Knock me down again,
I think I need a friend,
Someone who understands and won't pretend,
I feel like everyday someone gonna take another swing,
And I don't know if I'll bend or break,
Don't let it get too heavy,
Get my feet back on the ground,
Get you feet back on the ground,
Oh, yeah
Feet back on the ground
Kim Luq menyanyi kecil sambil menggoyang-goyangkan kepala dan bahu mengikut rentak lagu. Tangan kirinya menepuk stereng sekali sekala. Suis roof automatik pada keretanya ditekan. Angin dingin mula menghempas mukanya. Itu menyenangkan fikirannya yang agak serabut kebelankangan ini. Mana hendak fikirkan pembukaan syarikat kecilnya yang bakal menapak di Malaysia kelak, mamanya lagi yang asyik mengasaknya dengan persoalan yang sama berulang-ulang kali. "Bila nak bawak bakal menantu mama ke rumah?" Pening cukup pening dia dibuatnya.
Lampu isyarat yang hanya beberapa meter sahaja lagi di hadapan mula bertukar ke warna merah. "Ini yang aku malas ni. Tak pasal-pasal kena redah jammed pulak. Kalau ikutkan hati aku, tak adanya aku nak pergi tempat boring macam tu! Nasib baik sebab business lah. Hisy.." Gumamnya sendiri.
Sedang asyik menghayati lagu yang sedang berkumandang, terdengar suara seorang wanita yang menganggu kosentrasinya. Matanya melirik ke tepi keretanya. Seorang wanita sedang melambai tangan ke arahnya. Cun juga perempuan ini, fikirnya.
"Anyeonghasaeyo..."
"Nae, anyeonghasaeyo..." Kata Kim Luq cuba membalas sapaan wanita itu lalu menundukkan sedikit kepalanya. Sekadar berbahasa basi. Lantas kepala di pusingkan semula ke hadapan. Pelik. Tak cucuk jarum lagipun dah cair ke?
"Excuse me?" Panggil wanita itu lagi.
"Actually, what are your problem young lady?" Lantas kacamata hitamnya di tanggalkan dari batang hidung menampakkan matanya yang dapat memukau ramai wanita itu.
"Lah.. you tak ingat I ke Kim?" Terkejut dia mendengar soalan yang di lontarkan Kim Luq. Takkan Kim Luq langsung tidak mengingati dirinya.
"Sorry? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Soalnya kembali. Sangkanya minah Korea manalah tadi yang menegurnya. Orang Malaysia rupanya.
"Yes! Dekat flight hari tu... Takkan dah lupa kot? Seingat I, time tu you nak ke Malaysia dan kebetulan masa tu, I yang bertugas."
"Dania? You are?" Baru dia ingat wajah cantik yang bersolek tebal dan seksi itu.
"Yes, I am." Jawab Dania diiringi senyuman manis menggoda.
"You nak ke mana?" Sempat matanya melirik lampu isyarat di hadapan.
"I nak balik hotel packing barang. Malam ni kena balik Malaysia dah."
"Oh.. Sorry baby, kalau boleh I memang nak hantar you ke airport malam nanti tapi I ada hal pulak. Ini kad I, nanti you call okey?" Lantas dia menyuakan kad tersebut kepada Dania kerana dia betul-betul kesuntukan masa. Lampu isyarat sudah pun berubah warna. Sebelum dia menekan pedal minyak, sempat dia melirik ke arah Dania dan mengenyitkan sebelah matanya tanda perpisahan.
Dania yang berada di seat belakang teksi terpinga-pinga melihat perilaku Kim Luq. Keindahan apakah yang sedang disajikan untuknya itu? Kim Luq... Lelaki yang telah mengetuk pintu hatinya. Nampaknya bolehlah dia tinggalkan kekasihnya yang tua kerepot itu memandangkan Kim Luq mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya. Malahan, tiada satu pun kekurangan.