kegembiraan di wajah semua para hadirin. Tetapi lain pula dengan Hasya Dhia. Ini bukan perkara yang menggembirakan baginya.

"Sayang, sekarang Hasya dah jadi isteri orang. Hasya dah tak boleh manja-manja dengan mama, baba dan abang lagi. Hasya dah ada tanggungjawab yang harus dipikul." Kepala Hasya diusap-usap dengan penuh kasih sayang.

"Tapi Hasya tak sedia lagi ma." Kepalanya didongak melihat wajah mamanya yang tersenyum manis. Matanya mula berkaca-kaca menahan air mata yang hendak jatuh berguguran.

"Hisy, mana boleh macam tu. Hah! Tu pun suami kamu. Salam, cium tangannya." Kata Puan Atitah lebih kepada arahan.

"Tidak! Mama, help me! Hasya tak nak kahwin!" Lantas dia berdiri dan berlari meninggalkan para tetamu.

"Hasya! Nak ke mana tu? Ya Allah budak bertuah ni." Panggil Puan Atitah.

"Tak apa ma, biar saya yang mengejarnya." Ujar si sang suami kemudian membuka langkah mengekori isterinya.

Di luar rumah Hasya Dhia menangis teresak-esak. Sampai hati baba dan mamanya mengambil keputusan untuk kahwinkan dia dengan lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Memang benar dia pernah melihat wajah suaminya. Itu pun secara tidak sengaja.

Siapa sangka lelaki kacak yang melanggar dirinya di Mid Valley tempoh hari adalah empunya tulang rusuk kirinya. Masa itu bukan main lagi siap berangan dapat jadi kekasih jejaka itu, alih-alih bukan setakat jadi kekasih malahan isteri. Huh! Menyesal sungguh Hasya Dhia dibuatnya.

"Sayang, sayang buat apa dekat luar ni? Jom masuk. Tak manislah macam ni, sayang." Pinggang Hasya Dhia dirangkul kemas.

"Eh! Awak buat apa ni hah! Apa pegang-pegang ni!" Selar Hasya Dhia lantas menepis tangan yang melingkar di pinggangnya.

"Takkan lah tak boleh. Sayang tu milik abang sekarang tau."

"Sejak bila saya milik awak hah! Tak malu!"

"Sayang, masuk sekarang." Malas dia hendak bertikam lidah dengan isterinya itu.

"Tak nak!"

"Kalau tak nak terpaksalah abang jalankan plan B." Badan Hasya Dhia terus dicempungnya. Kini Hasya Dhia berada di dalam dukungan suaminya.

"Awak buat apa ni! Malulah orang tengok." Lantas matanya membulat melihat wajah suaminya walaupun air mata masi bersisa. Apa dia peduli.

"Tak payah besarkan sangatlah mata tu. Ingat abang takut ke? Dah sayang degil sangat."

"Sejak bila awak jadik abang saya hah?" Tangannya memukul-mukul dada si suami tanda protes.

"Sejak saya dah jadi suami awaklah" Akibat Hasya Dhia banyak bergerak, si suami kehilangan daya keseimbangan lantas mereka berdua terjatuh bergolek.

Gedebuk!

"Aduh... Sakitnya!" Tangannya mengurut-urut punggungnya yang sakit akibat terjatuh dari katil bersaiz queen itu.

Terpisat-pisat dia membuka matanya yang masih berat itu. Rasa kantuk masih bersisa walaupun dia sudah terlebih tidur. "Eh! Aku dekat mana nih?" Pelik dia dengan dekorasi bilik tidur yang berlainan daripada bilik tidurnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Marriage Not DatingWhere stories live. Discover now