BAB 2

127 2 5
                                    

 "Hei! Bongkar la copek!" Suara Chuki bergema di bilik Hasya. Namun tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Hasya Dhia hendak bangun. "Ya Allah laptop tak switch off apa nak jadik nih Hasya. Nengok The Heirs lagi tu. Sampai tertidur ye nengok Kim Tan tu. Macamlah handsome sangat! Handsome lagi abang ekau nih ha!" Ujar Chuki lalu meletakkan tanggannya ke dagu menggosok-gosok janggutnya yang putut itu.

"Ya lah bah. Mau bangun sudah ni. Bikin gerigitan betul bah abang ni!" Bentak Hasya kemudian menolak ke tepi selimut tidurnya.

"Poloser amek ekau ni jang. Ntah subuh ka tidak ekau nih hah."

"Amboi cakap baik sikit key. Orang tak tidur pun selepas solat subuh tadi. Ni pun baru terlelap sekejap mata nih. Tapi tiba-tiba pulak ada makhluk buas muncul dalam bilik Hasya ni."

"Oh! Tak tidur ye? Habis kalau tak tidur tu, pergilah turun ke bawah. Nak jugak abang dia yang kacak lagi bergaya nih susah-susah naik ke tingkat atas untuk menjemput puteri beradu nih turun ke bawah.Dah,cepat bersiap kita nak balik Kuala Pilah nih. Baba ngan mama yang ajak sebab dah lama tak balik ke sana."

"What?! Are you serious? Kalau macam tu silakan keluar Encik Mohd Shukri sebab beta nak mandi!" Usir Hasya lalu menolak badan abangnya keluar dari biliknya dan mengunci pintu kamar agar abangnya yang nakal itu tidak mengusiknya lagi.

Dari luar bilik Chuki berkata dengan nada yang sangat kuat. "Hoi anak dara tolong cepat sikit bersiap tu! Kalau tertinggal jangan nak salahkan kitaorang pulak eh!" Sebentar kemudian tergelak dia mendengar bebelan adiknya dalam bahasa alien itu.

"Chuki apa hal tu! Janganlah usik adik tu. Kamu pun sama pergi mandi cepat!" Jerkah mama mereka yang membuat Chuki terkejut yang amat. Nasib baiklah aku tak ada sakit jantung. Kalau tak , dah jadi arwah agaknya aku hari ni. "Baik ma." Jawab Chuki kembali lalu beredar ke kamar tidurnya.

***

"Hasya dah siap?" Tanya Puan Atitah ketika dia melihat Hasya yang melangkah menuruni anak tangga. Hari itu Hasya memakai dress polos kemudian dipadankan dengan cardigan kimono yang bermotifkan abstrak kelihatan sangat manis sekali. Wideshawl berwarna dusty pink yang di lilit menambahkan lagi keayuan Hasya Dhia.

"Macam ni kan aegyo. Janganlah asyik tunjuk muka monyok setiap masa. Mama naik rimas tengok muka pesen tu. Lelaki macam tu baik buang jauh-jauh aje dari hidup Hasya. Mama pun tak berkenan kalau dia nak jadi menantu mama."

"Apa dia mama? Lelaki macam tu? Siapa yang mama maksudkan ni?" Bidas Hasya sebelum mamanya menyambung ayat yang seterusnya.

"Eh buat tak tahu pulak. Hah baby boy mama pun dah siap? Kalau macam tu eloklah kita berangkat sekarang. Tengok baba kamu tu, dah macam tugu negara berdiri dekat luar menunggu kamu berdua ni siap. Tak sabar-sabar dah lagaknya tu. Pak Salleh ngan kak Muna korang pun dah siap sedia tu hah. Meh cepat." Kata mama lalu keluar. Sengaja beliau tidak menjawab pertanyaan anak daranya itu. Nanti bertambah sedih pulak.

"Abang! Siap abang Hasya kerjakan." Geramnya Hasya dengan abangnya yang satu itu. Lantas dia mencubit pinggang abangnya sepuas hati. Mama tak akan tahu kalau abangnya itu tidak memberitahu perihal Emel. Maka, terkedek-kedeklah Chuki berlari menyelamatkan diri. Geli hati Encik Ariffin, Puan Atitah, Pak salleh dan bibik Muna melihat gelagat dua beradik itu. Tanpa mereka, suramlah rumah baba dan mama mereka.

***

"Abangku yang tersayang, ada lagu lain tak? Lagu St12 ke?" Soal Hasya dan memandang raut wajah abangnya yang kacak itu.

"Tak ada!" Jawab Chuki tetapi matanya tetap fokus dengan pemanduannya.

"Berapa ratus kali dah lagu Leessang nih Hasya dengar abang! Tahulah kita nih ada darah Korea taaaaaaaaaaaaapi yang nih dah melampau sangat dah sampai lirik dia pun Hasya terhafal."

Marriage Not DatingWhere stories live. Discover now