Tanggal empat belas Februari
Tanggal yang sentiasa diingati.
Kuntum-kuntum ros bertaburan
Dunia penuh dengan keasyikan.
Sekalian manusia terus berpesta
Bermegah-megah dengan cinta.
Ada apa dengan tanggal ini?
Mengapa ia membuatkan aku
Mahu turut ikut berpesta?
Mengapa ia membuatkan aku
Mahu turut megahkan cinta?
Duhai cinta hati,
Tunggu aku datang padamu
Membawa sejambak ros wangi
Dan kita akan menari tanpa henti,
Sehingga tibanya mentari pagi.
Duhai cinta hati,
Selamat hari kekasih
Moga kau sentiasa jaga diri
Dan berbahagia di alam fantasi.
YOU ARE READING
Pria Yang Tak Dipeduli Cinta
PoetryPria yang Tak Dipeduli Cinta - Asyraf Rosdy Koleksi puisi pop daripada penulis berjambang bernama Asyraf Rosdy. Bertemakan konsep lelaki 'loser' yang selalu dibelenggu kekalahan di kancah kehidupan, percintaan dan peperangan emosi dan perasaan yang...